Mungkin sebab makin dewasa. | Blog BudakFadhilah

25.8.12

Mungkin sebab makin dewasa.

Salam Syawal :)

*senyap lima minit*

Yes, aku tak tahu dah nak cerita apa. Kaku je jari ni rasa tau tak. Sedih.

Ok. Mulakan dengan cerita raya tahun 2012. Oh, raya tahun ni memang beza banyak. Lain sangat. Dah berapa tahun pagi raya dekat rumah sendiri, lepas salam salam baru gerak rumah nenek/rumah atok, tapi tahun ni bermalam dekat rumah atok, Muar. Lepas je orang takbir dekat rumah, terus abah suruh siap nak balik kampung Muar. Dua malam pulak tu tidur. phewww memang hectic gila tahu tak sebab atok ni kira anak yang paling tua dalam adik beradik dia. So, raya pertama, memang atok atok sedara lain punya family serbu rumah atok aku ni. isk

Menu biasa orang Muar family atok saya ni, ketupat, ayam masak lemak cili padi, sambal udang, rendang daging, lemang, dan normal normal yang lain tu lah. Every year akan ada special dish untuk dihidangkan pada tetamu. Tahun lepas ada laksa Johor, tahun ni ada mee rebus and masak lemak tempoyak ikan patin. Haha, macam menyimpang jauh daripada menu raya. Tu yang best bila mak uteh and family balik kampung. hihiks

Yang lain nya raya tahun ni, tu lah. Bermalam dekat Muar. Yang lain semuaaaaa sama. Disebabkan sibuk nak gila dekat kampung, mana lah sempat ada seisi nak gambar gambar bagai. Memang tak ada. Sampai raya keempat pun aku tak ada gambar raya pun. hehs. Semangat nak raya kurang tahun ni -.-'

Lepas tu, raya aku ni semuaaaaa sama macam raya raya tahun lepas. Memang tak ada beza. Whatever it is, aku still nak coretkan kat sini jugak,

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Maafkan diri Fadhilah Mn ni kalau ada terasa hati atau tersinggung dengan penulisan di blog ini  :)

Tahu tak ini wish kat atas ni memang aku copy sebijik daripada entri ni Happy Eid Ul Fitr. zzzzz. Nampak beno pemalas. Tak ada gambar raya. Sekian.

Tu lah, aku rasa aku tak semangat nak raya sebab dah makin dewasa. Ecehhh dewasa tauuu. haha. Dah tu tambah lagi dengan final exam naik cuti raya ni. Lagi macam serabut sikit. Padahal aku langsung tak ingat pasal final exam masa raya ni. isk. Apa nak jadi ni.


Apa apa pun, wish me luck okay. Tahun pertama, semester pertama, memang lah nak score habis. Tak mau jadi macam masa foundation dulu. Sebab pointer semester satu lah, cgpa macam apa. Memang pointer semester dua dengan tiga dah tak mampu cover dah. Sedih !!

Dah tu, aku haruslah study smart. zzzz, Doakan aku supaya rajin. k bai.

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License