31.7.11

Setahun sudah.

 
#tumblr
 
salam semua.
 
dah hampir setahun nenek pergi. tahun lepas, waktu ni kami semua tengah sibuk dan masih dalam keadaan terkejut dengan pemergian nenek. hmm. betul lah. waktu maghrib. sehari sebelum masuk nya bulan Ramadhan. it was hurt. sedih tak dapat sambut raya dengan nenek. tapi daripada tengok nenek terus sakit terlantar, kena tebuk sana sini, operate sana sini, biarlah Allah ambil nyawa nenek. sudah tiba waktunya. kita kena terima. 
dari DIA kita datang, kepada DIA juga kita kembali.
 
kali ni suasana Ramadhan tu lain sikit. lain dari tahun tahun lepas. jauh dari family. tak ada lagi sahur makan sedap sedap. semuanya dah lain. semua kena sendiri sendiri. aaaaaaaaaah, tak sukanya. sekarang ni pulak memang tengah serabut dengan segala mak nenek assignment. ish, sampai tak sempat nak balik.
 
duhh, sebenarnya motif utama buat entry ni nak ucap selamat berpuasa je. tapi dah terkeluar pulak ayat ayat melayan perasaan. ok lah.
 
SELAMAT BERPUASA SEMUA.
 harap harap dapat puasa penuh. hihi
 
tengah sedih.

30.7.11

10 perkara yang awak pun #benci

salam semua.

 
#tumblr

banyak sebenarnya yang terbuku dekat hati ni. tapi malas ah nak bebel sangat dekat sini. aku bukan orang popular yang semua orang nak ambil tau. hihi  :B    

so, mari kita terus ke point yang sebenar.

#1. bila barang kita kena usik. // bila tuan bilik tak ada dekat bilik, tak payah ah nak selongkar ke atau nak usik barang tuan bilik tu. dah tau dia tak ada, blah je ah. kau suka tak kalau orang usik barang barang kau ? mesti tak kan. tak kisah cemana penting pun urusan awak tu, tunggu je aa tuan bilik tu balik. tak pun call atau mesej minta kebenaran. susah ? kalau susah, pergi cari orang lain.

#2. bila kebaikan kita dipergunakan. // kita niat nak tolong orang. tapi orang yang kita tolong tu, wah kemain naik tocang. macam mana tu ? nak tolong jugak ke ? kalau tak tolong nanti kesian pulak. heh, oleh itu, selalu selalu lah bayangkan dekat diri awak, apa yang awak akan rasa bila orang buat awak, macam awak buat orang lain. eh, ayat putau belit.

#3. tidur terganggu. // ini serius saya tak boleh blah. and, yang pasti korang semua pun tak suka kan. bila tidur tak best, tak cukup, terganggu, mood esok hari tu pun totally akan jadi tak baik. saya amat mementingkan kualiti tidur. heh. sejak dulu lagi, walau macam mana sibuk pun saya memang akan make sure cukup tidur. tapi sekarang tak. dah lain. dah tak sama. aaah, kena terima kenyataan.

 
#tumblr

#4. lain yang dirancang, lain pulak yang jadi. // fine ah. kita hanya merancang. ALLAH yang menentukan. tapi, kalau dah orang lain punya pasal rancangan kita jadi lain, macam mana pulak tu ? pasal orang tu punya hal, tak pasal pasal masa kita yang kita dah rancang jadi lain. bila dah macam tu semua jadi haru biru. aaaa, ni tak nak cerita banyak. tapi betul lah tu, kita hanya mampu merancang  :(

#5. orang yang TERLALU TERLEBIH TERSANGAT urghh sensitif. // susah aaa kalau sensitif sangat. sikit sikit nak merajuk. tak boleh salah cakap sikit. lepas tu merajuk. rasa macam nak lempang je. aku ingat aku ni yang terlebih sensitif. sekali aku jumpa orang yang lagi sensitif daripada aku weh. ambik kau ! eleh, sebenarnya bukan sensitip apa pun. mengada ngada je tu kot. nak perhatian. agaknya laaaa.

#6. bila kena tunggu makanan yang kita order dalam jangka masa yang tak munasabah. // heh, ni lagi hangin. dah la kebulor. apa lah sangat nasi goreng tak sedap tu. 10 minit dah boleh siap patutnya. saya tunggu hampir 45 minit tau hanya untuk nasi goreng paprik. errr, dah lupa sebenarnya berapa lama. bila pergi tanya, 'jap eh dik. belum buat lagi.' kepala hotak awak. orang yang order lambat daripada saya dah dapat, macam mana saya punya boleh belum masak pulak. heh. pastu saya pergi buat order lagi. pastu saya blah. padan muka ! dah banyak kali kena macam ni. tapi nak buat macam mana. dah tak ada pilihan lain.

#7. bila makanan macam daging atau cili terselit dekat celah gigi. // arghhh. stress. haha. biasanya lepas lunch lah kan. lepas makan nanti mesti terasa tak selesa dalam mulut. dah sah ah tu ada benda terselit dekat celah gigi. kena laa cover mulut bila nak cakap atau gelak. cepat cepat pergi toilet buat apa yang patut. hihi  :B  baru faham kenapa adik saya bawa berus gigi dan ubat gigi dia pegi mana jee. 

#8. bila diri kita tak ada kekuatan nak bagi tau kat kawan kita yang kita tak senang dengan perlakuan dia. // susah wehhhhh. nanti kalau silap cara boleh bergaduh. tu yang bagi kias kiasan je. kalau tak fahm, tak apa lah. biarkan je. simpan dalam hati je. tapi, kekadang saya pun tak perasan jugak kalau saya ada buat salah. awal awal nak bagi pesan dekat kawan, kalau tak puas hati dengan aku, cakap je dengan aku personally. kalau salah aku, aku minta maaf  :)

 
#tumblr

#9. bila kena sharing benda benda yang private. // aaaah, tak reti lah nak terangkan cemana. benda benda private ni benda benda yang sensitif nak diperkatakan. faham faham sendiri je ah ye. kalau rasa perkara tu private pada awak, awak pun kena fikir pada orang lain jugak. ish, susah nak terangkan laaa. susah. yang penting, saya tak suka share 'barang' peribadi saya dengan orang lain. eh, ada ke orang yang suka ? tak kot  -.-

#10. bila dah tak tahu nak update blog pasal apa lagi. heh, selalu terjadi pada pemilik www.nufaa.com ni.

eh, ter-panjang pulak membebel  =.='

tengah hari tadi dapat berita ayah kawan saya meninggal. meninggal pagi jumaat. tersentap kejap. rasa sedih sangat. dia dah la rapat dengan arwah ayah dia tu. lagi berapa hari dah nak masuk Ramadhan. hmmm. Hairul, semoga kau tabah. kena ingat, dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. AL-FATIHAH.

teringat arwah nenek yang yang dijemput ALLAH pada satu Ramadan yang lalu. hampir setahun dah rupanya. cepat nya masa berlalu.

27.7.11

Wordless Wednesday (8) Fake


#tumblr

25.7.11

Lagu semangat.


hadapi dengan senyuman,
semua yang terjadi biar terjadi,
hadapi dengan tenang jiwa,
semua kan baik-baik saja,

bila ketetapan tuhan,
sudah ditetapkan tetaplah sudah,
tak ada yg bisa merubah,
dan takkan bisa berubah,

relakanlah saja ini,
bahwa semua yang terbaik,
terbaik untuk kita semua,
menyerahlah untuk menang.

#dewa, hadapi dengan senyuman

23.7.11

Seribu macam jenis manusia.

#deardiary

 
#tumblr

tiba jugak hari minggu. bila duduk sini, masa tu berlalu macam pantas gila. kejap je, eh ! dah tengah hari. lepas tu, eh ! dah malam. kena bersiap untuk hari esok pulak. penat bila rasa macam tu. macam tak ada masa untuk bernafas dengan lega dan tenang. padahal  baru lebih kurang dua bulan duduk sini.

dalam masa lebih kurang dua bulan tu, macam macam jenis orang jugak lah yang aku dah jumpa. macam macam orang jugak tu lah yang buat aku rasa nak gila duduk sini. yang buat aku rasa tak best nya duduk sini. yang buat aku nak menangis bila aku duduk sorang sorang dalam bilik. yang buat aku rasa, YA ALLAH, penatnya aku nak hadapi macam macam masalah, macam macam jenis perangai.

bukan aku nak jadikan alasan yang macam macam jenis orang tu buat aku tak suka duduk sini. tapi memang aku rasa susah nak hadap tu semua. aku rasa penat. mungkin sebab diri aku jugak yang terlalu harap benda benda akan berjalan dengan smoothly tanpa perlu aku hadap masalah masalah yang macam ni. mungkin juga sebab tu, aku rasa aku bermasalah bila duduk sini. memang. aku rasa susah.

#tumblr

aku pun tak tahu apesal aku tak suka duduk sini. bila abah mama tanya, apa sebenarnya masalah aku, aku tak reti nak jawab. aku boleh diam je. tapi sebenarnya dulu, aku jugak yang pilih tempat ni. saat saat aku nak register masuk sini pun, abah tanya aku lagi sekali, 'abah tanya lagi sekali. betul ke nak masuk sini ? tak nak pergi matriks yang dekat Melaka tu atau Uitm Machang buat diploma statistik tu ?'. aku cakap aku nak masuk sini. tengok, aku sendiri yang buat keputusan nak masuk sini. abah memang tak paksa aku, dan tak kisah aku nak pilih mana mana.

and now, semua nya dah jadi. memang agaknya tempat aku kat sini. jumpa macam macam jenis orang. alah, sebenarnya pergi mana mana pun, aku kene jugak jumpa macam macam jenis orang tu.

kadang kadang aku rasa macam bangang jugak bila aku tak reti nak kata tidak pada benda yang aku tak suka. contohnya, bila masa buat assignment atau projek. memang aku rasa sakit ah bila tiba masa tu. memang tu saat saat yang paling aku tak suka bila kena buat kerja partner atau grouping. tapi, macam kawan aku cakap. tak apa. Allah nak bagi kau ujian supaya kau lagi kuat untuk hadapi masa yang akan mendatang.

lovequotesrus:

Photo Courtesy: keepstandingtall
#tumblr

dulu bila duduk dekat rumah, mama tempat aku mengadu nasib. tempat aku menangis. sekarang bila dah jauh dengan mama, aku rasa susah sikit. aku pun tak nak bila mama call aku terpaksa dengar aku nangis sebab aku tak tahan duduk sini. aku pun tak nak lah ! aku tak nak susah kan hati abah dengan mama pun. tapi dengan siapa lagi aku nak menangis ? dengan siapa lagi aku nak cerita masalah aku ? kawan kawan aku yang lain pun ada masalah sendiri. jadi, dengan mama, dengan Allah lah tempat aku menangis.

memang aku selalu doa, supaya hati aku kuat, supaya aku sabar dengan segalanya. supaya aku tabah. ahhh, ini perkara betul. bukan aku nak bajet atau poyo   -.-

selagi aku mampu, memang aku bersabar dengan macam macam jenis manusia tu. tak pe lah kan. orang buat kita, nanti orang lain pulak yang buat dia balik. aku percaya pada karma  :)

-aku menjadi seorang yang hipokrit apabila aku seboleh bolehnya nak menjaga hubungan aku dengan sesiapa sahaja. itu membuatkan aku boleh jadi gila sebab hati aku sendiri yang sakit. jangan jadi macam aku yang tak jadi diri sendiri ni.

22.7.11

Kita pun manusia.


#tumblr

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bila mana kau juga seorang manusia.
#boneca,cela

-tolong bangkit. awak kena kuat.

21.7.11

Rupa baru.

salam semua.

hihi. lain tak rupa blog ni ? aisehhh, akhirnya bertukar juga selepas dua tahun setengah dengan rupa yang sama. thanks to kak Ilham Liyana. cepat gila servis akak ni. kesian dia layan karenah pelanggan dia ni  T____T

sebenarnya blog ni belum siap lagi =.='  ada sikit sikit lagi nak tambah dekat bahagian sidebar. tapi terlampau sibuk lah sekarang ni. banyak hal sangat sangat sangat. nanti bila free baru nak hadap blog ni betul betul, sekarang memang tak ada masa. huwaaaa, rupa blog ni yang lama lupa nak print screen. adeiiii.

aaaaaa, ada meeting lepas ni. tengok ! sekarang sangat sibuk. esok ada quiz. minggu depan ada test.

eh, macam mana dengan rupa baru blog ni eh ? ada orang nak komen tak ?  :B

ok bye. nak bersiap.

20.7.11

17.7.11

Terharu bila diharukan.

heyya. saya secara sah telah berumur 18 tahun. kih kih kih.

YAY ! boleh tengok movie dekat wayang yang umur 18tahun ke atas je boleh masuk  :B

ni cerita dua hari lepas. tapi tak pe ah. nak cerita gak.

ok. sebenarnya ni first time celebrate birthday tanpa mama abah and adik adik. serius malam sebelum 15.7 emo gila gila. rasa nak melalak je. rasa nak lari balik Melaka. tapi, heh. gila kau sebab birthday je nak lari balik Melaka.

aaaa, perasaan emo tu tak layan sangat. buat tak tau je. nak tenangkan hati, pukul sebelas setengah dah masuk tidur. layan perasaan bagai semua. terus macam tertidur. MACAM je. sebenarnya belum lagi. baru nak masuk fasa satu dalam tidur tu. dah nak tidur tu kira ok lah kan.

tengok jam, eh, dah pukul 12pagi tarikh 15.7. HAPPY BIRTHDAY TO ME  :')  serius memang rasa macam bengong sikit time tu. apa nak buat lagi kan. try lagi tidur. eh, sebenarnya tak boleh tidur pun. lepas je tepat pukul 12malam tu, mesej berderet deret masuk  :')  aaaa, termenangis lagi. ada jugak orang ingat kat aku ni.

mama punya wish buat saya gelak. haha

lepas mesej mesej tu macam dah reda sikit, try tidur lagi. masa tu dah pukul 2lebih pagi kot. tak perasan. dengar macam ada orang ketuk pintu bilik. biarkan je ah. perasaan je tu. sekali nampak room mate bukak pintu. biarkan je ah. tekup muka dengan bantal ! haha, tetiba ada orang bukak lampu meja study bilik saya. eh,


amik kau, kawan kawan saya buat surprise lah ! memang macam eh ! betul ke ni ?! ada dalam 8 orang masa tu kat bilik saya  :'D  dorang nyanyi lagu birthday sambil bawak kek. bila masa tah dorang pergi beli agaknya. saya pun tak tau. masa tu memang malu gila sebab muka orang nak tidur. dengan rambut serabai, dengan baju tidur nya. habis laaaa, muka kaki rambut semua kena krim kek.

lepas dah nyanyi bagai tu, apa lagi, gambar lah kan. hihi, tapi gambar gambar tu semua private. sebab masing masing berpakaian tidur. mana boleh nak tempek dekat sini  :P  tidur pun lewat pagi lah jawab nya. hari jumaat 15.7 tu kelas pukul 8 pagi. nasib baik dapat bangun pergi kelas. pergi dengan syira. kawan yang lain tu, ehem ehem, boleh pulak tak pergi kelas. korang niiiiiii !! haha


apa apa pun, thanks kawan kawan. thanks, syira, pipa, shaza, anis, jaja, iylia, etty, kak iza. first time tu semua. nasib baik tak ada baling baling telur atau tepung. kalau takkk, habis laaa. hihi, hmmm. ni rupanya rasa bila duduk hostel.


tak banyak yang saya harapkan bila umur 18 tahun ni. wish cuma boleh jadi kuat hadapi fasa hidup baru. hidup jauh dari mama abah adik adik rumah dan kawan baik. wish cuma boleh buat yang terbaik dalam university life ni. wish cuma tak akan kecewakan mama abah. dan blablablabal...

rasa macam sakit sikit bila tak dapat celebrate umur 18tahun dengan kawan baik dengan family. teringat masa sekolah dulu. tapi semuanya jadi ok bila ada kawan kawan dekat sini. kawan kawan yang insyaALLAH akan jadi kawan selamanya  :')

haaa, thanks juga pada sesiapa yang wish  :)


-ada orang tu tak tau lah dia buat buat lupa atau memang terlupa. tapi peduli apa kan. lantak awak lah. hihi

8.7.11

Tak apa apa lah.

salam semua.

Four teas. by DJ Bass

rasa macam dah lama tak menaip dalam keadaan selesa macam ni. i mean, menaip dari rumah. boleh duduk dekat mana mana kita suka, dalam keadaan nyaman. tak terkejar kejar. heh, dah lebih sebulan pun kan since saya pergi UTP tu.

sekarang tengah cuti mid sem untuk budak budak UTP. cuti 4 hari je ok. 4 hari je. errrr,

tak apa apa laaa. 4 hari pun, 4 hari je lah. daripada tak ada langsung kaan. dapat jugak merasa balik Melaka ni haaa. pengalaman weyh balik naik bas, lepas tu naik KTM, pergi BTS TBS apa tah nama tu, lepas tu naik bas balik pergi Melaka. fine, tak nak balik naik KTM lagi. tak mo macam tu lagi. terseksa. nak balik cara lain pulak lepas ni.

biar pun 4 hari je cuti, nak pastikan semua benda yang saya tak dapat dekat Tronoh tu, saya dapatkan dekat Melaka. apa yang tak dapat dekat Tronoh ? banyak. dekat sana bukan nya saya boleh keluar keluar pergi ipoh nak bersuka ria bagai. balik melaka ni lah merasa shopping, wayang, karok, makan makan.

aaaa, syurganya rumah kita niiii. syurganyaaaaaaa.

nasib baik balik sana nanti ada orang hantarkan. hihi, senang sikit nak bawa barang barang yang super banyak ni. mana tak banyak nya. stok makanan, stok bajuuu, blablablabla. ye ah, balik Melaka sehelai sepinggang. balik perak, sebakul seguni barang. keh keh keh

eh, nak kena bersiap. misi seterusnya. nak melawat rumah rumah lain pulak. malam tadi dah melawat Jusco lama ni haaa. hari ni target Jusco baru dengan Melaka Mall. boleh ?   =.='   hihi

Melaka Mall by aran but whothehellgivesadamn

ok bai.
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License