29.10.11

Kucing pun sayang anak dia.

... apatah lagi kita manusia yang punya akal ni kan.


siapa yang tak sayang adik adik sendiri oii.
air yang dicincang tak kan pernah putus  :')

28.10.11

Terus mati.


Mood blogging, OFF !

Eh, bukan mood blogging kau memang selalu off ke ? sampai seminggu lebih tak update blog.

Duhh, update blog tak wajib. siapkan assignment, score untuk test, dapat pointer tinggi, itu wajib ! 

22.10.11

Dijangka kami akan bergelap selama 10 jam ! Anda ?

salam sayang semua. aww aww. eh   -.-

wohooo, tinggal lagi beberapa minggu dah nak mid semester. eh, tak boleh wohoo sangat. dah confirm confirm test test test dengan quiz quiz quiz akan datang bertimpa timpa secara tiba tiba. tak fun betul. betul tak fun. tak fun betul !


wohoo, semester dua ni macam best je kot. best le. 16 jam kredit je. semester lepas 19 jam kredit. hari jumaat tak ada kelas. hari sabtu cuti. hari ahad tetiba ada coQ dua jam waktu pagi. eh, lorat betul dua jam tu. kalau tak, dah boleh melepak dekat Melaka dah tau. daripada duduk dekat UTP ni. heh

ok. cukup cukup lah nada yang menunjukkan kegembiraan. cepat tukar nada lain pulak. nada kesedihan !

dijangka kami, budak budak village 1 dan village 2 akan bergelap dan kepanasan tanpa elektrik selama 10 jam ! eh, kejadah bergelap pulak ? kan siang siang buta tu. k, bukan bergelap. tapi berpanas dan ber-tanpa internet !

betulkan ? 10 jam kan ? tak salah kan ?

mungkin ada lah benda yang nak diselenggara tu. mungkin. agaknya lah.

petang tadi(jumaat) pukul 7 dah mula bergelap. sedang elok je lepas mandi, duduk depan laptop kejap, pappppp, duniaku menjadi gelap. eh, tapi kejap je kot. dalam setengah jam. nasib baik. alhamdulillah.

so, apa rancangan esok ?(sabtu)
lari dari UTP !

20.10.11

Tak mampu.

salam semua.

rasa macam lama gila kot tak menaip. hari hari ada je online. 24jam lagi. eh, tak. bukan 24jam. tapi yang pasti lebih daripada 6jam. sekarang otak macam tak berkembang.

nak layan blog BudakFadhilah ni, nak hasilkan satu entri pun rasa tak mampu.

 
yes, i do.

balik dari kelas je dah penat. lepas tu nak urus diri lagi. lepas tu ni, lepas tu tu. ah, macam macam alasan. mampu layan facebook dengan twitter je. since twitter dengan facebook je yang boleh digunakan 24jam tak kira tempat dan masa, membebel dekat sana je lah.

kagum kot dengan mana mana student yang mampu hasilkan dua entri dalam masa sehari. bukan entri biasa biasa yang bodoh bodoh, tapi entri yang berisi. ish, sebenarnya yang penting disiplin. kan.

how i wish i can be like that.

but for now, eh, focus dekat study je. blog ni, nanti ada cuti panjang, tiba mood nak menaip, baru lah ada entri baru. tu pun entri yang entahkan berkualiti entahkan tidak.

tapi yang pasti, saya tak mampu nak buat entri sehari sekali dan saya rindu mama. sedih  T___________T  //tetiba

tapi, kalau pointer sikit, lagi sedih !

12.10.11

7.10.11

Ini namanya pengajaran.

#deardiary

hari ni hari yang, ehem, hari yang apa eh ? err, sebenarnya dah tak reti ah nak menaip dan bercerita macam mana. rasa pelik gila ni. tak pe tak pe. meh kita try lagi sekali.

#deardiary

hari ni aku balik melaka lagi. padahal minggu lepas aku baru je balik melaka. maknanya aku duduk dekat UTP tu empat hari setangah je lepas tu aku blah balik Melaka.

hari ni jugak result exam semester lepas keluar. result tu keluar pukul 2 petang. tapi masa tu aku tengah sedap sedap duduk dalam ets untuk ke KL Sentral. tapi aku peduli apa. aku lupakan sekejap pasal result exam. padahal masa tu, aku dah cuak gile macam apa je. perut pun sakit. lepas tu aku tertidur. eleh,

http://1.bp.blogspot.com/_IzAyPXRVapY/TG1TQG19INI/AAAAAAAACY8/POIAgWpZlN4/s1600/il_430xN.161116342.jpg

lepas sampai KL Sentral pegi kaunter ERL pulak. ape eh, transit KLIA eh ? lepas tu pegi TBS/BTS. mana satu yang betul eh ? TBS ke BTS. hanya kerana TBS atau BTS aku hampir bertikam lidah dengan kawan aku. haha -.-  lepas dah sampai TBS/BTS terus beli tiket bas ke Melaka. nasib baik sempat sampai TBS./BTS tu dalam pukul lima. jalan cepat cepat ke kaunter tiket, ada bas ke Melaka pukul 5.25 pm. memang terbaik ah. lepas tu balikkk. sampai Melaka. dan sekarang tengah buat entri ni. eh

kejadah buat entri cenggini rupa. ahh, try lagi sekali ah.

result exam ; aku macam ;

http://media.tumblr.com/tumblr_lrzawoqrO21qjsk60.gif
haha

sebenarnya aku tak sangka lah jugak kan dapat result cenggitu. aku rasa aku akan dapat bawah lagi. tapi target aku dengan result aku tu memang dah dekat. kalau semester lepas aku UP sikit usaha aku, korbankan waktu tidur, mungkin boleh capai target aku. apa apa pun, bersyukur. tak perlu repeat apa apa paper.

oh, sebenarnya aku nak cakap pasal lain. pasal cara belajar dekat uni sebenarnya.

sebenarnya(lagi), yang aku ingat, cara belajar aku semester lepas sama je dengan cara belajar time aku SPM dulu. haha, memang le result pun macam ape je kan. bukan nak bangga ke hape, tapi sebenarnya aku boleh ! tau tak sebenarnya yang kita semua boleh ! semua pun boleh sebenarnya(lagi) !

aku kan pemalas. so, memang masa SPM, aku belajar pun macam nak tak nak je. buat kerja sekolah, selak buku sikit sikit. lepas tu, dah. aku berhenti. tapi waktu tidur aku memang jaga gila gila. aku memang akan pastikan cukup 8 jam. tak kurang tak lebih. biasanya aku akan terbangun sendiri. tengok ! waktu tidur kemain lagi aku jaga kan. haaaa, cenggini lah cara hidup aku semester lepas. dan hasilnya, result SPM aku dengan result exam semester lepas sebegini rupa. haha


nampaknya aku memang lah kena ubah cara belajar aku. kan. memang patut ubah pun. kau bukan budak sekolah lagi. kau dah jadi budak uni. sesuka hati je nak samakan uni dengan sekolah. memang tak ah kan nak berjaya kalau cenggini. so, cane eh aku nak ubah ? cane eh ? ajar ah sikit korang. bagi tips ke. please. hiks  -.-

haaa, mungkin aku patut mula menelaah walau satu sub topik untuk satu satu subjek yang aku ambik pada setiap malam. mungkin laaa. mungkin laa aku patut buat cenggitu. sebelum ni aku mana ada buat macam tu. aku cuma belajar dalam kelas, tu pun kadang kadang terbabas tertidur, lepas tu study sikit sikit bila ada exam, quiz atau test lepas tu, eh dah ah. tu je.

memang lah weh. aku kena ubah ni !

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License