19.6.10

Mati ke tak ada kawan ?

start//08:40pm

salam semua.

sekarang muka ni tengah masam. hati macam nak terbengkak sikit. perasaan pulak macam kecewa sikit tambah dengan perasaan bosan. tapi nasib baik ada sikit perasaan gembira sebab sepuluh peratus kerja yang perlu buat masa cuti dah terlaksana.

apa ? sepuluh peratus ? adehh, cuti dah nak habis dah. baru sepuluh peratus. siap sedialah hari sabtu dan ahad nanti. T________________T

eh, sekarang pedulikan tentang kerja kerja saya tu.

persoalan nya sekarang......

MATI KE KITA KALAU TAK ADA KAWAN ?

baiklah, baiklah. nak buat pengakuan jap. sebenarnya, masa sekolah rendah dulu, saya akan rasa macam boleh mati kalau tak ada kawan. nak pergi mana mana atau nak buat apa apa mesti kene ada kawan. baru boleh buat. nak pergi tandas dulu pun kene ada teman. tapi teman kat luar je lah. tak adalah sampai masuk dalam sekali. HAHA

Sunset Friends Love Heart by Pink Sherbet Photography

kalau macam dapat tahu yang kawan saya tu tak boleh datang sekolah, jangan harap lah saya nak pergi sekolah. seboleh bolehnya cari alasan supaya tak nak datang sekolah. erk, itu cerita sekolah rendah laaaa. macam bangang je bila ingat balik. budak kecik lah katakan. kecik le sangat !

bila dah masuk sekolah menengah ni, baru macam boleh hidup tanpa kawan. tapi kadang kadang timbul juga perasaan perlukan kawan tu. selalu kan dengar ni, masalah itu mematangkan kita. haaaaa, daripada masalah saya sedar tentang kawan kawan ni semua.

masa saya nangis, ada masalah, masalah yang akan menghancurkan masa depan saya, saya kenal mana kawan saya yang betul betul. mana kawan yang sentiasa bersama bila menangis dan ketawa. mana kawan yang pinjamkan bahu untuk saya menangis. mana kawan yang sanggup dengar saya melalak bila saya call dia. mana kawan yang bila susah baru cari saya. bila nak enjoy, blah macam tu sahaja.

bila dah jadi macam tu, saya sedar. kawan yang saya kata 'kaulah kawan terbaik !', 'aku sayang kan !', 'aku sentiasa ada untuk kau !', sebenarnya bukan kawan yang sebenar. dia cuma 'kawan' untuk ketawa sahaja. 'kawan' untuk berbual kosong. 'kawan' untuk bergosip bodoh.

I need you here with me Cause love is all we need ♥ by hina imtiaz  (partially here)

sekarang ni, bila dah nak habis sekolah, saya macam cuba gila gila biasakan diri tanpa bergantung sangat pada kawan. pergi rehat sorang sorang. pergi duty sorang sorang. pergi tandas pun sorang sorang. masih tak terlewat untuk buat macam ni kan ?

gosh, kenapa air mata ni meleleh ?

tapi, susah weyh. saya rindu juga pada 'kawan' itu walaupun saya tahu dia tak rindu pun pada saya. calling ? bila dia ada masalah baru dia call. mesej ? memanjang tak ada kredit. facebook kan adaaa. heh, dia kata 'mana boleh online.'. tapi sebenarnya, dia online lah. saya bukannya bodoh dan dungu sangat. adehhhhhh,

so, apa patut saya buat ? nak buat bodoh ? susah. sebab hati sakit, habis hari hari cuti saya. semua benda nanti tak jadi.

sekarang ni, maksud kawan tu macam kurang bermakna bagi saya. mama pesan, 'kawan tu tak payah lebih lebih sayang. nanti esok esok susah, dia pergi je.' heh, betul apa yang mama cakap. bila waktu susah tu, konon konon nak rahsiakan lah masalah daripada family, tapi akhirnya siapa yang tolong selesaikan ? mama jugak.

sebab tu juga saya tak ramai kawan. kalau ada orang tanya, 'weyh sape BFF kau ?' tunggu lah jawapan daripada saya. sumpah susah nak jawab. jawapan yang boleh diberi, 'kawan yang ada bila aku menangis dan gelak gelak macam kene sawan.' HEHE

tapikan, kalau tak ada kawan pun susah jugak. tak kan nak jadi macam orang gila kawan dengan diri sendiri ? HAHA, eleh, kawan biasa biasa sudah. tak payah over.

itu pandangan saya tentang kawan. korang macam mana pulak ? apa definisi kawan bagi korang. sambil sambil tu, fikirkan cara untuk masalah saya ni. heeeeee, cop, cop, apa masalah saya ?

masalah saya; bagaimana nak lupakan 'kawan' itu sedangkan saya tahu dia bukan kawan sebenar ?


hari tu tengok karate kid. best weyh. sampai boleh termenangis sikit. HEHE,

THE KARATE KID by Sony Pictures




//
entry ni terpaksa ditunda untuk dipublish hari tu. sebenarnya entry ni dah terbasi sikit sebab terperuk dekat dalam draft. nak tau sebab apa ? sebab streamyx buat taik dengan tuan dia. dekat tiga hari tak boleh online. heh, geram gile.

jangan lupa bagi pandangan tentang kawan itu. lepas ni mungkin dah jarang kemas kini blog ni. dah sibuk balik.

p/s:jangan lupakan blog ni. HEHE



**masalah saya sebenarnya kurang keyakinan diri ! T________T

-------------------------------------------------------------------------

update sikit ! (19.6//10:20pm)

鞋与石头们 by 铁蛋骑士
//flickr

wa ingat isu crocs ni dah habis, rupa rupanya tak habis lagi ?! heh, menurut pandagan wa, isu ni tak payah nak kecoh kecoh, pengguna crocs yang ori mesti tak bising bising. sebagai pengguna crocs tegar, hak hak hak, wa tak nampak pun perkataan tu. agaknya wa tak sekreatif mereka yang kreatif sangat tu. heh, lama tau wa tengok logo dia tu. T________T

**kecelaruan identiti. maaf. =.='

12.6.10

Islam agamaku konon !

start//9:15pm


salam sejahtera semua.

entry ni saya cuba taip dengan setenang yang mungkin. heh, sebelum tu, jangan salah faham pulak dengan entry ni ok. ini hanya luahan perasaan saya sebagai seorang islam sahaja ye.

erk, dah tak reti pulak nak mulakan macam mana. macam ni cerita nya, saya menyampah dan meluat bila ada sesetengah manusia yang beragama islam dengan bangga meletakkan status religion mereka islam agama ku dengan berpakaian tak cukup lain, nampak lurah sana sini, tertonggek sana sini. memang betul kau islam, tapi....

For your flaming red hair ... by * Ahmad Kavousian *

sebagai seorang islam, sumpah saya rasa macam malu gila. lepas tu boleh pulak dorang tu pergi cakap, islam selama lamanya tapi dengan rambut merah dan tak pernah solat. ya ampun, berani lagi kau mengaku kau islam.

memanglah saya bukan sesiapa untuk judge diri mereka. itu hak mereka nak berpakaian atau berkelakuan macam mana. tak kisah lah jugak kalau korang nak panggil saya kolot atau kampung. tapi ini perihal agama islam. yang haram tetap haram.

saya pun bukan lah sesempurna mana, semua orang memang tak terlepas daripada melakukan kesilapan. tapi kalau nak mengaku islam forever lah, selamanya islam lah, pergi tengok pakaian dalam gambar kau tu. rupa orang islam ke oii ?

'dosa aku. kau sibuk apa ? aku boleh tanggung sendiri. jangan jaga tepi kain orang !' baik lah, baik lah. dosa memang sendiri tanggung. tak ada orang lain nye nak tanggungkan.

ngaahahahhaha, saya belajar, kalau tak mampu menegur kesilapan tu, cukuplah kita beringat ingat sendiri dan jadikan pengajaran buat diri kita. nak kene penampau kalau pergi tegur dorang tu ? nanti lama lama dorang akan berubah lah tu kot. heh, semoga ALLAH mengampunkan dosa dasa mereka. amin.

tak reti nak luahkan perasaan ni dekat mana. jadi, ini kegunaan blog. berkongsi perasaan. erk, korang nak bagi apa apa pendapat ? atau pandangan ?

sebenarnya, saya tak de lah berani sangat nak tegur dorang tu. cuma geleng kepala je lah. kalau dorang tu adik saya, memang tak de hal nak tegur. korang berani ke nak tegur ? tak payah jaga tepi kain orang. ingatkan diri sendiri je. :)



HEHE, macam sengal nama ariel peterpan jadi ariel peterporn. banyak jumpa blog yang buat entry tentang video lucah dia dengan luna maya. :P

//lawa ek luna maya ni.


//kenapa dia snap gambar cam ni ? HAHA, sangap.

7.6.10

nak kongsi rahsia ni,

start//9:15pm

hik, hik, hik, salam semuaa.

Shy Guy #9 by Craig Damlo

ngahahahahhaha, ini lah dia cakap orang tak serupa bikin. nak biarkan belog koma konon. last last tak sanggup, paling lama boleh biarkan pun seminggu lebih je. kalau lama lama, takut tuan tanah belog ni pulak yang koma.


omong omong penulis nak cari identiti pulak, WTF, saya selesa diri saya macam ni sebab ni memang diri saya yang sebenarnya pun. yang realiti tu banyak dusta je. HEHE

'hoi, nak membebel ke ni ? nak kongsi rahsia kunon !' hik, sabau jap. bila saya godek balik blog saya ni, baru saya perasan yang entry saya kebelakangan ni macam emo gila. HAHA, bukan macam, tapi memang ! makin nak exam, makin emo pulak. makin banyak masalah. aaahhh, stop ! nanti emo balik.


panjang gila kata kata aluan saya kan ? kan ? balik pada pangkal jalan balik, nak kongsi rahsia. alah, rahsia lah sangat. rahsia rahsia ni macam tak de lah besar sangat. tak sebesar rahsia saya pernah tergolek dua pusingan dekat tangga sampai nak masok longkang. kalau tergolek lagi satu pusingan, confirm minum air longkang depan padang tu. malu gila babeng. dekat seminggu asyik kene ejek nangka busuk. sial betul. sejak dari hari tu, tangga tu saya cuba elakkan dan tak gelakkan kalau ada orang jatuh tangga. eekekekekekekekkeke..

sebenarnya bukan tangga tapi macam tangga. alah, laluan yang ada dua tiga tangga tu. eh, bukan tangga arh. tak kan tangga depan padang. paham paham sendiri lah. susah nak terangkan.

winding stairs in my school.. by disenchantment
//sampai kelas, baju dah longgar dan basah kuyup. HAHA

tengok, membebel lagi. HEHE, nak lepas gian le. kalau tak ada siapa baca pun tak kisah. ini rahsia tentang habit saya di rumah saya. meh, saya ulang, dekat rumah saya. rumah sendiri saja yerk, kalau rumah lain habit ni memang kene buang. tapi kadang kadang buat gak. dah nama pun habit doe.
  • setiap kali mama masak lauk berkuah, saya wajib hirup kuah yang ada dalam periuk guna senduk lepas makan. habit ni, macam tak boleh kawal. semua kuah dalam periuk memang saya akan hirup. tapi kuah panas panas saja ye. dah sejuk tak nak. tak sedap. namakan saja kuah apa, semua kene bedal. paling best, asam pedas mama yang terbaik. ngahahhahhahaha. pijau mulut kene asam pedas. kalau makan bi hun sup lak, haruslah dekat suku periuk saya punya kuah bi hun. tapi kalau kat kedai makan atau kenduri tak de le. gila apa nak mintak hirup kuah dalam periuk.
Tom Yam Goong - moja skromna propozycja na zimowy konkurs zup,  zapewniam, że rozgrzewająca ;) by Bart0lini
  • kalau duduk tengok tv, jari tangan akan kopek kuku kaki sikit sikit sampai terkopek. kadang kadang sampai berdarah. sebab tu, kuku kaki saya macam cacat sikit kadang kadang. paling tak boleh blah, bila dah inai hitamkan kuku, boleh lupa pulak kuku kaki dah macho. habislah terkopek. dah cacaattt.
warna-warni kuku kaki.. hahaha by stella_griensiria
  • kalau tidur suka meniarap. ngahahahahahhaha, kalau perempuan macam pelik ke suka tidur meniarap ? entah, biasa je kan. kan ? memang tidur nyenyak gila arh. siap mimpi kering lagi. hik, hik, hik. tapi bila masa bangun tidur nanti, ya ampunn, tangan berlipat segala. sampai pernah terkehel tahu. lepas tu muka, dada semua merah merah sebab tidur meniarap. terkempes jap. ngahahahahhahah, o.O
  • semua kerja haruslah clean and clear. haaaa, habit ni macam ramai je yang kongsi kan. contohnye, kalau saya ternampak cicak tengah romen, HEHE, memang mampus cicak tu saya cari. sampai jumpa dua heko tu baru puas hati. maksiat perlu dibanteras okek. meh, bagi contoh lagi, kali ni contoh baju sekolah. kemeja kan warna putih. kemeja lengan panjang, so, bila terkotor sikit lengan baju tu, sampai kiamat saya akan cuba bersihkan. kalau tak boleh gak, saya tak buang tau. saya letak dekat tong derma baju yang ada kat JJ tu. heeeeeeeeee,
  • ni habit dulu. suka baca sms dalam inbox walaupun ada beratus ratus mesej sebelum tertidur. habit ni macam sasau sikit. bila tiba part part yang sedih, tidur bertemankan air mata lah jawabnya. tak pun bila tiba part macam kelakau sikit, tersengih sengih sensorang macam orang gila. bila dah habis baca mesej, saya tengok pulak gambar. bila tiba folder nyit, waaaaaaaaaaaaa, nangis tak ingat dunia sebab nak cium dia. sedih gila bila ingat dia dah mati. dah setahun sebulan dah dia tak ada. habit ni tergendala dah since saya busy dengan exam dan 'belajar' sebab nak SPM. kalau dah tak de keje sangat baru buat. HEHE
bellamy with phone by preluding_ivylane
//waaaaaaaa, macam nyit tapi kering sikit. hiasan semata hidung.
  • habit seterusnya, tak reti korek telinga sampai sekarang. sampai umur tujuhbelas tahun ni le mama tukang korekkan. 'woi, ni bukan habit doe ! ini namanya bangang sebab tak reti korek telinga sendiri !' ngahahahahhahahaha, tapi, telinga saya sentiasa bersih dan tak pekak ok. sebab mama tukang bersihkan kan. mengada ngada ? heh, pernah nak buat sendiri, nasib baik tak pekak. so, baik minta tolong mama.


HEHE, cukup saja lima kebiasaan saya itu ye. sebenarnya ada lagi. tapi itu semua peribadi weyh. kongsi sikit sikit sudah. saja buat entry begini sebab entry sebelum sebelum ni entry air mata. so, sekarang mari tersenyum siput sorang sorang depan komputer atau laptop.

korang ada habit gak kan ? manusia semua ada habit. ngeheeeee, cuma nak share dengan tak nak share je. jadi, kalau ada tu macho dan cun, jum kongsi. :P


p/s:dosa ke kalau minta ALLAH tarik nyawa kita cepat cepat ?
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License