24.7.10

Program Latihan Khidmat Negara

start//8:49pm

salam sejahtera semua :)

National Day Parade by wazari

er, seperti yang korang tahu, saya tak dapat PLKN. dan seperti yang korang tahu jugak, saya tak tahu nak bagitahu apa yang saya rasa. waaaaaaaa, macam besar pulak masalah ni kan. hiks,

so, hari ni macam hari tak berapa sibuk, 'hoi, isnin exam !', meh baca apa persepsi saya tentang kebaikan dan keburukan bila dapat PLKN ini. oh, ini semacam pandangan peribadi yer. jangan nak emosi pulak. HEHE


KEBAIKAN :

  1. boleh dapat berlambak kawan. sampai tak terkira nanti. erk, tak tahu lah ni mitos atau apa. tapi ini pandangan saya. tapi !, kalau orang macam saya, antisosial, mesti kawan lima enam ketul je kan. erk,
  2. tak buang masa. yelah, masa dekat sana mesti pack kan. jadi, tak de masalah nak buang masa tak tentu pasal. mesti ada je aktiviti dekat sana. kalau tak masuk PLKN, mesti jadi penganggur terhormat dekat rumah. erk, itu kalau saya lah. HEHE
  3. jadi LEBIH berdisiplin. dekat sana boleh kau bangun tidur masa matahari dah nak terbenam ? tak boleh derr, jangan mimpilah kut. kecuali awak pengsan yer. basuh baju sendiri, basuh pinggan sendiri, semuanya kene sendiri. itu membuatkan diri awak jadi LEBIH berdisiplin.
  4. dekat sana boleh have fun yaw. ye lah. aktiviti dia mesti aktiviti yang korang tak pernah buat sepanjang hidup. dan mungkin tak akan penah dapat buat kalau korang tak pergi PLKN.
  5. pengalaman ! mesti banyak gila pengalaman yang korang boleh pungut dekat sana nanti. hiks,
  6. boleh bukak sikit kepala hotak yang sempit tu. tak ada lah jadi macam katak bawah tempurung kan. HEHE
  7. dapat jumpa macam macam orang. eh, point ni sama dengan no satu lah ! erk,
  8. sijil PLKN sangat laku untuk teruskan pelajaran. oh, point ni tak tahu betul atau tak. ini saya dengar dengar je. 'encik dan cik senior tolong jawab betul atau tak ok ?' , HEHE
So the jouney begins... by YC @ NS


KEBURUKAN :

  1. habis rancangan gila gila lepas SPM hancur. HAHA, rancangan jahat ! mentang mentang dah tak jadi budak sekolah lagi nanti, tanduk setan pun keluar. HEHE, ala, dengan kawan baik. mestilah terjahat sikit.
  2. untuk anak manja macam saya, mestilah saya rasa PLKN tu buat saya jauh dengan family. oh mann, tak sanggup. tapi kalau alasan sambung study untuk jauh dengan family, itu saya akan terima dan terpaksa terima. kalau PLKN ? tidaaaakkk. macam tak sanggup. erk, ngada ngada doe.
  3. bila masuk PLKN boleh pergi shopping ke ? erk, point ni penting untuk saya. HEHE. kalau tak boleh, tiga bulan lah jadi pelik. hiks,
  4. dekat PLKN boleh surf internet internet bagai ni tak ? pergh, ini lagi satu keperluan wajib untuk saya hidup. kalau tak dapat, macam ada yang tak lengkap je hidup nanti. macam pelik lah nanti.
  5. tiga bulan tu rasa macam laaaaama sangat. ye ker ? ye ker ? entah.
  6. rancangan nak ambil lesen kereta pun haruslah terbengkalai nantikan. betul tak ?
  7. semua yang bertentangan dengan kebaikan yang saya bagi tu. HEHE,


dah, dah. ini je yang saya tahu. kalau korang perasaan, keburukan keburukan yang saya beri tu, macam tak berapa penting je kan. kan ? kan ? APA MAKNANYA TU ?

oh, biar saya bagi tahu. SEBENARNYA, saya nampak lebih banyak kebaikn dari keburukan bila dapat PLKN ni. HAHA. sebab tu agaknya saya macam tak ada perasaan bila saya tak diterima PLKN. eh, nanti kalau dapat pulak, melalak. itu takutlah, ini takut lah. saya pun tak faham lah dengan diri saya ni !

so, encik dan cik senior, tak nak bagi pendapat ke ? siapa siapa yang PERNAH pergi PLKN tu kongsilah sikit tips nak pergi PLKN. tak pun bagi tahu perasaan. HEHE, saya kan budak budak lagi. tak tahu apa apa pun :P


p/s:peperiksaan lagi ? adesss, doakan. sikit je lagi nak jumpa SPM :)


// pergh, macam banyak pulak dengar berita berita video seks dan bogel artis ni. tak tahu malu ke oiii. binatang pun tahu malu untuk tunjukkan part of the body mereka pada manusia. tu binatang, tak ada akal. manusia pun dah tak ada akal ke ? erk,

17.7.10

apa cite PLKN ?

start//9:45pm


yeah,
SAYA DAH BERUMUR TUJUHbelas TAHUN !

dan, dan, dan,
SAYA TAK DAPAT PLKN !!

plkn by tuantulis


oh, lupa lupa. salam semua. hiks,
  • otak : perasaan tak dapat PLKN ?
  • perasaan : celaru ! tak tahu nak nangis ke atau jerit.
  • tangan : menadah ke langit, alhamdulillahhhhh.
  • badan : kaku tak bergerak.
  • riak muka : kaku bagai patung.
bersyukur sudah hidup selama tujuh belas tahun. cukup makan, cukup kasih sayang, cukup duit, cukup kawan, semuanya cukup ! terima kasih mama abah, terima kasih kaunselor, terima kasih kawan kawan.

dapat berita tentang PLKN tu masa tengah celebrate birthday. so, tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. rasa ralat pun ada jugak ni. HEHE


saya antisosial. bila dalam laman chatting, facebook, blog, petah berkata kata dan usik mengusik. baru sedar, kalau berjumpa, terus control dan kaku. haish, bosan betul macam ni.

siapa ada jalan penyelesaian untuk ubah penyakit antisosial yang keterlaluan ini ?


p/s: exam lagiii, duhh, T__________T


#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License