20.9.14

New Year

Hell yeah.

I'm a final year student now. Rasa macam tak percaya sangat. Kejap betul tempoh 3 tahun tu berlalu. Bila ingat balik tahun pertama masa foundation dulu, sumpah tak sangka boleh bertahan sampai ke final year ni. Kelakar bila ingat balik. Call mama merayu rayu nak tukar ke MMU Melaka sebab nak dekat dengan rumah. Lulz sangat.

Satu per satu phase yang dah lepas. Masa foundation, phase takut tak lepas untuk nak sambung degree. Masa year degree, phase cuak kalau pointer teruk sangat. Lepas tu, phase gelabah nak intern. Gelabah takut tak dapat placement. Gelabah kalau tak ada company yang nak ambil. Bila dah habis phase internship ni, sekarang gelabah jadi final year student. Haha

Mesti struggle sikit untuk capai target. Tak mahu rasa kecewa dengan diri sendiri nanti. The environment too, must be different daripada yang sebelum ni. 

Semoga aku lebih fokus. Semoga aku lebih cekal. Semoga aku sentiasa dalam keadaan sedar.

Masih, rasa tak percaya tu ada.
Lepas ni, ke mana pulak arah tuju aku?


4.9.14

Gelabah tayar pancit.

Eh dah lama tak up cerita cerita macamni. Lulz. Oleh itu malam ni, nak update jugak blog ni dengan cerita yang macamni.

First time aku rasa tayar Tompok pancit ni. Terkejut tau tak. Lepas tu gelabah tak tahu nak buat apa. Sakan pergi ukur tanah seharian semalam dekat MP DP tu, sampai tak perasan tayar Tompok kena skru.


Perasan pun sebab nak guna Tompok sebab nak keluar pagi tadi. Haihhh. Dah gelabah, call abah je lah. Lepas tu, pergi kedai tayar, panggil orang suruh datang betulkan. Setel. Ohh rupanya macam tu je eh kalau tayar pancit. Kena bayar RM5. Ok. Baru tahu -.-

Lepas ni, kalau tayar Tompok pancit lagi, takde lah aku nak gelabah ayam. Boleh watlek je sebab dah pernah rasa macam mana nak handle.

Kenapa aku namakan Tompok? Jawapannya, aku pemalas nak mampus cuci kereta tu. Kdahbai.

Rasa loser pulak update dengan cerita macamni. Hahaha


#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License