6.4.13

Interview UTP.

Nyioh.


Tu keyword - interview UTP 2013 - yang masuk dalam blog aku dua tiga hari ni. And hmm.. K.

Nah aku sediakan link rujukan korang yang mana tengah tertunggu tunggu interview bagai UTP ni - FAQ Interview UTP

Check lah nanti korang dipanggil ke tak untuk interview UTP ni untuk intake May 2013 9hb nanti. Kalau dapat, good luck lah. Interview je pun, pergi je dulu. Lepas tu kalau dapat tawaran, baru fikir juta kali nak masuk UTP ni ke tak. Bandingkan dulu dengan tawaran lain yang korang dapat.

Sebelum ni pun aku pernah buat entry pasal Educamp UTP ni. Nah link lagi- UTP: Educamp untuk Jan Intake 2012

Bukan nak promote UTP pun. haha

Kalau orang tanya, aku jawab kan je lah kan. Biasanya orang akan tanya soalan soalan yang sama je. Sama macam pertanyaan pasal universiti lain. Erk, apa ayat aku ni? K, tak payah faham pun tak apa. Tak penting sangat. La ni, aku macam rajin sikit. Kekonon tengah cuti 4 bulan lah kan. Tak keje. Duduk rumah goyang kaki je pun. Aku pun terajin lah buat entry ni.

Kalau ada orang tanya aku universiti ni ok ke tak, aku akan jawab - ok je.

Tapi kalau nak masuk UTP ni sebagai private student tanpa apa apa pinjaman macam PTPTN atau MARA ke atau pinjaman apa apa, untuk keluarga pertengahan macam aku, aku ulang, macam aku, yang masih ada adik adik lain untuk mak ayah tanggung, aku rasa macam hmmm mahal weh.

Unless, kalau kau dapat biasiswa daripada JPA ke PETRONAS ke MARA ke atau apa apa, biasiswa ok, hmm masuk je lah UTP ni. Bukan korang kena fikir pun nak bayar fees yang beribu ribu ni nanti. Tapi kalau compare dengan tawaran ke luar negara, dengan biasiswa masuk UTP ni, pergi je lah study dekat luar negara tu. Baru lah mata terbuka luas sikit tengok dunia luar tu. Kan.

Macam aku yang result biasa biasa je masa SPM dulu, aku tak fikir banyak pun bila buat keputusan nak masuk UTP ni dulu masa dapat tawaran sebab UTP ni uni idaman aku sejak daripada sekolah rendah lagi tau tak. Masa aku kecik kecik, ramai gak ah dua pupu (dua pupu je pun, haha. kalau anak buah sepupu abah, pangkat dia dengan aku dua pupu lah kan) aku study dekat UTP ni. Dah tu bila balik kampung dengar cerita cerita dorang, aku pun macam woahh. haha. Itu dulu ok. Dulu. Bukan sekarang. heh

Aku masuk foundation UTP ni sebagai private student. Masa foundation tu guna PTPTN je ah. Tu pun mana cukup. Siap kena tambah lagi berapa ribu tah aku tak ingat sebab PTPTN tu dapat dalam 8k je pun. Memang ler tak cukup. Alhamdulillah tak ada kena repeat paper apa apa, boleh teruskan dengan degree. Lagi Alhamdulillah, lepas untuk buat loan dengan MARA. Tapi tu lah, kena jaga pointer apa semua lah. Mana ada benda dapat senang senang kan. Kurang sikit mama abah nak tanggung. hmmm

Interview UTP 2013

Alah, biasa lah. Mana ada benda yang sempurna. Ada je benda tak puas hati. Aku dengar sekarang, yuran hostel dah naik dekat UTP ni. Clamping dah dikuatkuasakan. Hostel tak cukup lah. Sistem trimester lah. Apa lah. Macam macam lagi. Jangan fees lain naik lagi sudah. Mati nak membayarnya. haha

Tapi sebenarnya, bila jadi macam ni, lagi lah bersemangat aku nak grad cepat cepat. Agaknya apa lagi benda yang akan jadi kat UTP ni eh? Aku pun tak tau.
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License