23.9.12

To pantai we go !!


Salam semua.

Lamanya rasa tak bebel kat sini. Macam biasa, alasan sibuk. hehs.

Hujung minggu ni kira genap seminggu dah ah kiteorang masuk semester baru. First year, second semester. Ok, rasa tua pulak dah. Dah alang alang baru je masuk sem baru, mesti lah semorang pun tak busy kan. Terus bebudak rumah aku buat trip mengejut nak pegi ke sana sini. haha. So, ada Zul, Syer, Dayah, dan bebudak rumah aku. weee wee ~~

Sebenarnya tak de lah mengejut sangat. Malam before hari nak gerak tu lagi dorang dah plan macam macam. Cuma aku sorang je yang tak tahu sebab malam tu kena migrain teruk. Habis dunia aku berputar. Lepas maghrib terus telan ubat dan pengsan tak hiraukan dunia. Dah tu ada sikit sikit homesick lagi. heh, mengadanya.

So, sem lepas dah pergi zoo taiping. Sem ni dorang nak jalan pegi pantai pulak. Ok. Kita pergi. Semua orang ada kecuali paaz. Trip yang dulu pun sama. Dia tak ada. Tapi kali ni rasa complete sikit sebab sorang je yang tak cukup. hihi. Dua kereta pun bergerak. Kereta aku tinggal duduk diam diam kat UTP sebab tuan dia penakut. iOkay. Pagi dorang siapkan sandwich, nugget, fries dan blablabla. haha semangat !!

Teluk Senangin we go !! Mula mula aku pun pelik mana la dorang bawak aku pegi ni. Tak pernah dengar pun pantai senangin tu. Dah ah ke dalam gila nak masuk pantai tu. Tapi pantai tu serius bersih dan cantik !! Orang pun takde lah ramai sangat macam kat Teluk Batik tu. Secara ringkasnya, Teluk Senangin tu macam terjaga lagi. Chalet pun ada banyak kat situ. Kiteorang sampai dalam pukul satu setengah, cari surau untuk Zohor dulu.


Lepas tu baru lah dorang tu terjun. Aku ? Haghommmm. Aku duk kat pondok jadi penunggu je pun okay lah eh. Kata tak sihat. Haha. Lagipun hari panas. Rasa angin pantai pun dah cukup best. Mandi mandi mandi, petang sikit dah siap gerak balik. Singgah pulak sate bota. Lapau bak hanggg. Mana lah kami bawak periuk nasi semua. Semua orang kebulur. haha

Gitu lah cerita hari Sabtu kami. Kekonon tak busy lagi sem ni. Ni permulaan sem. Memang ah cemni. Kita tunggu hujung sem nanti. Tak cukup tanah nak cari masa siapkan keje semua.


Basically, semua orang happy dan aku pun happy. haha

Menjemput semua pelajar UTP, dan bekas pelajar UTP untuk menghadiri event club kami :)

13.9.12

Pada masa ini...

Pada masa ini sedang sibuk dengan kehidupan yang nyata.
Pada masa ini sedang menghitung hari berakhirnya cuti semester.
Pada masa ini sedang sibuk menjadi bibik.
Pada masa ini sedang batuk, selsema, dan demam.

Pada masa ini dunia aku tengah huru hara. Semuanya serba tak kene.
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License