31.12.13

A Day To Remember.

Hello dear blog.

Ngeh. Dah lama kot aku nak post entry dekat sini. Tapi tak terbuat buat. Dan hari hari pun berlalu daripada hari yang aku panggil 'A Day to Remember' tu. lulz. But it sokay. Apalah sangat dengan hari hari yang pergi kalau nak dibandingkan dengan memori tu. Masa akan terus berlalu tanpa henti pun. Tak tunggu kita walau sesaat.

29/12/2013 - 11:30am - 7:30pm

I couldn't ask for more. Feeling blessed surrounded by all the lovely people. I've got to say that I love them. Serius lah. Berapa lama kita kenal orang tu, tak bawa maksud apa apa untuk kita selesa dengan mereka. By doing nothing, by saying nothing, kita tak rasa awkward kot. kan. krik krik krik sikit tu biasa lah! Banyak gelak tetiba tersenyap. Memang lah krik krik sikit. nyioh

Walaupun baru sekejap, aku bersyukur diberi pinjam 'rasa' tu. Berapa lama Allah nak bagi, kita serahkan pada Dia. I'll just have to stay strong and keep on smiling. Have faith :)

Aku kira hari tu hari bonding session. Banyak ketawa sangat. Sangat. Gelabah tak tahu nak buat apa bila dah habis modal nak membahan. Dah tu, senyap je lah. haha. Bila balik, nak tidur, sampai ke esok, aku boleh senyum, sengih sorang sorang teringat benda tah apa apa. Dah semua benda yang tak kelakar pun aku boleh gelakkan. #MudahTerhibur betul aku ni lah! hahahaha

Well, no pictures together after all. haha haha. Tapi takpe lah. Dalam ingatan gitu. Selagi aku tak hilang ingatan, sampai bila bila aku ingat lah. lol.

Naaah. Nothing much aku nak taip pun. Aku cuma rasa nak selitkan tarikh ni dalam blog ni je. This blog will never die. Unless me. I'll die. Eh blog ni akan mati bila aku dah tak payar domain dia lah!

Abang pesan (terus panggil abang kau. ahhahahaa), kita kena tengok hidup kita ni daripada setiap sudut, daripada segala perspektif. Jangan pandang ke satu arah je. Segala back up plan kena ada. Itu apa yang aku ingat lah yang dia bagitahu. Ke aku yang pandai create sendiri ke tah aku pun tak sure. Sebab aku tak fokus. Fokus kat 'benda' lain. ngeh. Kalau ada masa, kalau, aku nak review lah tahun 2013 aku ni. Bosang bosang boleh aku gelak sendiri baca apa yang aku dah cerita. hmm

Weh, padilah, start study sekarang lah! Study week semester ni sumpah hambar lah. Mood study mati langsung. Nak fokus punya payah. Tuhan je yang tahu.

Tenang tenang lah hati. Tak ke mana kalau.....

23.12.13

I am writing again.

Hello dear blog,

Like lama gila aku tak menaip apa apa dekat sini. Hari hari kot duk teringat nak update blog ni, tapi tak ter update update jugak. Busy. Busy hadap twitter je pun sebenarnya. Salahkan twitter! Damn, aku dah lupa cemana nak menaip. Guna ayat rupa apa. Ish.

Aku tak ada topik best pun atau cerita best pun untuk aku taip. It is just that, aku nak menaip dalam kadar yang panjang berjela je. Tanpa arah. Kalau tak, dekat twitter je pun dah cukup. Tapi ni nak taip panjang panjang, dan merepek, dan bebel tah apa apa, blog ni lah medium yang terbaik. Dah tetiap tahun renew domain tapi tak update kan tak guna jugak.

Well sekarang aku dah nak intern! Dah nak habis second year. Serius macam rasa sekejap sangat. Rupanya dah tiga tahun aku ulang alik Melaka Perak ni. sigh, banyak benda dah jadi sebenarnya. Cuma tak rasa bila tah masa tu berlalu. Hari hari adalah hari yang lain, bukan hari hari masa aku zaman sekolah dulu. Sama je. Kalau lain pun, lain sikit je. heh

And guess what, aku tak pernah kot rasa sedih macam ni nak habiskan semester ni. Serius. Ini pertama kali. Rasa nak gelakkan diri sendiri kuat kuat sebab... k tak ada sebab. Cuma sedih je. Kenapa bila dah nak tiba penghujung? haihhhh


I've never had this feeling.

First time. First sight.

....... Aku manusia normal kot. What do you expect. blergh. Matikan dulu topik ni.

So tahun 2013 tinggal beberapa hari je lagi untuk masuk 2014. Aku dah achieve banyak benda. Alhamdulillah :)

Tahun 2013, tahun banyak benda aku work hard untuk ubah. Segala galanya. Tahun 2013, I cried a lot. Being hurt by the most trusted people in my life. Aku okay. Itu semua ajar aku untuk handle manusia manusia yang jenis macam tu. Not bad. Besar jugak lah kesan dia yang aku rasa. Tapi aku okay. Aku belajar banyak benda. Terima kasih bagi aku pengajaran yang sebegitu.

Gahhhh I don't know how to organize apa yang aku nak ceritakan dulu dan apa yang nak diceritakan kemudian. Jadinya berterabur lah! Aku nak baca sendiri balik pun aku jadi tak faham. Bukan peduli orang yang baca sebab aku tahu bukan ada siapa pun yang baca. lulz

Tutup cerita lah. Tiba tiba rasa nak menaip tu hilang. Mungkin sebab dah dapat apa yang nak aku tengok pagi ni. hihi

Rutin sejak beberapa minggu lepas and it is addictive!! I can't help it. Fine me for all this morning routine.


//10:15am

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License