28.2.11

Lebih 1000km.

Long Road by Army Man Chaz

Melaka - Muar - Kuantan - Kuala Terengganu - Melaka

dalam masa dua hari. penat weyhh. banyak habis masa dekat dalam kereta je. phewwwww,

nak rehat rehat dulu. nanti ada la entri baru yang muncul. wuuuuu   :)
           

25.2.11

Berjaya buat saya geram ! heh,

What are you looking at, noob? by emcewu
Apa doe ?
sekarang neh, banyak sangat drama indon dekat tv. apa yang saya perasan lah. sebab memang tiap tiap hari tv tu hadap saya, eh, saya yang hadap tv lah. errrr, korang perasan tak ?

daripada TV3, astro Ria, astro Prima, astro Oasis, dan segala mak nenek channel pun, mesti ada drama indon. tapi, dekat channel Disney, KBSWorld, AXN tak ada lah drama indon ea. pffftttt

antara drama indon yang saya layan dan tak berapa nak layan ialah sinetron Kejora dan Bintang, Sejuta Cinta Marshanda, Safa dan Marwah, dan blablabla lagi. ke tu je ek ? errrr, tak ingat. kene buka tv, baru ingat. tapi, dekat astro Ria punye sinetron lah yang saya selalu layan. kui kui kui

dalam drama indonesia, wajib lah ada watak yang baik gila macam angel yang sangat jujur dan tulus dan watak yang jahat yang amat macam manusia tak ada hati dan perasaan. kan kan kan. bila tengok drama indonesia wajib ada dua watak tu kaaaannn ?

meh saya bagi contoh. dalam sinetron Sejuta Cinta Marshanda, watak yang baik gila macam angel tu ialah watak Marshanda, Chacha. baik gila weyh. tak ada nak melawan lawan sangat. yang jahat macam hape tu, mak si Delvin. macam manusia tak ada perasaan je.  =.='

Angel ... by Berta...
angel lah ni kannn.
dalam sinetron Kejora dan Bintang pulak, yang baik macam angel tu semestinya lah watak Kejora. baik gila doeee. sampai boleh je nak maafkan segala mak tiri dia. kalau dalam realiti, ada ke orang yang baik gila macam tu. anddd, watak dia sangat naive. menurut je. yang watak jahat macam setan tu, mak tiri Kejora, ibu Hanifah tu dengan anak dia, Janet. macam orang gila. kemaruk sangat dengan harta orang. dengan muka dia yang macam setan. serius, saya pun geram tengok.

cukup dua contoh tu lah kan. sebab dua sinetron tu je yang saya layan lebih sikit. yang lain tu tengok tiga minit, tukar channel lain. sebab tak faham langsung jalan cerita sinetron tu. heh,

lepas tu kan, jalan cerita drama indon ni, hampir semuanya sama. gila harta, anak yatim, kena culik, kahwin paksa, terlampau miskin, terlampau kaya, terlampau baik, terlampau jahat, blablablabla korang tambah sendiri nanti. kan, kan, kan, semuanya nak terlampau. yang baik, baik sangat. yang jahat, jahat sangat. yang kaya, kaya sangat. yang miskin pulak, sampai melebih pulak miskin dia. eh, point ni macam berulang laa(mana ada berulang kan ?).

Devil Cat Stanley by WY Man
sepak kang.
eleh, kalau dah tau drama indonesia semua sama je, buat apa tengok !

hehe, kalau perasan, sinetron sinetron indonesia yang saya tengok tu, preview dia semua macam best. sebab tu saya hadap je drama indonesia yang jalan cerita macam nak sama tu. bila dah tengok satu episod, mesti nak tengok sampai ending. kalau tak, rasa macam errgh pelik. tergantung. macam sinetron Bukan Diriku tu. tak dapat tengok ending dia      =.='

dulu sinetron Bawang Merah Bawang Putih(betul ke ni tajuk dia ?) berjaya buat saya, errrrr geram sampai boleh sakit jantung. alaaa, yang mak tiri Putih tu. macam ular siot muka dia. sekarang neh, sinetron Kejora dan Bintang pulak. geram gila dengan watak Janet tu. mak aihhh, dengan muka dia. rasa macam nak bagi pelempang pun ada. nak sepak sepak kalau boleh. gila harta. macam tak ada jantan lain je. duhhhh,

http://4.bp.blogspot.com/_k-ncrMixVJo/TQR-F2MIrTI/AAAAAAAACsI/xIZjD-x_91o/s1600/helsi3.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_8m9sGEO80Pg/TTMnf0CQoRI/AAAAAAAABfc/dMFJk4Lmlu4/s640/Eva+Anindhita+Lingerie.jpg

heh, ter-emo pulak lah kaaannn.

eh, dah pengarah suruh dia berlakon macam tu. nak buat macam mana ! pelakon ikut skrip je ! 

betul lah tu. drama drama indonesia dah berjaya buat saya geram sampai saya termaki hamun segala.

bye.
             

23.2.11

7 perkara wajib tahu !

salam sayang semua ! ecehhhh, sayang tauuu.


errr, terasa nak buat entri ala ala About me. sebabbb tak ada sebab. heh, sesaje je lah buat entri macam ni. meh ambik tahu sikit tentang saya. siapa yang tak nak tu, duduk senyap senyap dekat tepi tu. nanti ada entri lain, awak usha lah ye.  :P

7 Perkara Wajib Tahu !

1. tiap tiap tahun azam saya mesti nak kurus. tak pernah berubah pun ok. sebab, azam tu asyik tak pernah tercapai. terbantut je. alahaaiiii,  =.='

2. saya benci ikan bilis ! sebab, gusi saya pernah berdarah terkena tulang ikan bilis. ikan bilis ye. sebenarnya, semua ikan pun tak reti makan. sebab takut tulang. sebab pernah ada sejarah. ok, itu cerita lain kali. kui kui kui

3.  motto hidup saya. 'if you want it, go for it !'. hanya diaplikasikan ketika shopping. sebab, saya akan jadi lebih bersemangat nanti masa shopping. lalalalalalala~

4. anti dengan mydin. tapi sekarang dah boleh teman mama masuk mydin kejap. sebab, dulu first time datang mydin terbesar melaka neh, ada insiden yang berlaku. trauuma lah.  =.='

5. tak boleh rasa lonely terlalu lama. sebab, nanti akan stress lalu menangis. ini punca tak update blog hampir lima hari.  T____________T

6. tidur dengan tujuh bijik bantal. sebab, dulu masa kecik kecik, selalu berfikiran bila tidur nanti, akan ada benda yang menyelinap dari bawah katil naik atas katil. wuuuuu, takut.

7. pernah tak makan nasi lebih kurang dua minggu. tu pun kadang kadang terbuat buat  termakan nasi sebab terlupa. sebab, lauk yang mama masak selalu nampak sedap kalau makan dengan nasi panas. heh,

cukup lah tu tujuh. nanti kalau terasa gedik lagi nak buat entri ala ala About Me ni, saya buatlah ek.

Friends Page by Lolita Wonderland

oh, oh, nak tanya sikitttt, perlu sangat ke saya tukar template blog ni ek ? errr, memang nak sangat sangat tukar, tapi tak tau lah nak tukar macam mana. tunggu sikit, eh, banyak hari lagi eaaa. cari idea sat nak ubah apa apa yang patut.

nanti kalau paksa, jadi apa apa entah nanti. lagi tak nak. T_______T

kalau korang ada apa apa cadangan atau pendapat, boleh je komen komen dekat blog neh. tak pun boleh emailkan cadangan/kutukan/amaran/pujian(heh) dekat sini; budakfadhilah [at] gmail [dot] com

saya amat dahagakan cadangan.

bye.
        

21.2.11

Keputusan SPM 2010

assalamualaikum semua.

http://3.bp.blogspot.com/-BFOKr74Ik-s/TVZDo39Dt-I/AAAAAAAAAvI/yPBZdbtr1gU/s320/Logo-SPM.jpg
google.
aaaaa, gedik juga nak buat entri walaupun rasa takut yang teramat. tarikh tu rasa macam makin lama, makin dekat. erk, bukan macam laaa, tapi memang !

sekarang ni tarikh keputusan SPM 2010 yang sebenar belum diumumkan lagi kan ? ke saya je yang tak tau ? kalau siapa siapa yang tau tu, boleh lah roger ek. kongsi maklumat sikit dengan orang yang tak tau apa apa ni. HEHE

sebenarnya, saya tak bersedia lagi nak hadap keputusan SPM 2010 saya ni. tapi sampai bila kan tak bersedia. kena juga hadap kan keputusan tu. kena juga terima kenyataan nanti. tak boleh lari daripada realiti. ye, itu fakta.  =.='

bila dah makin dekat dengan tarikh keputusan SPM tu, mula lah rasa stress melampau lampau. teringat balik waktu sekolah. teringat balik macam mana geram nya hati ni bila kene pergi sekolah waktu tengah sedap sedap tidur dan terpaksa hadap orang-yang-bajet-bagus-gila-nak-mam. oh myyy,

tapi tu dulu. sekarang mana ada lagi. sekarang semuanya sorang sorang. duduk rumah sorang sorang waktu orang lain pergi kerja, pergi sekolah. sarapan sorang sorang. masak sorang sorang untuk makan tengah hari. menangis sorang sorang. gelak sorang sorang. tengok tv sorang sorang. menyedihkan !

rindu sekolah.

rindu kawan kawan.

rindu cikgu.

rindu kantin.

rindu ko-op.

rindu surau.

rindu library.

rindu kelas.

rindu tangga sekolah.

semuanya rindu lah !

sindrom rindu ni makin melampau sejak akhir akhir ni. melampau lampau sampai boleh buat saya stress dan terus menangis. hati jadi sakit macam kena hiris hiris. ini bukan cakap cakap kosong. memang betul saya rasa macam tu.

nak cerita dekat kawan rasa macam tak perlu. ye ah, dorang pun ada masalah sendiri jugak. tak kan nak kusutkan lagi kepala hotak dorang dengan perasaan saya ni. dorang pun tengah cuak nak hadap keputusan SPM 2010 neh. errghhh, stress !

untuk mereka yang dah pernah hadap keputusan keputusan SPM ni, ada nasihat tak ? atau tips ke supaya tak nak gelabah lebih lebih. boleh kongsi ? errrrr,

eh, tadi nak buat entry tentang keputusan SPM 2010. sekarang ni jadi entry rindu rindu pulak. ye lah, dah semuanya sorang sorang. tak ke dah macam alien.

aaa, bila ingat sekolah, terus jadi emo.

bye.
                                     

16.2.11

Nasib baik dah normal.

huuuu, salam Maulidur Rasul semua.

semalam, menggalabah gila lah jugak saya. sampai tiga pagi tak tidur tidur nak cari punca pop up box tu. nak menangis pun ada. ye ahhh, tak pernah pernah kena macam tu sepanjang dua tahun blogging.

lepas google sana sini malam tadi, tunggu jawapan daripada forum google semua,  akhirnya hilang jugak 'benda jadah' tu.

disebabkan menggelabah, cuak yang amat sangat semalam, satu entri saya dah didelete. ingatkan sebab entri tu keluar segala pop up box bagai tu, rupanya tidak ! heh, menyesal pun tak guna. dah delete pun entri tu.

rupa rupanya, ada satu widget tu yang emntebabkan pop up box tu keluar. alaaa, widget yang random post tu. dah delete dah pun.  =.='

tapi, nasib baik semuanya dah normal kembali ! 
      

15.2.11

Serius aku hangin, gelabah, cuak.

klik untuk besau.

serius aku hangin kejap.
apa ni ? apa ni ?

kenapa ada pop up ni bila buka blog BBF ni ?
kenapa ?

ada sesiapa yang boleh tolong ?

pleaseeee.

9.2.11

Mungkin ini kisahnya tentang pelajar bunuh diri di Melaka.

salam sayang semua. heh,
DI SINI…lokasi di tingkat dua yang menjadi tempat mangsa terjatuh.

ni saya dapat cerita bila adik adik balik sekolah ahh kan. terkejot saya. sampai macam tu sekali rupanya. errr, ada banyak versi yang saya dengar ah. ni salah satu nye. oh, ni sambungan entri Pelajar tingkatan lima bunuh diri di Melaka ya. harap maklum. HEHE

cam ni ah lebih kurang cerita nya,

ada orang kata, pelajar tu bunuh diri sebab dah tak tahan kene ejek dengan kawan kawan.

beberapa hari  sebelum Chinese New Year tu, pelajar neh cakap dekat kawan dia, tahun ni Chinese New Year yang terakhir dia akan sambut. lepas tu dekat facebook dia, dia ingatkan kawan dia untuk belikan keranda sebab dia nak mati. dia taip cam neh, 'aku nak mati, sediakan keranda.'

macam biasa ah kan, kawan dia gelakkan dalam komen komen.  =.='
kawan dia kata, 'nak mati, pegi ah mati !'. kawan dia cabar doeee.

lepas tu dia cakap ahh lagi, dia macam nak mati semua. lepas tu kawan dia gelakkan lagi. ye ahh, ada ke orang nak mati suka suka. heh,

sekali masa time belajar kat lab kimia, dia terus blah dari lab,  dia pergi naik tingkat atas bangunan, duduk atas tembok, belakang badan dia hadap luar bangunan, terus dia terjun. bammm, bye semua !

duhh, tapi kan, tak kan ah dia bunuh diri sebab kene ejek macam tu kan ? sebelum sebelum neh pun, dia selalu gak kene ejek. mungkin sebab fizikal dia atau err saya pun tak tahulah kann.

lepas tu ada cerita lain pulak cakap pasal boipreng. errr, tak tau ahhh. tu nanti, korang pegi ahhh tanya dia sendiri. tak pun mak abah dia ea. saya tak campor tau.

salah cerita kang, malam nanti dia cari saya ! wuuuuuuuuuuuuu, saya dah lah penakut !

heh, seram ahh. semalam tengok Buletin Utama Tv3, tengok tempat kejadian tu, pergh, meremang ahh. kalau saya sekolah situ, mesti saya tak akan ! tak akan ! pijak atau lalu tempat tu.  T____________T

buruk buruk saya, errr, belum terfikir nak bunuh diri.  =.='

bye.

8.2.11

Pelajar tingkatan lima bunuh diri di Melaka

I believe I can fly by Noe-bear18
Flickr.
pergh, balik sekolah je tadi, bukan saya yang balik sekolah lah, tapi adik adik saya dengan mama, dorang kata ada pelajar tingkatan lima SMK Seri Kota, Melaka bunuh diri. pelajar Cina. terjun bangunan doe !

pelajar kelas pertama pulak tu. dorang cakap, dalam pukul 9 pagi tadi pelajar tu terjun bangunan. maknanya, waktu tu waktu pembelajaran. mama kata, pelajar tu terjun dari bangunan tingkat dua !

woahh, i believe i can fly. mungkin pelajar tu mengalami tekanan kut.

update;
semalam berita ni keluar dekat Buletin Utama Tv3. korang boleh usha sini untuk berita penuh. (sini)

Pizza Liyana Lunia

hai. HEHE, sekali lagi, ini entri yang diperap jadi draft selama berapa hari entah. tak perasan pulak.

rasa macam dah lama je tak cerita pasal makanan kan. ye ah. last entri pasal makanan pun masa entri 9 jenis telur tu. sekarang ini, saya nak share pasal Pizza Liyana Lunia pulak. alahaiii, comel je nama tu kan.

terjumpa pasal pizza ni masa sibuk usha entri entri kak Ynn. ada jugak beberapa resipi lain yang pernah saya cuba from kak Ynn neh. semuanya simple simple tapi sedapp. tu yang penting ok ! HEHE, oh, kalau korang nak usha resipi resipi from kak Ynn, boleh klik sini. ada beberapa lagi resipi yang kak Ynn letak dalam blog dia.

resipi terbaru yang saya cuba from kak Ynn, ialah Pizza Roti Liyana Lunia. awwww, sedap. macam makan pizza pizza yang betul betul pizza cuma pizza ni comel lagi. heh, ayat apa ni ? 

biasalah kan, tak ada kerja apa nak buat petang petang, buat pizza ni je lah untuk minum petang family. ringkas, dan sedap.

mula mula buat, saya tengok dekat rumah tak ada sosej. belum beli. so, saya guna hirisan ayam sahaja. nasib baik jadi. ayam tu hiris nipis nipis lah ek. bila buat untuk seterusnya, baru guna sosej. korang pergilah cuba buat. tak guna banyak masa pun. (haku suka letak cili padi dengan bawang banyak banyak banyak. makan sampai berpeluh peluh. HAHA  =.=' )

lupa ah guna cheese apa tu.
cheese boleh tarik tarik. HAHA

klik sini untuk resipi Pizza Roti Liyana Lunia. selamat mencuba korang.

ouh, pizza yang saya buat tu sama macam pizza pizza yang lain. dapat je cheese yang boleh tarik tarik tu. HAHA, boleh rujuk blog kak Ynn untuk tahu nak guna cheese apa yang paling best.

bye.

7.2.11

25 Perkara Tentang BudakFadhilah

Mini feeling: surprised by ArtMind etcetera 

HEHE, lama dah tak buat tag. saya ni pemalas sikit. kalau ada orang yang tag saya, seboleh bolehnya saya nak mengelak. sorry ek. saya pemalas. tapi bukan semua tag saya malas nak buat. kalau menarik, memang saya akan cari masa untuk buat. so, tag ni memang saya perap jadi draft. cantik je tersusun entry yang jadi draft tu. sabar ek, satu satu nanti kita publish.

oh, kali ni saya kene buat tag daripada tuan blog sembil9n. baru first time sampai blog dia, dah kene jawab tag. HEHE, masa mula mula sampai blog dia, macam woahh, 'blog hijau ! simple ! cantik sebab ada kartun hijau ! comel ! eh, dia lelaki ke perempuan ? !' ahahahahha, serius. itu yang saya terfikir masa sampai blog dia. heh,

dah termenceceh pulak. ok, ini tag nye.

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

since saya dah blogging hampir dua tahun, dan entry mengenai diri saya amatlah kurang, saya rasa tag ni patut saya buat. adalah jugak modal nak update blog. kui kui kui,

25 Perkara Tentang BudakFadhilah.  (hi korang !)





  1. saya anak sulung dan ada dua ketul adik perempuan yang beza umur kami setahun setahun. (18, 17, 16, cuba teka mana adik yang kedua, mana adik yang ketiga !)
  2. saya sangat sensitif orangnya, kene sergah sikit mesti tersentap lepas tu uwaaaaa. HAHA
  3. selalu ada masalah dengan pilihan sendiri. memang masalah betul !
  4. walaupun saya anak sulung, saya lebih manja dengan abah dan mama. anak mak !
  5. setiap tahun hari pertama sekolah, daripada darjah satu, mesti ada je tragedi yang berlaku.(contoh; masa form 4 haku jatuh tangga. masa darjah enam, haku tegelincir jatuh dekat depan sekolah  =.=' )
  6. saya sorang je yang terlebih tembam dalam adik beradik. bila jalan dengan adik adik, semua pandang pelik. (HELLO ! tak pernah tengok orang apa ?!)
  7. self confidence saya sangat rendah untuk melakukan sesuatu walaupun saya tau saya boleh. heh,
  8. penakut dengan binatang yang banyak kaki, berbulu halus dan berbisa ! eeeeeeeeeeeeeee,
  9. oh, saya tak ada nama nama manja. orang panggil saya Fadhilah je. (kawan kawan panggil saya, boolat, doraemon, belon. tak baik kan dorang ?  =.=' )
  10. dah pernah ada banyak sangat blog. tapi beberapa blog sahaja yang berjaya distabilkan. HEHE
  11. antara kawan kawan rapat, saya digelar adik bongsu sebab paling manja. ceh, manjalah sangat kannnn.
  12. jarang gila sakit. tapi kalau dah datang sakit tu, boleh kena berminggu minggu.
  13. saya cukup pantang kalau salesgirl itu ikut je bontot kite orang yang nak shopping dalam kedai dia. rimas !
  14. tak reti sangat menipu. selalu gagal ! sebab, muka ni macam nak tergelak je kalau menipu. =.='
  15. dulu masa sekolah rendah, serius selalu lepak duduk ramai ramai dengan kawan lelaki. sekarang, hampassss, semua malu malu dah. kan dah besarrr. HAHA
  16. jangan tanya cita cita saya apa. sebab ada banyak sangat.(cita cita nak jadi, engineer, akauntan, buat business, nak ada butik dengan adik adik, blablabla. last last, tak tau apa cita cita sebenar. heh,  =.=' )
  17. selalu nak menangis tak pasal pasal. selalunya masa nak tidur. eh, tetiba je air mata meleleh, lepas tu macam nak melalak. entah apa apa entah.
  18. dulu pernah ada kucing. dak Nyit. lepas dia meninggal, bukan mati tau, terus tak ada bela bela kucing lagi. sebab tak nak perasaan bila kucing yang kita sayang sangat tu pergi berulang lagi. sakit sangat ! (meh, saya share betapa sedihnya bila dia pergi. SINI)
  19. tak reti nak make up bagai neh. reti pakai compact powder je. celak bagai tu, adik yang pakaikan. duhhh,
  20. daripada keluar rumah berjalan tanpa hala tuju dan tak bertujuan, lagi suka habiskan masa dekat rumah. online. lagi bagus !
  21. mama dengan abah didik saya dengan cara yang sangat disiplin. sebab tu ada je benda yang pada saya tak cool, tapi pada kawan kawan saya, sangatlah cool ! (tapi, saya diam je ah kalau tak suka pun. malas nak cari gaduh.)
  22. suka memasak. kalau bosan bosan, suka tengok resipi lepas tu masak.
  23. selalu suka dekat sesutu perkara tu sekejap je. senang kata, mudah bosan.
  24. pernah kena tampar dengan kawan lelaki, lepas tu nangis, lepas tu habis saya pecahkan pencil case dia. (bergurau pun ada had ok !)
  25. pemalu yang amattt. HAHA
cukup sudah 25 Perkara Tentang BudakFadhilah. nak tau lebih lanjut tentang diri saya, ceh, bajettt, selalu selalu lah datang Blog BudakFadhilah ni. HEHE

orang yang saya nak tag ialah ; korang korang yang baca blog ni lah ! nanti bagi tahu saya kalau korang buat tag ni. nak terjah terus ! i pun nak kenal dengan uolllsss.

ada rezeki, kita jumpa lagi. 2.2.11 MIBC.
oh, ada tag lagi yang jadi draft tu. sabar ekkk. tetiba pulak rajin nak buat tag bagai neh.

ok. bye.

6.2.11

Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2010?

entri ni nak buat sependek mungkin. masa asyik kejar saya je. erk,  =.='

oh, saje saje nak join contest ni. dah alang alang Zirah tag diri saya, saya pun join. lagipun contest ni mudah saje. cuma teka tarikh pengumuman keputusan SPM 2010. (mak aihhhh, menggigil tangan haku nak menaip ni !) oh, contest ini anjuran blog ahmadsabri.net.

so, ramalan saya;
14 MAC 2010

tiga orang yang di-tag ialah;


syarat-syarat penyertaan;

1. Buat satu entri mengenai peraduan ni dengan tajuk ‘Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2010?‘
2. Anda perlu meneka tarikh pengumuman keputusan SPM 2010 dan letakkan dengan warna merah serta bold-kan tulisan tersebut.. Contoh : 24 Februari 2010
3. Tag sekurang-kurangnya 3 orang blogger lain di dalam entri anda..
4. Letakkan picture di atas dalam blog korang..
5. Letakkan link ke entri ni. http://www.ahmadsabri.net/contest-bilakah-tarikh-pengumuman-keputusan-spm-2010/
6. Sila tinggalkan komen (url korang) di entri ni.
7. Sila juga tekan ‘Like’ / ‘Suka’ (facebook) di bawah entri ini.

untuk maklumat lanjut, korang boleh usha link link ini;

bye korang.

4.2.11

Budak baik tak layan blue ! Ye ke ?

sekarang neh, serius tak menyempat nak update bog. ada je hal. tapi serius memang banyak cerita nak story. nyiahahahhahahaha. banyak yang jadi draft je. tak sempat habiskan. separuh jalan je.

nak bagi blog ni tak terbengkalai, post ni sikit lagi nak siap. malam neh, dapat siapkan. so, ini entrinya. penuh dengan video ! tak penuh sangat pun. enam je.  = .='

HAHAHAHA, sebenarnya. lima tahun yang dulu, sebelum sekolah menengah, hobi saya dengan family, layan hindustan ! kan masa sekolah rendah, kepala hotak tak kusut lagi nak fikir pasal sekolah. bila dah masuk menengah, mana ada masa nak layan hindustan.

masa dulu dulu cerita hindustan best tau. sekarang ni agak hampas sikit rasanya. seksi je lebih. terbonjol sana. terbonjol sini. macam tak cukup kain je. lepas tu jalan cerita entah apa apa.

dulu dulu layan hindustan, boleh meleleh air mata. layan hindustan, part sedih, mama mesti nangis. lepas tu gelakkan dak mama. last last, saya pun nangis jugak. HAHAHAHAHA

sabtu yang lepas, erk, sabtu bile entah. post ni kan lama dah jadi draft. ada cerita hindustan best tau. tu yang teringin nak buat entri tentang hindustan.

meh, saya share, antara lagu yang saya suka. ni sikit je. yang saya jumpa. kang kalau nak letak semua, jenuh nak mencarinya. lepas tu nanti, berjela lah entri saya. so, ini antaranya lah. video yang pertama dan kedua saya rakam. HEHEHE, yang lain, ihsan YouTube lah. mana lagi nak cedok.  =.='

video

sempat rakam sikit je. kualiti buruk ! HAHA

video

eksotik doe tarian video neh. g usha part 1:14



sedap je telinga dengar. mata pun sejuk. HAHA


ini best ah. sebenarnya, semua best !



wuuuuu, i loike. saya suka ahh yang eksotik eksotik ni. heh, betul ke penggunaan word tu. ahh, tak ada siapa kisah. ekekekekekeke.

kalau perasan, semua video ada Shah Rukh Khan. awwww, peminat dia ah neh. HAHA, wajib kot tengok semua movie dia. tapi ada yang dah tak ingat ah. lama dah tak layan movie movie hindustan neh. lama jugak air mata tak meleleh sebab tengok movie SRK ni. ceh.

movie yang ada Amir Khan pun best jugak. banyak yang best. cuma tak ingat nama dan cerita apa je. kene tengok cerita tu dulu, baru lah kenal.

apa apa pun, Shah Rukh Khan tetap yang paling best. miahahahahahhaha,

saya suka layan hindustan. korang macam mana pulak ? korang suka layan apa ? jangan yang blue, sudah !

eh, betul ke budak yang nampak baik tak layan blue ? erk,

2.2.11

Penat tunggu Nuffnang ? meh, cuba yang ini.

eh, hi korang. salam.

kali ni saya nak share sesuatu. sesiapa yang selalu je kecewa dengan Nuffnang, mungkin ini boleh bantu korang.

ohh, setakat ni saya tak adalah kecewa sangat dengan Nuffnang. biasa biasa je. tak suka sangat, tak benci sangat. ada je duit yang masuk walaupun tak selebat orang orang lain. HEHE,

saya budak budak, agaknya sebab tu lah duit dia pun taraf untuk budak budak. tak apa. sabar je lah. kalau ada rezeki, adalah. tak miskin pun kalau tak dapat duit daripada Nuffnang tu. yang penting, sabar dan usaha !

selain dengan Nuffnang, saya rasa korang boleh juga cuba Heartbeat. mungkin rezeki agak kureng dengan Nuffnang, apa salahnya kita cuba dengan Heartbeat. mula mengenali Heartbeat ni masa tersesat masuk ke blog kak Miza Yusof ni. masuk masuk je blog dia ada entry tentang Heartbeat. mula mula macam tak tertarik sangat. so, buat bodoh je lah. lama lama, rasa macam nak try lah pulak. ehehehehe,


so sekarang ni, saya baru je sangat join Heartbeat ni. tak reti nak cerita lebih lebih lagi. belum tau apa apa sangat. tengah explore lagi. cari tau tentang Heartbeat lagi. yang penting, korang sign up dulu dekat www.heartbeat.my(klik link tu).

korang jangan risau. Heartbeat ni tak akan ubah status Glitterati korang. so, korang bolehlah ber-heartbeat dengan hati yang senang.

tak salah kan kalau cuba je. bukan kene duit pun nak register. jom kita cuba Heartbeat ni. kalau earning korang dah lebat, jangan lupa saya. HEHE,

andd, jangan sampai jadi macam dulu tau. yang kes tipu tipu klik macam Nuffnang sebab nak earning banyak. nanti nak blogging jadi dah tak best. so, fikir fikirkan.

bye.

                                      

1.2.11

Krisis di Mesir

korang,

sedih saya baca update update daripada blog blog yang ceritakan tentang keadaan pelajar Malaysia dekat Mesir. sebagai saudara seislam, saya pun turut risaukan keadaan mereka. banyak cabaran dorang lalui untuk menuntut ilmu.

kalau saya yang tak ada kaitan apa apa dengan mereka dah rasa risau, sedih, apatah lagi keluarga pelajar pelajar tu. mesti dorang lagi susah hati.

saya hanya mampu berdoa je supaya mereka semua selamat pulang ke tanah air.

untuk info terkini tetang keadaan di Mesir, korang boleh pergi ke link ini;
1. Facebook
2. Blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita.

dekat situ memang akan ada info info yang terkini.

meh kita doa sama sama supaya semua rakyat Malaysia yang berada di sana selamat pulang ke Malaysia dan dijauhkan daripada apa apa kecelakaan.

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License