27.6.11

Fakta terkini.

little girl  by stephanie_r07

Blog ni dah tak bermaya.

Blog ni macam blog orang sakit.

Blog ni macam ber-bertuankan seorang yang hati kering.

Blog ni macam dah lain daripada yang dulu.

Blog ni macam dah bosan.

Tuan blog ni macam sakit.

Semua-nya bukan macam. tapi memang.

Sakit rindu  :'(

19.6.11

Hari Abah


Selamat Hari Bapa, Abah.

abah tak kan baca blog ni. hihi, tak ada ucapan bagai, hanya kata kata selamat hari bapa je. for me, everyday ialah hari luahkan perasaan dekat parents kalau ada apa apa yang terbuku dekat hati. everyday adalah hari untuk luahkan rasa sayang. everyday adalah hari yang perlu saya pelok ciom mama. everyday adalah hari istimewa dalam keluarga. adat lah kan kalau kena marah, bergaduh, blablablabla. assignment pun tengah banyak ni. dah tak tau nak kata apa lagi. heh

hidup memang ada pasang surut, susah senang. cuma kita kena kuat untuk hadapinya sahaja. tapi selalu je aku rasa aku tak cukup kuat  :(

bye.

17.6.11

Hampir sebulan.

Sad? ... Happy? by sourpatch.

salam semua.

ok, kekok dah nak menaip dekat blog sendiri. banyak benda sebenarnya nak bagitau. tapi tak ter-taip. heh, mengada.

cuba korang hitung. dari 19.5.2011 sampai hari ni, sekarang 17.6.2011. eh, dah hampir sebulan dekat sini. cepat nya masa tu berlalu. banyak benda yang dah hadap. penat. letih. tapi apa nak buat. kena lah jugak kan hadap.

dalam masa sebulan ni jugak lah tak balik Melaka  T____T  tapi dalam masa sebulan tu dekat tiga kali abah datang tengok. hihi, rezeki weyh bila abah kena kerja dekat dengan Perak ni. sebenarnya tak lah dekat sangat. dalam dua jam juga nak datang U ni. mama pulak, baru datang sekali. 'ok' le tu kan. sebenarnya kalau boleh nak mama dengan abah datang tiap tiap hari. heh

dua minggu pertama dekat sini memang tak boleh blah lah kan. asyik melalak je tiap tiap hari. haha, tapi sekarang dah tak lagi. dah tak ada masa nak melalak bagai semua tu. balik je kelas dah penat. terus pengsan. dekat sini memang banyak berjalan. dah le jauh  =.='  abah kata habiskan satu semester dulu, baru fikir perlukan kereta atau tak. wehuuuu (mengada ngada)

kawan, semuanya baik baik. semuanya ayu ayu. kui kui kui, tapi tetap rindu orang Melaka juga (rindunya dekat awak Jafina )

pelajaran, mak aihhh laju nak gila. memang le. dalam masa setahun nak habiskan foundation ni. so, memang laju gila ah lecturer mengajar. orang yang tak ada basic ekonomi ni, memang blur habis. tapi alhamdulillah lah, sekarang ni makin ok kot subjek ekonomi dengan business tu. tawakal je ah bila ada test nanti  =.='

lagi apa ehh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? ok berhenti. dah tak tau nak cerita apa lagi.

bye.

5.6.11

Anak mama.

http://3.bp.blogspot.com/-4nbogGhHdU0/Ter7KRJpyKI/AAAAAAAAAgg/UiMTK4ftx60/s1600/73969_164590796903900_100000589432560_425398_4176149_n.jpg
malas nak selongkar folder gambar. ambil gambar dekat blog adik je. hihi, adik dgn mama.
anak mama kuat. anak mama boleh bersabar, insyaallah. mama jangan sedih dan susah hati lagi. orang tak nak mama sedih dan susah hati sebab orang. bila dah duduk jauh ni, sebenarnya tak lah jauh mana pun kan, dah macam tak ada rasa malu nak luahkan kata sayang dan rindu  :')

untuk abah dan mama, happy anniversary yang ke 19 (5.6.11). hihi, umur orang pun dah hampir 18 tahun. macam tak percaya kan. perangai macam budak kecil. errr, tak boleh cerita lebih lebih dekat sini. bila berjumpa nanti baru boleh cerita itu ini.

dulu masa semua ada dekat rumah, kita mesti celebrate sama sama kan apa apa tarikh penting dalam family. buat BBQ la, steamboat la, beli kek la, keluar makan la, jalan jalan la. sekarang ni dah jauh, susah nak jumpa, kenalah tangguhkan itu ini. tapi tak pe, mama kata kena sabar.

i'll try my best. tak ada anak yang nak hampakan ibu bapa dia. tak ada anak yang nak buat ibu bapa mereka sedih. cuma kadang kadang, orang tak perasan dan sedar yang perbuatan tu dah buat mama dengan abah kita sedih. maafkan. itu je yang boleh diharapkan.

tak retilah sebenarnya nak buat entry panjang panjang macam dulu. dah lama tak bagi perhatian dekat blog ni betul betul. kesian www.nufaa.com ni. ada masa nanti, nak belek belek dan make up apa yang patut. kalau ada masa lah. (dari menganggur lepas habis SPM, sampai dah masuk U, blog ni sama je keadaan dia. heh)

entry khas untuk mama dengan abah, dari anak mama abah yang paling manja. (padahal anak sulong ni  =.=' )

happy anniversary abah ♥ mama.

- adik, kalau kau nak gelak baca entri ni kan, kau gelak je. sebab aku pun macam tak caye aku boleh nak buat entri macam ni. kawan kawan, kalau korang terbaca entri ni, senyap senyap ye. tapi kalau nak gelak, gelak je depan aku. hehe
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License