26.7.12

Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2012

Untuk rujukan aku je sebenarnya. Senang sikit nak refer nanti. K, baru ada masa nak update blog ni. Dah alang alang tu tempekkan sekali dua entri.




Melaka sebab aku selalu balik Melaka. Perak sebab aku duduk dekat Perak. KL sebab sesuka hati aku memang nak letak KL. kbai

Kalau nak tengok yang lain, boleh refer dekat link ni lah ye.

Ok. Selamat berpuasa dan berbuka korang !

Bulan Ramadhan.

Ini kali kedua Ramadhan bukan dekat rumah. sigh

Ini tahun ketiga Ramadhan tanpa nenek. tears

 
Tak tahu apesal, tahun aku rasa macam tough sangat hidup aku. hehs, Semua benda pun rasa tak cukup masa. Rasa huru hara. Serabut habis. Tinggalkan cerita serabut, nanti makin bertambah serabut.

Oh ye, rasa macam tak terlambat lagi nak ucap SELAMAT BERPUASA dekat semua yang bergelar umat Islam kan. Baru 6 hari kita berpuasa. hihi, So,

SELAMAT BERPUASA :)

Jangan lupa bangun sahur, jangan lupa niat berpuasa.

11.7.12

Macam biasa lah.

Setiap semester pun sama je macam ni. Sampai lah nanti aku grad kot. hehs. Sibuk memanjang. Nak buat cemana. Sebenarnya tu alasan je. KOT


Lagi lagi bila dah tiba tengah tengah semester ni. lahaiii. Lagi banyak lah assignment, quiz, test yang nak datang bertimpa timpa. Nak harapkan cuti mid sem, lagi lah lahaiii, EMPAT hari je ke doe ? pffttttt. Sebab tu lah aku rasa lagi bagus aku guna cuti empat ketol tu betul betul daripada aku duk menghadap dunia internet ni.

Bila dah terlalu banyak medium yang aku ada; twitter, tumblr, blog, tumpuan terhadap blog ni semakin berkurangan. Mungkin dah terlampau banyak masa aku hadap twitter sampai beku otak nak curahkan apa yang patut dekat blog ni. Well, maybe I should change my style of writing.

Banyak sebenarnya yang nak aku bahasakan dalam blog ni. Tapi banyak faktor yang buat aku fikir dua tiga kali and at the end, aku cakap pada diri aku, tak payah lah. Banyak hati nak kena jaga. Aku bukan hidup dalam gua sorang sorang. Aku hidup dengan makhluk makhluk yang punya hati dan perasaan. See, aku dah mula melalut.

Setiap hari kot aku scroll blog ni cuba cari ayat pertama yang boleh aku taip. Tapi tak mampu. Losernya aku. hehs. Kenapa aku rasa ayat ayat aku macam dah menyimpang ? Ouh, mungkin dah hampir pukul 2 pagi dan otak aku pun mula mengecil. hehs

Esok kelas pukul 10 pagi kot. Baiklah aku tidur. Lain hari mungkin boleh click button 'New Post' lagi.
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License