30.8.14

Acah acah dah dewasa agaknya.

Lama jugak aku duduk diam hadap screen laptop ni.
Adalah jugak dalam setengah jam ke empat puluh lima minit. Lama kan?

Sebab aku macam bingung.

Banyak yang nak dicerita tapi tak tercerita. Sejak semakin mendewasa, banyak benda yang terbatas untuk aku kongsi. Asal dah start menaip, nanti macam banyak gila soalan (soalan kalau) muncul. Dan dan tu aku akan delete apa yang aku dah taip sebelum tu. Frust.

And pelik. Macam mana orang orang lain boleh kongsi macam macam dengan mudah.
Dan dengan sebab ini lah agaknya aku jarang update blog ni di samping dengan sebab tak ada masa.
Mungkin lah.

26.8.14

Silau banyak ni.

Silau banyak.

Itu ayat terawal yang muncul lepas aku preview blog ni. Dah lama gila nak kekonon ubah itu ini. Header, navbar, footer, bakground, semua semua nya lah. Tapi tak ter buat buat. Ingatkan masa intern lah macam banyak free. Tapi takde maknanya. Masa intern lagi takde masa, lagi macam takde life. lulz

So yeah!! NOW I'M FREE FROM MY INTERNSHIP!! Of course, aku manusia paling gembira.

Tapi sebenarnya rasa macam sedih sikit lah. Sikit je. 10 percent. Sebab, aku suka task aku dekat company tu. As a system developer. Memang dah suka hadap code hari hari. Stress tu memang lah stress sebab nak kejar dateline user kan. Tapi nama pun bekerja. Mana ada kerja senang, unless kerja goyang kaki. heh

Oh, goodbye AUO SunPower Sdn Bhd. Tak kan aku lupa tarikh 22/8/2014. 7 bulan (20/1/2014 - 22/8/2014) telah banyak ajar aku untuk kenal dengan dunia pekerjaan. Pengalaman paling berharga, paling bernilai. Thank you lah semua staff department aku :)

Eh, back to silau banyak. Serasa aku, sepanjang aku blogging mmg background blog ni warna hitam je. Serasa aku lah. So bila dah berumur 21 tahun ni, ehem, *ye, aku dah berumur 21 tahun* terasa macam nak beralih angin gitu. So. edit itu ini, maka terjadilah dillasm.com yang baru ni. Will stick to this domain, mungkin until forever. Walaupun tak update blog ni, masih renew domain.

Mungkin sikit sikit lah aku remove entri blog masa zaman zaman aku sekolah dulu. Tu pun kalau rajin. Kalau tak, biar je lah. Bukan ada siapa pun yang nak menggeledah isi blog ni pun. Aku je yang kadang kadang macam buang tebiat tiba tiba rasa nak baca entri yang dulu dulu. Lepas tu gelak sendiri kenangkan zaman pemberontakan dulu. Zaman kurang matang :)

So, Hey! Welcome to this new dillasm.com.

15.3.14

To Adapt.

Dear blog,

Dah lama sangat ni bertangguh nak menaip. Hari ni, malam ni aku hadap kan jugak lah. Kalau tak sampai bila bila pun aku tak mulakan. Bukan untuk bacaan spesifik siapa siapa pun. Bacaan aku sendiri jugak nanti. lulz

Mula mula, #PrayForMH370

Embedded image permalink

Dah 8 hari. 8/3/2014 Flight MH370 KUL-Beijing. Hilang. Hilang yang aku sendiri, rakyat Malaysia pun bingung tak tahu ke mana, apa yang dah jadi, dan apa perkara sebenarnya yang dah berlaku. Dah 8 hari dan rakyat Malaysia masih menanti. Aku, setia lagi ikuti segala berita MH370. Macam macam spekulasi, macam macam konklusi yang aku baca dan dengar. Tapi still, tak tahu akan kebenarannya pun. Nak percaya pun tak boleh, tak percaya pun tapi macam masuk akal. Jadi, dengar news yang official je lah. Apa apa pun, kita semua satu dunia masih terus berdoa supaya penumpang MH370 kembali dengan selamat. #PrayForMH370

Well hampir 2 bulan rupanya aku start intern. Kejap nya masa tu berlalu. Maknanya dah hampir dua bulan rutin fav pagi pagi aku tinggalkan. Rindu nya feeling tu. Actually aku rindu semua. Rindu budak budak rumah. Rindu nak pergi kelas, ok ni poyo kemain. Rindu lah life as a student. Enjoy je kerja bila jadi student. Tak payah fikir apa apa. Cuma fikir kelas, test, quiz, project, yang lain, enjoy. lol. Sem Sept13 punya result aku frust sikit. Tapi tu semua memang aku dah agak dah pun. Redha je lah. Banyak sangat main, tak fokus. Haaa padan lah muka. hahahaha k


So, wish aku nak intern dan duduk rumah dan buat kerja yang aku suka dimakbulkan! I got everything. Duduk dengan family tu paling utama. 8 bulan! 8 bulan weh. Yeee ada je orang orang yang kata setakat duduk rumah nak buat apa. Tak mencabar blablabla bosan blablabla manja blabla dan seterusnya. Tapi peduli apa aku. Selagi aku boleh ada pilihan untuk tinggal dengan family, aku pergi dengan pilihan tu. Bila aku dah takde pilihan lain nanti, haa hadaplah keterpaksaan tu. Sekarang tak payah.

Intern lah aku dengan satu company ni dekat Melaka. Company biasa biasa je pun. Tak popular macam PETRONAS Schlumberger Baker Hughes SHELL HESS ke atau tah mana mana company besar popular lagi. Company aku ni kalau aku sebut pun orang tak tau. hahahahaha. Tapi aku usha usha ramai je senior UTP jadi engineer dekat situ. So takde lah capok sangat kan. hahahaha


So far kerja semua ok. Banyak benda baru aku belajar. Banyak sangat sampai baru 2 minggu aku masuk intern aku dah kena OT tak berbayar sampai 9 malam. lol. Mimpi ngeri lah siot. Aku dah la tak tau apa apa tiba tiba aku kena hadap kerja tu. Baru lah aku hadap irl punya working environment. Untuk penuhi user requirement tu sumpah bukan senang. Macam macam kepala hotak. Lagi lagi lah user kau tu boss kau yang ikut kepala logic dia je. Logic memang lah logic tapi boleh dilaksankan ke tak tu lah masalah utama. Semua benda ada limit kot. Nak nak system yang manusia sendiri yang develop. Kalau kau nak ikut kepala kau, buat lah sendiri! Ini je lah part yang aku stress gila nak mati sepanjang intern ni.

Kadang kadang aku rasa macam orang orang yang bagi aku kerja tu sebenarnya tak tahu pun cemana nak buat. Dia tahu mengarah je. Lepastu kalau aku tak boleh buat, nak marah bagai. Kepala dia. Internship period ni adalah waktu student nak belajar. Bukan kena jadi buruh paksa membuta tuli. Ishhh emo pulak aku bila nak elobrate panjang penjang ni. Susah betul nak explain.

Aku tak suka betul life sekarang. Sebabnya macam takde life. lol. Pukul 7 pagi dah keluar rumah. 530pm keluar office. Sampai rumah nak dekat pukul 630pm. Lepas tu urus diri. Malam dah melepek. Pukul 11 dah lemau. Kalau tak tahankan mata ni, kekadang pukul 10 aku dah pengsan. Weekend je lah baru macam ada life sikit. Aku tak tahu lah life kawan kawan yang lain macam mana. Tapi ni je lah life aku sepanjang nak hampir dua bulan intern. Lamanya lahai rasa nak hadap sampai bulan 8. Rasa lama sangat. Lepastu sekarang, takde maknanya aku nak pergi jog, nak berpeluh peluh setiap petang macam dulu. Dah takde masa. Balik rumah je dah penat. hmmm

Kerja dengan company yang majoritinya orang cina dekat sekeliling kita ni memang aku rasa mencabar sikit. Aku kekadang rasa macam alien bila duduk dalam meeting. Kalau yang ada kepala otak, consider aku yang ada dalam meeting room tu, ok lah. Kalau yang aku rasa sengal, sesama dorang tu cakap cina je. Dah aku macam bodoh dalam meeting room tu tak paham apa. So, pergi belajar bahasa ketiga. Penting sangat tahu tak!

Lagi apa eh?

Hmmm. Transportation. Hari hari aku drive sendiri lah. hiks. Ada lah dalam setengah jam kot dari rumah. Jalan takde lah teruk sangat. Biasa biasa je. Takde lah teruk sangat ke apa jammed yang aku kena hadap. Waktu puncak tu biasa lah kalau banyak kereta kan. Yang lain ok je. Tapi yang sakit, duit minyak lah! Dah sebulan sah sah RM200 je aku kena spend untuk minyak. zzzzz. Naib baik aku tak payah nak fikir sewa rumah, bil api air ke duit makan ke. Tu lah yang mcm untung duduk rumah. Kerja aku pergi kerja, balik kerja. Yang lain semua dah memang sedia. Duit elaun intern memang pergi ke duit minyak, bil phone dgn nak shopping sikit. Sikit je, bukan banyak pon. ngeh

Aaa tak sangka Sept 2015 aku dah nak grad. Cepat betul masa berlalu. k

Banyak betul benda benda baru yang aku kena adapt masa intern ni. Environment, people, stress, routine. Macam macam lagi lah yang kena handle. Dan aku betul betul harap semua akan okay je sampai bulan 8 nanti. Tolonglah faham, jadi student tu sebenarnya seronok. Tak perlu runsing apa apa. Runsing bila kau tak dapat jadi yang terbaik je lah. hmm



…….

Masih, rindu. Masih, sama. Masih, seperti dulu. Masih, rasa. Sasau...
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License