31.1.11

kaitan hujan dan sejuk dan malam.

 duhhhh.

hujan hujan ni, duduk rumah,
layan biskut lemak celup teh tarik.
tak pun milo panas !

ahhhhhhhhhhh.
rasa suam suam, lemak lemak.
nikmat weyhhh !

lepas tu gosip² sikit dengan family.
gurau gurau manja sikit.
lepak dekat pondok.

phewwwww,
 jarang ada masa macam ni.


sejuk.
hujan.
malam.
nyaman.
Teh tarik by shimmertjeTeh tarik! by yannie

29.1.11

Rindu Setengah Mati




D'Masiv ft Kevin Aprilio - Rindu Setengah Mati

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

Reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…


lirik; sumber

sekarang neh layan sinetron Kejora dan Bintang pulak. Lepas sinetron Bukan Diriku yang macam tak ada jalan cerita dan tak ada motif(sebab tu habis awal) tu, sinetron Kejora dan Bintang pulak ditayangkan.

episod yang awal awal neh je dah buat air mata dan air hingus(heh, memang selsema pun lah) neh meleleh. kui kui kui.

jalan cerita macam dah boleh agak je. biasa lah kan sinetron sinetron ni. semua jalan cerita hampir sama. mula mula kaya, bahagia, sempurna, lepas tu muflis,  lepas tu mesti ada mak tiri dan kakak tiri, lepas tu, lepas tu kene halau, lepas tu duduk dekat rumah sewa murah, lepas tu kene rompak(apa punya bodoh tayang tayang duit dekat jalanan), lepas tu, korang pun boleh sambung sendiri kannn. HAHA

eh, kalau dah boleh agak jalan cerita tu, pasai apa layan lagi cerita tu ? HEHE, nak sedapkan hati, 'cite ni mesti ada lain sikit jalan cerita dia. mula mula je kut sama.' duhhhh. tapi lagi bagus apa daripada buat taik mata je. otak saya neh berjalan jugak bila tengok sinetron tu. fine, tak ada faedah pun tengok sinetron ni semua.

niat dekat hati nak letak video lagu setengah mati je. ni dah meleret leret pulak siap nak bagi komen bagai pasal sinetron Kejora dan Bintang ni. apalahhh.

demam tak baik baik lagi. dah empat hari. pening lahhh.

eh korang, saya rasa kan, bapak Kejora dan Bintang tu sebenarnya tak mati lagi lah. yang mati tu orang yang beli jam tangan yang bapak Kejora gadaikan. ye ke ?

26.1.11

Melaka hari ini

muehehehehhe, dah tak reti dah nak letak tajuk apa. well, memang betul pun nak cerita tentang tempat tinggal saya neh. lagi ? lagi tentang Melaka ? tak lahhh, nak cakap, Melaka ni dah hujan tanpa henti dekat 12 jam tau.

phewwww, sejukk je rasa. dah lah tiba tiba saya demam. ni memang tak best. betul betul tak best.

sad girl by johnnyb4
flickr
perasaan jadi orang demam, tinggal rumah sorang sorang, triple sangat tak seronok. air mata meleleh je. biasalah. saya kan sensitif ! kalau bukan sebab penyakit perempuan tu pun, saya boleh jadi sensetif. kalau time penyakit perempuan tu, lebih lebih sensitif lagi lah.

nasib baik hujan ni tak lebat sangat. dia macam renyai renyai nak lebat tapi tak lebat. heh, ayat apa neh. yang penting tak lebat.

semalam, saya jadi budak sihat lagi. bila dah pukul sepuluh malam tu dah mula bersin bersin, selsema, sakit tekak, pening kepala. datang dalam satu pakej tau. ni lah bila budak jarang sakit. bila dapat sakit, terus siap semua ada. ni, tergigil gigil sorang dekat rumah. tapi mampu online lagi. HEHE, kalau pasal ubat jangan sebut lah. nantilah saya cerita kenapa.

oh, alhamdulillah. saya dapat tukar instructor yang baru dan dapat guna kereta yang baru. wehuuuuu, tak payah guna kereta buruk hodoh tu lagi. dengan instructor(cina) baru ni, ok je. kereta pun ok gila. dia pun cakap saya ok je. cuma part bukit, dengan parking je belum pandai sangat. mula mula takut lah jugak. takut dia pun sama bengkeng macam instructor yang dulu. nasib baik tak. saya takut sampai termuntah muntah tau. HAHA, macam nak ambil exam SPM phy. bongek. agaknya dari situ kut tanda tanda tak sihat.

lepas pergi kelas driving, lepak kejap rumah syera. rumah pak long saya. ohh, dia pun penganggur berjaya macam saya. dalam pukul empat macam tu, mama call. suruh siap. masa untuk shoppingggg. 

dekat jusco je. tu kan rumah kedua saya. dua hari sekali saya balik sana. sampai kawan kawan saya yang kerja dekat situ pun dah muak tengok muka saya. HAHA

semalam kan gaji keluar. lama dah tak shopping. pergi terjah johnny's dulu. dah makan makan semua, pergilah usha apa apa yang patut.

darah daging.
tak ada yang menarik. dapatlah sehelai baju, dengan blablablabala. dah tu adik saya pulak meroyan bila nampak kasut yang dia gila gila kan.

layan kan jugakk. yang tak best, promoter dekat situ ! bukan nak kutuk, tapi kau dah lah kerje promoter je. layan lah customer baik baik sikit. bila mintak saiz lain, muka macam taik. siap jeling jeling saya dengan adik adik. banyak cantik muka kau. eleh, budak baru kerje. budak sekolah saya dulu. ingat tak kenal ke.

saya pun boleh tumpang pakai. HEHE
lepas tu, agaknya malas nak cari saiz lain untuk kasut tu, terus cakap saiz yang tu je ada. adik saya tak puas hatilah. kan dia dah meroyan. HAHA, dia paksa lagi cari. kali ni pergi dekat promoter lain. last last, banyak lagi weyh saiz kaki adik saya untuk kasut tu. dasar pemalas ! lepas tu nak jeling jeling customer. heh,

lepas tu nak bayar lah kan kasut tu. tau tak apa promoter yang jeling jeling kiteorang tu cakap, 'akak, kasut ni tak ada less tau !', dengan nada tinggi pulak tu. mama pun macam tergamam. sempat angguk je. HELLO ! ingat kiteorang tak mampu bayar ke kalau tak ada diskaun.(ni bukan kes bongkak ye. HEHE) ommmjayyy. ada jugak orang macam tu. tak paham saya !

orang bukan nya bodoh tak tau barang yang kita nak beli tu ada diskaun ke tak. adesssss, macam macam hal lah. tu yang saya menyirap dengan setengah setengah promoter.

google
kalau nak kerje buat cara kerja. layan customer baik baik. jangan pandang orang macam orang tak ada duit. macam orang tu miskin sangat tak mampu beli. banyak kali dah saya cerita pasal sales girl ni. macam macam perangai. rimas doe.

heh, penat lah pulak menaip. terlebih membebel. ada ke orang nak baca neh. tak kisah lah.

tengok, MELAKA TAK BERHENTI HUJAN LAGI !

22.1.11

ini perasaan apa entah.

No te calles!!!!!! Do not keep silent about you!!!!!! by KeliPeli
Flickr.
phewwww, saya tak tahu perasaan apa ni. macam berat je. rasa macam sesuatu nak jadi. tak tentu arah. kelam kabut. kacau bilau. lonely.

tengok entry entry yang lepas pun macam orang gila je. kecap aku kau, kejap saya awak, peninglah ! mungkin akan terus berlarutan macam tu. mengikut perasaan. tolong biasakan(bajet ada orang baca blog budak budak neh !).

idea untuk buat entry memang banyak dekat kepala hotak ni. tapi, perasaan' tu, perasaan tu datang tiba tiba. heh,

dengan perasaan yang datang tu, teringat ayat ada blogger tu. 'jangan paksa diri untuk blogging atau buat entry kalau tak mampu, kalau tak semuanya akan jadi sampah !'. lebih kurang macam tu lah ayat dia.

rasa macam nak senyap sekejap.

bye.

19.1.11

nasib korang baik ! nasib aku tak !

Le Sulk! by masterchin7
Flickr.
mulakan entry ni dengan perasaan marah yang meluap luap dan menangis teresak esak. huwaaaaaaaaa. BENCI ! BENCI ! BENCI !

sumpah aku nak melalak sebab geram. geram gila dengan instructor driving aku tue. bukan nak jadi racist atau apa sebab dia orang cina. tapi sumpah geram. kalau aku dah pandai driving, tak adalah aku susah payah bayar kau untuk ajar aku driving segala.

cuba korang bayangkan, biasalah kan kalau driving on the road untuk budak yang baru belajar macam aku ni kadang kadang mati enjin tengah tengah jalan sebab gelabah. lepas tu boleh pulak dia nak marah marah, 'ayooooo, ayooooo, apa ni ?! cepat ! cepat !'. aku yang memang dah tertekan tu jadi tambah tertekan tahu tak ! banyak lagi lah yang dia menceceh macam mak nenek. aku pun tak faham apa dia kata. entah entah maki aku dalam bahasa cina. heh,

dah lah kereta buruk gila. bukan salah aku pun boleh tiba tiba mati enjin. memang eeeeeeeeee geram lah ! tapi tu tak kisah lah. nak ambil lesen punya pasal, aku belajar juga. tak ada bising bising suruh tukar ke apa. lepas tu dah lah pengotor ! ewwwww, ni aku tak payah cerita lebih lebih. korang boleh fikir sendiri.

tapi, hari ni aku betul betul tak tahan dah. aku rasa orang yang baru belajar driving macam aku neh pun mesti kadang kadang ada masalah dekat side parking, bukit atau tiga penjuru kan ? aku dah lah tak faham apa apa. dia tak ada terangkan apa apa lepas tu suruh jalan je, tiba tiba dia kata, 'pusing, pusing, cepat !' ulang ulang kali sampai tersembur air liur. memang eeeeeee lah. aku rasa macam nak nangis. aku dah lah tau apa apa neh. tiba tiba je bagi arahan kelam kabut. yang tak boleh blah, kelam kabut !

lepas tu bila tiba part bukit, dia boleh pulak cakap,'u ni teruk lah ! memang tak kan pandai lah ! aiyooooo,'. ulang ulang kali dia cakap. aku baru je belajar kot, tiba tiba aku boleh pandai ke ! *&%#^$. aku bayar kau untuk ajar aku sampai pandai, bukan nak down kan aku lagi !

bukan aku sorang je kene. kawan aku pun kene juga. tapi dia lagi teruk. dengan peluh meleleh, baju dah basah, dia kene marah pula. 'u ni pusing stereng lembab lah ! cepat sikit !'. pergh, kereta kau dah lah super buruk. stereng berat bagai nak gila, aku pusing stereng kereta mak bapak aku pun tak berat macam tu ! cuba korang bayangkan perasaan kawan aku tu ? dah lah masa tu tingkap kereta terbuka, semua orang tengok dia kene marah. siap kene gelak lagi. ni apa yang kawan aku cerita lah. memang terbaik lah pakej belajar memandu ni kan ?!

aku neh jenis tak reti nak menjawab dengan orang tua yang aku tak kenal neh, so, aku diam je tak menjawab. karang aku jawab ada yang air mata aku meleleh. masa belajar driving tadi pun, air mata aku dah ber takung takung sebab geram sangat. nasib baik aku dapat tahan. yang kawan aku pulak, dia memang jenis menjawab je kalau tak puas hati. dah kene jawab sekali, terus cina tu cakap slow slow. itu pun nasib baik kawan aku tak buat kerja gila keluar je trus dari kereta tu blah balik. heh,

masa aku belajar driving tu, aku tengok budak budak lain boleh gelak gelak weyh dengan instructor dia. instructor dorang ajar baik gila. tak ada nak menengking nak marah apa. siap gelak gelak !! eeeeeeeeeee, aku stress tau tak !

masa korang belajar memandu, korang pun kene macam aku jugak ke ?! korang bayar orang tu, lepas tu kene marah bila tak reti driving ea ?! cerita sikit. kalau korang punya pengalaman tak macam aku, sure aku menangis nak berhenti.

tak, aku tak nak berhenti macam tu je. dekat rumah ni dah ada kereta untuk aku. tak kan aku berhenti macam tu je. lesen kereta je yang aku perlu ada. kereta dah tak payah susah susah nak fikir. stress !

revolted blindfold woman by Feminista_ro
Flickr.
aku tengah stress, geram sampai dah tak boleh cerita lagi apa yang jadi dekat aku tadi. tangan aku ni pun dah sakit, melecet.

stress !

stress !

stress ! 

fine. sape je yang nak ambik tahu aku stress atau tak. bye.

18.1.11

9 jenis telur.

The body works like a machine by Sandra Eterovic

ceh, bosan bosan ni ada je tajuk tajuk entry yang entah apa apa dalam kepala hotak neh. HAHAHA. erk, apa yang korang fikir tu ? adoiiiiii,

ohh, telur, disebut telur ok. bukan telorr. telor itu ada makna dia lain. dan telor bukan telur. =.='

entry ni diwujudkan saja saja sebab bosan gila. jalan jalan(aku jalan jalan dekat internet tau) dalam google, buat research sikit. wahhh, siappp. heh, tak adalah research macam thesis tu, biasa biasa je. muehehehhe, semua jenis jenis telur yang dikenal pasti ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya. heh, ayat apa nehhhhh ? skemaa gila.


1. Telur ayam
derr, telur ni telur paling famous sekali kott. dekat rumah korang mesti wajib ada telur ayam nehh. telur ayam neh ada macam macam kegunaan gak. selain korang guna untuk isi perut korang yang berbunyi kelaparan tue, telur ayam jugak boleh digunakan untuk menghilangkan blackhead dan whitehead. usha link ni untuk ketahui cara caranya. nanti saya pun nak try ahh. weyh, korang kalau nak guna telur ayam ni sebelum masak, tolonggg basuh dulu telur tu ok. kenapa ? sebab kulit telur tu mesti kotor ! tak kotor pun, korang kene basuh gak tau.


2. Telur itik
sekarang cerita telur itik pulak. telur itik ni jarang jarang saya makan. dulu selalu ambil dekat rumah arwah nenek je sebab dulu nenek ada bela itik. tak silap saya, telur itik ni macam hanyirr je kan ? entah le. tak pasti sebab dah lama gila ta makan. telur itik ni sedap kalau buat masak lemak atau masak kurma. boleh usha link ni untuk belajar cara cara nak masak gulai telur itik ni. HEHE sedap tau. sebelum


3. Telur masin
wuuuuu, saya suka telur masin. jap, telur masin ke telur asin ? erk, sama je lah kot. cuma tak ada huruf 'm' je kan. HEHE, dulu time darjah enam saya pernah buat experiment telur masin neh. jadi tau. cuma rasa dia ada pelik sikit sebab mungkin tak berapa masin. senang je nak buat telur masin sendiri. cuma perlukan telur itik yang super duper bersih daripada kotoran dan simpan dalam air garam yang ter-paling tepu selama seminggu lebih. erk, ye ke seminggu ? tak pastilah. sila buat eksperimen sendiri. kui kui kui, saya suka part telur masin yang warna kuning tu. rasa lemak lemak masin. phewwww,

4. Telur mata kerbau
telur mata kerbau ni ialah lauk yang paling paling paling simple sekali dalam dunia kan. kalau lapar, malas nak memasak yang bukan bukan, buat telur goreng je lah. lepas tu makan dengan nasi panas tambah kicap masin. ewww, saya tak makan kicap masin, saya makan kicap manis je. HEHE


5. Telur hancur
omputih cakap, scramble egg. ni pun feveret saya neh. HAHA, semuanya kau suka ! kalau buat sandwich memang agak terbaiklah. lepastu gaul dengan mayonis, letak bawang sikit, letak tomato sikit, sapu sos thai. emmmm, sedap weyh. oh, saya lebih suka makan scramble egg berbanding dengan telur mata kerbau sebab telur mata kerbau, saya geli sikit nak makan telur kuning dia yang macam tak berapa masak tu. alaaa, yang cair lagi tu. hanyir derr.

6. Telur bungkus
ohh, telur ni jarang saya buat. sebab macam susah lah nak bungkus bungkus segala. lecehh. kalau beli dekat kedai selalu lah. isi dia biasanya ayam, sayur sayur, sos dan apa lagi entah. ni tak reti explain lah. sebab tak reti nak cakap macam mana. HAHA


7. Telur rebus
telur rebus ialah teluar paling senang dekat dunia nak masak. rebus je le berapa minit. lepastu siap. oh, apa lagi yang perlu dikatakan tentang telur rebus ni. ceh, haaaa, selalu orang kenduri kendara mesti ada telur rebus. macam kenduri kahwin ke, kenduri akikah ke. lebih kurang macam tu lah.

8. Telur separuh masak
kerana telur ni lah saya jadi macam sekarang. bhahhahahahahahah, dulu masa kecik kecik mama selalu buatkan telur separuh masak untuk kiteorang adik beradik. memang selalu gilalah. konon konon, erk, sebenarnya memang akan beri tenaga dan apa entah lagi. sekali, adik adik saya semua keding, saya je yang terlebih saiz. sedihh tauuu. tapi serius, dah lama gila tak makan telur separuh masak dengan kicap masin dengan lada sulah ni. sebab nanti tekak saya macam kembang dan hanyirr. eeeeee, tapi telur separuh masak kluang station memang sedappp.


9. Telur pindang
fine. telur pindang ni pun saya suka. HEHE, kalau orang johor kahwin, biasanya akan ada telur pindang. telur pindang ni ialah telur ayam yang direbus entah berapa hari dengan herba herba apa entah. banyak sangat herbanya kut. saya tak tau lah. biasanya orang tua tua yang tau buat telur pindang ni. telur pindang ni warna coklat. sila rasa, baru cakap sedap atau tak. dia rasa macam telur herba cina. lebih kurang lah.


ok, dah cukup sembilan. kenapa sembilan ? sebab saya malas nak fikir lagi satu. HEHE, korang tambah sendiri jenis jenis telur tu ekkk. sumpah sekarang bosan gila, sampai sanggup cerita tentang telur. pfffffttttt,

oh, makan telur banyak, nanti kentut busuk.

bye.

pictures sources; google

16.1.11

aku sorang je ke rasa macam ni ?

SEJOKKKKKKKK !!

dah seminggu lebih macam ni !
Melaka sejukkkkkkk. sebab selalu hujan kott.

arghhhhh, ye ke ?
ke badan saya sorang je rasa macam tu ?

Ice cased Adelie penguins after a blizzard at Cape Denison / photograph by Frank Hurley by State Library of New South Wales collection

adoiiiii.

15.1.11

Inventing My Own iPad Application for Maxis

Hi semua.

Hari ni terbuka hati, usus, lumpa, perut ni semua nak cuba contest Maxis under Nuffnang neh. Bukan apa, saja saja je. Kalau ada rezeki, adalah ! HEHE

Ok, jum !

Contest ni mahu peserta dia invent apa apa aplikasi yang kita sebagai pengguna mahu ! macam cool siotttttt. HAHA, so, suka hati saya lah kan nak aplikasi macam mana. heh, ini lah yang saya mahu ! jeng, jeng, jeng.

sekarang ni saya penganggur terhormat(berapa kali kau nak bagitahu neh ?) dekat rumah. tak buat apa. rutin harian saya berulang ulang sama. cuma akan jadi lain sikit bila ada kelas memandu atau pergi shopping. HEHE.

salah satu perkara yang wajib ada dalam rutin harian saya neh, ialah MEMASAK makan tengah hari. a'ah weyh, saya masak makan tengah hari untuk abah ok. HAHA, dulu masa time sekolah, siapa je yang ada dekat rumah neh nak masakkan abah makan tengah hari. selalu abah beli dekat kedai je. since, saya dah habis sekolah, tak buat apa, itu lah kerje saya. masak makan tengah hari untuk family(baik tak aku ? HAHA, panggg pelempang)

so, alangkah indahnya dunia saya dan dunia perempuan perempuan lain kalau aplikasi yang saya nak ni wujud. senang kerje, tak payah susah susah nak fikir apa nak masak. meh tengok fungsi aplikasi yang saya inginkan tu.

oh, aplikasi ini saya namakan;
weCook


aplikasi ini akan berfungsi apabila;
  • korang buntu nak masak makanan apa sedangkan dekat dalam peti sejuk rumah korang banyak bahan mentah untuk dimasak. ada sayur lah, ada ayam lah, sotong, ikan, udang, nasi sejuk blablablablaaaa.
  • korang tau apa yang korang nak masak, tapi tak sure pulak apa langkah langkah yang korang perlu buat untuk hasilkan makanan tu dengan sedap dan berjaya. miahahahahahha, (ini selalu terjadi dekat aku)
lecehkan bila korang kene hadap masalah tu. jangan risau dah, weCook akan bantu korang. tu pun kalau aplikasi ni diwujudkan lah. HEHE

ini cara nak gunakan dia. ni yang saya terfikirlah. yang saya nak. heh, ayat apa ni ? duhhh,
  • masa korang dah buntu pasal nak masak masak ni, cepat cepat pergi ambik korang punye iPad. klik je icon weCook. miahahahaha,
  • lepas tu, masukkan nama segala bahan masakan mentah mak nenek yang korang ada. maksud saya, yang korang nak guna la kann.

  • dah masukkan bahan mentah tu semua, korang buat bodoh jap. biar dia proses. HAHA,
  • lepas tu, Ting ! segala mak nenek cara nak masak jenis makan tu akan terpampang dekat skrin iPad korang.

 

  • lepas tu, korang mula lah masak ikut langkah yang ada dekat skrin iPad korang tu.
senangkan ? memang senang laaaaahhh. tak payah pening pening nak fikir banyak. korang cuma perlu tengok bahan mentah apa yang ada, hadap iPad jap, lepas tu pergi masak sendiri. heh, melampaulah kan kalau nak makanan tu terus terhidang depan mata korang. itu dah terlebih pemalas ! kui, kui, kui.

aplikasi ni pasti sangat berguna untuk orang orang bujang yang tak reti masak. HEHE, siapa siapa yang nak berjimat dalam perihal makan seharian pun, aplikasi ini mungkin membantu.

cane ? ok tak aplikasi weCook neh ?

hentam je lah. saje saje je nak try masuk contest tu. muehehehehehehehehe,

so, this is


Maxis contest participant badge

khas untuk Maxis. HEHE

untuk maklumat lebih lanjut lagi, usha link ni. banyak lagi info okeee. Miliki iPad melalui Maxis sekarang.

fine, fine, ini entry budak budak. bye. HAHA

14.1.11

susahnyaa.

salam semua.

situasi empat hari yang lepas;

bangun pagi duduk rumah sorang sorang.
nak online, internat buat hal !
nak call kawan, telefon rumah pun sama biol,
demmm, dah macam orang duduk dalam gua.

lepas penat masak makan tengah hari,
tengok drama sedih sedih dekat tv3,
lepas tu nangis sorang sorang,
perghhh, dah macam orang sewel.

bila semua orang ada dekat rumah,
semuanya terbongkang penat kerja dan sekolah,
air mata meleleh lagi, sensitif gila sekarang,
erk, kenapa sekarang saya sensitif sangat ?

alahaaiii, sepatutnya sekarang ni bergembiraa sakan. HAHA, tak apa. tak apa. itu semua dugaan. janganlah dugaan ni datang lagi. menyedihkan betul !  =.='

oh, sorry ek, pada siapa siapa yang singgah blog saya ni. nanti saya pergi terjah blog korang balik. sabar ekkkk.

6.1.11

aku pun tak faham

ini entry emo, harap maklum.

aku rindu gila gila dekat semua kawan kawan aku. kadang kadang aku terus jadi macam orang bodoh nak cengeng bila ingat dekat diorang. agak mengada ngada di situ. heh,

Crying by divlja

tipa tiap pagi masa aku tengok adik adik aku pergi sekolah dengan mama, mesti aku teringat masa aku sekolah dulu. pagi pagi pergi sekolah, rumah jadi huru hara. dengan bangun lambatnye, stoking sebelah hilang, tudung senget, baju lupa iron. lepas tu kene marah dengan abah. lepas tu, pergi sekolah muka masam macam baru teguk jus limau. lepas tu, kawan kawan aku pun tegur. lepas tu, aku terus ok. ceh, mood aku memang terus tukar bila ada kawan kawan aku yang macam tiga suku tu.

lepas tu aku rindu port lepak pagi pagi aku dengan kawan kawan aku. rindu dengan perhimpunan pagi. rindu dengan meeting pengawas tergempar. rindu dengan kelas. erk, nanti aku buat entry tentang ni lah. tu pun kalau aku rajin.

sekarang aku tau perasaan yang cikgu cikgu aku pernah bagitahu dulu. dia cakap, nanti bila dah tak sekolah mesti awak nak sekolah balik. masa tu dengan bangganya aku jawab, 'tak kan lah cikgu. penat dah sekolah sebelas tahun, bangun awal awal pagi, balik sekolah petang petang. penat je'.

ni baru berapa hari aku duduk rumah sorang sorang sebab mama, abah dengan adik adik pergi sekolah, aku dah tak tahan ! dan macam orang sasau. bangun pagi, jadi bangun tengah hari. bila bangun, pandang kira, pandang kanan, depan, belakang semua, sunyi ! aku sorang sorang dekat rumah. bila aku jerit pun, rumah boleh bergema. huh,


mesti korang akan cakap pergilah kerja. haremmmm, mama dengan abah langsung tak pertimbangkan permintaan aku tu. memang mereka tak bagi aku kerja langsung ! lepas tu mesti korang akan cakap, pergilah ambil kelas apa apa yang patut. ini memang dalam perancangan. tapi, siapa yang nak uruskan transport pergi balik ? lagipun kelas tu bukannya hari hari kan. cepat tolong selesaikan masalah aku neh,

lesen kereta. ni lagi satu hal. memang tengah ambil pun. dah sampai bengkel enam jam dah. dah driving for the first time pun. bila driving hari tu, cuba korang bayangkan betapa kecut nye perut aku neh. kaki keras ! tangan berpeluh peluh ! see, aku neh penakut ! harap je badan besar. derr, tapi bila fikir fikir tak kan aku nak bazirkan duit mak bapak pulak kan. aku akan teruskan juga.

aku ni macam susah nak terima hakikat aku bukan budak sekolah lagi. ini lah manusia. bila jadi budak sekolah, tak suka. bila dah tak jadi budak sekolah, nak nangis bagai pulak. adoiiiiii, leceh lah macam ni. sebelum tidur, sekarang neh aku wajib tenung beg sekolah dengan gambar kawan kawan aku. parah tak parah kan ?


otak aku sekarang bercelaru. aku rasa nak balik sekolah balik ! kecelaruan mental betul lah !

bye. oh, cengeng itu kuat menangis.

3.1.11

otak korang rosak sebab tebiat ni

salam semua. bukan tebiat. tapi tabiat. HEHE

pergh, cerita sekarang ni tak menarik langsung. duduk rumah tercangok je arh tengok tv lepas tu online buka facebook. OMG, boleh biol. nasib baik tengah ambil lesen. boleh lah keluar daripada rumah ni sekali sekala. phewwww,

ini entry juga dah dekat berapa bulan terperap jadi draft. masa blogwalking dulu jumpa artikel tentang ni. dekat web mana entah. saya ambil point je lah. lepas tu saya elaborate sendiri. saje saje nak kongsi perkara ni dengan korang.

lepas dah tau tebiat, eh, tabiat ni boleh rosakkan otak korang sedikit banyak, kurang kurangkan lah buang tebiat. tukar tabiat lain pulak. pening arh baca ayat ni.

tak apa. jom kita tengok tabiat tabiat yang katanya rosakkan otak tu. heh,

1. Tidak mengambil sarapan pagi
  •  korang, tabiat ni sejak korang tadika lagi patut dielakkan. macam saya arh, dulu waktu sekolah, serius tak pernah sarapan. sebab nanti takut sakit perut masa dalam kelas. malas nak pergi toilet masa cikgu tengah mengajar. ceh, sarapan pagi ni penting. cukup dengan secawan milo panas, ahhhhhhh, sedap nye, dan sekeping roti. tak pun sedikit bijirin macam cornflakes. tak payah nak ambil sarapan macam nak makan tengah hari. orang sarapan nak tenaga, ni nanti jadi ular sawa pulak.
Cornflakes by Names.
  • otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti. blablablablabla klik sini untuk info yang lebih panjang lebau. 
2. Terlebih makan
  • muahahahhaha, point yang tak boleh blah. tapi masuk akal lah weyh. bila korang makan banyak, badan korang perlu bekerja keras untuk hadamkan makanan tu. kalau korang makan, tapi tak guna tenaga yang ada, lemak akan terjadi. erk, perkara ni akan memberi tekanan tinggi kepada pembuluh darah otak korang dan kurangkan kuasa mental otak itu. heh, saya selalu makan banyak. muehehehehe,
3. Merokok
  • der, tabiat ni pun mesti korang dah tau kan. pada sesiapa yang merokok tu, berhentilah demi orang yang tersayang. kesian kat orang yang sayang korang tue. sel otak korang boleh terbakar dan terjejas tau. silap silap hari bulan korang boleh dapat penyakit Alzheimer. abah saya salah seorang perokok tegar juga. berbuih bagi nasihat. tapi degil juga. tu arh, bila dah sampai ke tu hisap rokok, memang susah nak berhenti. saya hanya mampu doakan abah sihat je.


4. Penggunaan gula yang berlebihan
  • ceh, kene lagi. salah satu tabiat saya juga. gula yang berlebihan akan menganggu perkembangan otak korang. dah lah nanti kene kencing manis, lepas tu otak jadi senget pulak. tak ke hara nanti. lepas tu nanti kene diabetes pulak. macam macam penyakit yang akan datang nanti. so, kurangkan pengambilan gula. heh, saya pun kene kurangkan jugak neh.
5. Pencemaran udara
  • otak manusia menggunakan oksigen dengan kuantiti yang sangat banyak. jika kualiti udara di sekeliling kita teruk, bekalan oksigen ke otak kita akan berkurangan. otak korang pun akan jadi lembab. lambat nak beri tindak balas. kalau saya pulak, bila rasa macam udara sekitar saya tak bersih, terus kepala jadi pusing. jadi, cepat cepat blah daripada tempat tu. HEHE
    6. Terlebih tidur
    • semua doktor nasihatkan kita dapatkan tidur yang cukup. tidur dapat rehatkan sel sel otak kita yang dah penat kerja seharian. tapi, bila korang bantai tidur 24jam, otak korang mesti tak betul nanti. percayalah ye. sel sel otak korang akan ada yang mati. kira macam ada wayar yang putus lah. HAHA, nasib baik saya bukan jenis yang kuat tido. ceh,
    Only sleeping by ..::Tangerine::..
      7. Menutup muka ketika tidur
      • masa korang tidur korang perlukan oksigen juga. ada sesetengah orang yang saya nampak, bila nak tidur je, mesti tekup muka dia dengan bantal atau selimut. jangan weyh ! nanti oksigen untuk otak korang akan berkurangan. kadar kepekatan karbon dioksida pula yang akan bertambah. korang sedut balik karbon dioksida yang korang lepaskan masa korang bernafas tu. otak korang boleh rosak.
      • saya pun tak faham macam mana orang boleh tidur dengan bantal atau selimut yang ditekupkan dekat muka. miahahahahahhahaha, pelik betul. kan nanti susah nak bernafas. buat seksa diri je lah.
      8. Membiarkan otak bekerja semasa kita kurang sihat
      • ni lagi satu tabiat. kalau korang tu dah sakit, dan dapat cuti rehat daripada doktor, rehat je. jangan sibuk sibuk nak fikir hal pelajaran atau kerja atau masalah. biar korang sembuh dan sihat betul betul dulu. baru boleh fikir masalah bagai tu semua. bila korang paksa otak korang berfikir masa sakit, sel sel otak tu akan rosak. kesian sel sel tu. kui kui kui,
      9. Kurang berimiginasi
      • muahahahhahaha, tak payah lah biarkan imiginasi korang tu tinggi melampau. sikit sikit sudah. jangan malas berfikir dan biarkan otak tu kosong macam tin kosong. ceh, berfikir merupakan salah satu cara yang baik untuk melatih otak kita jadi lebih kreatif dan cekap. bila korang kurang imiginasi, malas berfikir, otak korang nanti tak cerdas dan jadi lembab. so, mari kita berfikir sekarang. HAHA
      10. Kurang bercakap
      • point kurang bercakap ni macam pelik je arh. tapi, bila korang nak bercakap, otak korang mesti berfikir dahulu. ini mungkin akan meningkatkan stimulasi otak korang. mungkin agaknya. erm, jangan bercakap macam orang yang tak befikir pulak. HAHA. korang mesti bercakap perkara yang penting dan berfaedah. tapi bukan jadi mak nenek. erk, macam mana nak cakap neh. senang senang, jangan jadi pendiam sangat, jangan jadi mak nenek sangat. nyiahahahahha.

      panjang lah pulak entry ni. tak apa. berinformasi.
      ada apa apa yang nak kene tambah lagi ? meh share dengan kami semua dekat ruangan komen. HEHE

      bye.

      2.1.11

      i kecewa betul.

      salam semua. percutian sudah tamat. selamat kembali ke sekolah. nyiahahahahaantubetul.

      kecewa betul tak dapat sambut new year dekat melaka. sambut dekat JB dalam keadaan huru hara. ye arh, busy dengan majlis nikah lepas tu majlis bersanding pula. phewwwww, penat penat. kali neh sepupu pula yang kahwin. emma nur suehailah.

      cuba korang bayangkan, rumah dia 5 tingkat ngek, tak ke gila nak buat kerja itu ini dekat rumah tu. HAHA, dah arh rumah tu port baik je, depan tasik, depan padang. besttt. orang lain penat penat buat kerja, saya pergi menyorok dekat tasik. HAHA


      http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs757.ash1/164808_152739941444717_100001261357570_288612_7328959_n.jpg

      cukup arh dua gambar tu ye. sebenarnya ada beratus ratus gambar. belum lagi gambar photoshoot dia dekat tasek depan rumah. kalau tak, berapa panjang entah entry ni nanti.

      erk, tak dapatlah blog ni merasa entry 1.1.11. HEHE, tak apa. kita tunggu 11.1.11 pula. cantik number tu. buat tarikh nikah pun bagus neh. mueheheheheh,

      dengan rasminya, kui kui kui, ini adalah entry pembukaan Blog BudakFadhilah pada 2011 ! dan rasanya belum terlambat lagi saya nak wish dekat korang semua,

      SELAMAT TAHUN BARU
      (2011)

      haraplah sangat tahun 2011 ni akan jadi tahun yang lebih baik daripada tahun sebelum neh. nanti nak buat arh entry misi 2011. HAHA, misi lah sangat. entah entah tak tercapai. adoiii,

      untuk siapa siapa yang singgah blog ni dua tiga hari lepas, sorry ek tak dapat singgah blog korang. busy le. kata bercuti. ceh, bercuti lah sangat. nanti saya pergi ber-blogwalking ke blog korang ataupun guna khidmat BlogLarian. terima kasih juga pada sesiapa yang vote Blog BudakFadhilah contest hari tu. HEHE


      esok, mulalah hari hari yang bosan-duduk-rumah-sorang-sorang. dah semua orang pergi sekolah, saya je arh yang duduk rumah tercangok sorang sorang. bosan bosan.

      derr, entry ni nak wish happy new yaer dekat korang jeh. ni dah melalut lalut benda mengarut.

      ok. bye
      #TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
      © 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

      My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License