19.12.12

Dah dekat sangat dah ni.


The most hectic semester. Semester yang semua subjek ada assignment yang memerlukan group. Semester yang semua subjek memerlukan presentation untuk coursework marks. Semester yang hari hari keluar bilik sebelum pukul 8 pagi. Semester yang hampir setiap hari balik bilik dah nak petang. Semester September 2012 sebagai first year second semester student. Penat.

But, hei, dah nak final dah pun. Perlulah aku jayakan semester ni dengan jayanya masa final nanti.

Study week=4 hari. Midsem break=4 hari. Sem break=a week. A semester= 3(+/-)months. Hampir 1year 8months tak rasa cuti yang betul betul cuti. So yeah, cuti 4 bulan tu tak lama mana pun. Harap aku akan manfaatkan cuti 4 bulan tu betul betul nanti.

Esok, presentation project WAD, jumaat, test 2 DCN and assignment terakhir, presentation project DIM. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku. amin.

2.12.12

Fix You - Coldplay


Fix You - Coldplay

When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse

And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone, but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tears stream down your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down your face
And I...

Tears stream down your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down your face
And I...

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you


Boleh dikatakan minggu minggu terkahir semester ni minggu yang paling hectic, paling stress, paling hati kacau. Ditambah lagi dengan dah hampir tiga minggu lebih tak balik Melaka tengok muka mama abah, masuk bilik sendiri, lagi lah aku mudah menangis.

Emosi tak menentu. Hati jadi over sensitive. Memang payah. Sendiri yang pujuk hati sendiri. Sendiri yang tenangkan diri sendiri. Sendiri yang tepuk bahu sendiri. Sendiri yang lap air mata sendiri. Payahnya rasa. Tapi ingatkan kata kata mama, hmm, aku kena lah kuat. Kejap je ni. Susah dulu, senang kemudian. Aku cuma harap orang sekeliling yang ada ni, faham aku. Tapi kita pun manusia. Masing masing jaga lah hati masing masing, tu pun dah cukup.

Tolong lah alert dengan perasaan orang sekeliling. Tolong.

20.11.12

Israel Aku Datang | TAK KELAKAR PUN LAH! #PrayForGaza

Assalamualaikum.

Hari ni kelas sepatutnya penuh, tapi dua kelas cancel sebab lecturer takde. Boleh study sikit untuk test esok.

Kenapa boleh tiba tiba aku post entry tengah tengah minggu siang siang hari macam ni? Sebab aku rasa macam terbakar gila bila tau benda ni. Mana pergi sifat kemanusiaan orang yang buat benda ni? Ya Allah. Permainkan kematian ni sumpah macam perkara yang tak masuk akal untuk buat bahan lawak bagai semua.

Aku sampai bilik terus tengok timeline. Nampak status Beto Kusyairy yang kawan aku retweet. Curious lah aku nak tahu ape benda kan. Pegi lah bukak profile dia. Stalk punya stalk nampak tweet tweet dia yang macamni.

 


Ok, pelik. Search punya search jumpa poster ni.

 

And I was like, ni nak buat bahan bahan lawak ke apa ni? Daripada beberapa hari lepas aku nampak je orang duk main mainkan pasal Gaza, boikot ni semua. Tweet suruh Israel datang serang Malaysia lah. Itu lah, ini lah. What the... kau nak sangat ke kena serang serang bagai ni?

Poster sebenar filem Istanbul Aku Datang
Bila kenangkan kalau Malaysia yang... mana kita nak lari. Tak sanggup fikir yang bukan bukan sebab takut sangat. Kesian saudara Islam kita yang kena hadapi dugaan ni semua. Aku bersyukur yang Malaysia masih aman. Tak ada lagi perang perang jatuhkan bom ni semua.

Kalau kata nak melawak, jangan jadi serius sangat, SEBENARNYA TU SEMUA TAK LAWAK PUN. Ini bukan masanya kita nak permainkan benda benda ni. Hal kematian. Hal kesengsaraan saudara Islam kita dekat sana.


Apa je lah yang kita mampu buat sangat. Berdoa untuk mereka, hulurkan derma setakat yang mampu boleh lah. Perasaan ni sarat dengan rasa simpati. Tengok gambar gambar mayat anak kecil, orang merintih, darah sana sini, kemusnahan, meremang bulu roma aku. Boikot? Isu boikot ni memang dah lama dalam timelinie aku. Aku perhatikan je lah. Sebab nak mencelah aku takut. Sebab aku pun bukan bagus sangat.

Pada aku, untuk isu boikot boikot ni, mana yang kita mampu elak, kita elakkan lah. Jangan lah pandang serong dengan orang yang tak-berapa-nak-sangat boikot McD tu. Lepas tu kalau yang tak boikot tu tak payah lah nak pergi main mainkan dorang yang berusaha nak elakkan diri dari consume barang barang Israel tu. Sebenarnya aku baru makan McD dua hari lepas. Tapi tu lah, yang penting niat. Berbalik kepada niat walau apa pun.

Ah sedihnya aku. Aku pun hanya mampu berdoa je. Semoga semuanya cepat berakhir #PrayForGaza


Doakan esok aku boleh buat test Business Accounting tu.
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License