30.8.14

Acah acah dah dewasa agaknya.

Lama jugak aku duduk diam hadap screen laptop ni.
Adalah jugak dalam setengah jam ke empat puluh lima minit. Lama kan?

Sebab aku macam bingung.

Banyak yang nak dicerita tapi tak tercerita. Sejak semakin mendewasa, banyak benda yang terbatas untuk aku kongsi. Asal dah start menaip, nanti macam banyak gila soalan (soalan kalau) muncul. Dan dan tu aku akan delete apa yang aku dah taip sebelum tu. Frust.

And pelik. Macam mana orang orang lain boleh kongsi macam macam dengan mudah.
Dan dengan sebab ini lah agaknya aku jarang update blog ni di samping dengan sebab tak ada masa.
Mungkin lah.

26.8.14

Silau banyak ni.

Silau banyak.

Itu ayat terawal yang muncul lepas aku preview blog ni. Dah lama gila nak kekonon ubah itu ini. Header, navbar, footer, bakground, semua semua nya lah. Tapi tak ter buat buat. Ingatkan masa intern lah macam banyak free. Tapi takde maknanya. Masa intern lagi takde masa, lagi macam takde life. lulz

So yeah!! NOW I'M FREE FROM MY INTERNSHIP!! Of course, aku manusia paling gembira.

Tapi sebenarnya rasa macam sedih sikit lah. Sikit je. 10 percent. Sebab, aku suka task aku dekat company tu. As a system developer. Memang dah suka hadap code hari hari. Stress tu memang lah stress sebab nak kejar dateline user kan. Tapi nama pun bekerja. Mana ada kerja senang, unless kerja goyang kaki. heh

Oh, goodbye AUO SunPower Sdn Bhd. Tak kan aku lupa tarikh 22/8/2014. 7 bulan (20/1/2014 - 22/8/2014) telah banyak ajar aku untuk kenal dengan dunia pekerjaan. Pengalaman paling berharga, paling bernilai. Thank you lah semua staff department aku :)

Eh, back to silau banyak. Serasa aku, sepanjang aku blogging mmg background blog ni warna hitam je. Serasa aku lah. So bila dah berumur 21 tahun ni, ehem, *ye, aku dah berumur 21 tahun* terasa macam nak beralih angin gitu. So. edit itu ini, maka terjadilah dillasm.com yang baru ni. Will stick to this domain, mungkin until forever. Walaupun tak update blog ni, masih renew domain.

Mungkin sikit sikit lah aku remove entri blog masa zaman zaman aku sekolah dulu. Tu pun kalau rajin. Kalau tak, biar je lah. Bukan ada siapa pun yang nak menggeledah isi blog ni pun. Aku je yang kadang kadang macam buang tebiat tiba tiba rasa nak baca entri yang dulu dulu. Lepas tu gelak sendiri kenangkan zaman pemberontakan dulu. Zaman kurang matang :)

So, Hey! Welcome to this new dillasm.com.
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License