28.2.10

Innalillah..

start//9:14pm

repair this broken heart; by Ben.Doo.Dat

sebenarnya, saya sedang tak ada mood nak buat entry tentang apa apa. kerana apa ? kerana hidup saya sejak akhir akhir ni sangat sangat menjelikkan. yeah, memang membosankan dan penuh dengan rasa dendam dan sedih.

'pergi mampos' kalau nak cakap saya hati busuk atau apa. lagi lama saya simpan, lagi sakit hati saya. yeah, saya patut luahkan perasaan saya. pada siapa ? pada kawan ? macam biasa. saya MALU ! malu dengan masalah saya ni.

tempat terbaik untuk mangadu, dengan adik saya sendiri.

~ Lost and broken hearts ~ by c.zwerg

argh, orang luar tak faham ni semua. cakap lah apa yang kamu semua nak cakap. 'macam bodoh bodoh.' 'entry bodoh.' cakap lah apa yang kamu nak cakap. blog saya ni memang blog personal. salah satu tempat saya nak mengadu domba, berkongsi pendapat, berkongsi kegembiraan, mahupun berkongsi kesedihan.

mungkin ada dalam kalangan pembaca blog ni sepupu atau pakcik makcik saya. lain kan diri saya dalam blog ? nampak macam budak bodoh yang tak tahu apa apa. pemalu dan 'peramah' dan suka tolong orang. oh, ini sebenarnya diri saya.

di dunia realiti, mungkin ada cakap saya, pembengis, sombong, pemalu. itu bagi mereka yang tak mengenali saya. first impression. bagi yang mengenali saya, mungkin mereka kata saya gila gila, sensitif, pemalu, manja. heh, saya hipokrit. sebab apa ? sebab nak puaskan hati orang lain. bodoh kan saya !

saya sebenarnya suka menyendiri disamping orang orang yang saya sayang. saya suka sunyi walaupun saya kata sunyi itu bosan. saya suka berkawan walaupun kawan itu kadang kadang menyusahkan kita. HAHA. saya gila !

argh, penat saya menaip. bukan ada sesiapa pun yang faham. tapi saya puas. puas sebab dapat bercerita.


bye.

p/s:exam lagi seminggu. doakan hati saya tenang.

kalau korang nak exam, apa korang buat sehari sebelum exam ?

20.2.10

Minta tolong pun ada tips. lol

start//11:38pm

salam semua.

tak nak mulakan entry dengan perkataan baiklah. HEHE, jadi biar saya mulakan dengan ok lah. :P

ok. ok. entry macam merepek dan annoying. saya buat entry ni pun bersebab juga. sebab dia tak de lah besar sangat bagi kamu semua. tapi mungkin penting bagi saya yang nak sampaikan mesej ni. meh, saya nak bagi tips lagi.

heh, tak sampai dua tahun kau blogging, nak bagi tips bagai semua pulak. erk, saya rasa nak bagi jugak. nak ambil tahu, dipersilakan. kalau tak nak. boleh abaikan je. tak pun pergilah mana mana blog yang awak semua suka. heeeeee,


ni ialah tips untuk MINTA TOLONG. saya ulang. MINTA TOLONG.

entry ni juga dibuat secara spontan selepas saya mengalami beberapa insiden yang kurang mengenakkan hati, limpa, usus saya. HAHA

jadi, mungkin tips ni hanya satu, dua atau tiga, atau mungkin empat, atau berjela je la panjang gila punya tips. HAHA


  • sila minta tolong dengan bersopan
erk, boleh tak kalau nak minta tolong jangan main terjah je ? bukan lah nak suruh berpatik tuanku segala, tapi kan lebih enak kalau cakap elok elok nak tanya apa apa. mana lagi best ?

'apa code salji ni ? !'
dengan
'boleh tak share code salji yang ada dekat blog ni ?'

baca dengan intonasi berbeza. HAHA. betul tak ? betul tak ? kan sedap kalau cakap baik baik. tengok, siap ada tanda seru semua. HAHA
  • perkenalkan diri
sepatutnya ni macam perkara basic. awak tak pelik ke tiba tiba orang tak ada nama minta tolong dengan awak ? heh, pehal guna awak awak ni. hish, meh saya bagi contoh.

people(tak ada link) : cmana ek nak buat header camtu ?
people(ada link) : cmana ek nak buat header camtu ?

agak agak korang, people mana satu yang korang layan dulu ? mesti lah yang ada link. kan senang nak berinteraksi semua. ni tidak, dah lah tak kenal, tak tahu link semua, tiba tiba tanya itu ini. cmana nak terangkan apa yang patut ? so, letak lah link. perkenalkan diri.
  • jangan demand lebih lebih
"Ahhhhhhhhhhhhhhhhh, booohooooo" by Wam Mosely

erk, ini mungkin jarang berlaku. tapi pernah berlaku pada saya. maaf lah kalau ada yang terasa. mungkin ini sebab saya tak layan awak. :P

apa maksud saya ni ? maksud saya, jangan terlalu mendesak untuk minta pertolongan yang bukan bukan. mungkin orang yang anda tanya tu tengah sibuk ata ada masalah. so, boleh sabar tak ? kalau tak boleh sabar, pergi tanya orang lain.

meh saya bagi contoh lagi.

penanya : hye.
saya : hye.
penanya : ajar saya buat blog macam awak !
saya : hah ? ajar apa ?
penanya : buat blog macam ni lah !
saya : macam mana ? nak ajar apa ?
penanya : macam blog ni lah !!

pergh, mesti menyirap. lepas tu terus tak layan. jangan marah lah ye kalau orang yang awak tanya tu tak layan. sebab ini mcam satu desakan yang tak munasabah. HAHA
  • jangan jadi orang yang makan tuan
huh, saya rasa macam kelompok ni sepatutnya tak wujud sama sekali. dah lah minta tolong dengan orang lain, lepas tu bagi tahu dekat orang lain, semuanya buat sendiri. apa ? !!! mesti tuk guru tu kecewa. HAHA. tapi lantak lah kan. kalau saya macam tak kisah sangat. 'pegi le mampus'. HAHA

lebih baik kalau bagitahu sapa yang ajar, then kongsi dan share apa yang korang belajar tu(heh, kongsi dan share samalah !). biasa nya, orang yang tak ada perasaan je tak rasa bersalah dengan apa yang dia orang buat.


ok lah. macam dah cukup je point saya. kalau ada, nanti saya tambah. buat entry ni. penat ! :P

dah larut malam. eh, bukan ! dah pagi dah pun. HAHA. oleh itu,

bye.

p/s:kalau orang minta tolong, kene ajar juga walaupun susah.

16.2.10

5 tips untuk ber-blog

baiklah. baiklah. saya bukan nya pro sangat nak cakap cakap pasal ni semua. tapi saya terasa macam nak kongsi juga dengan awak awak semua. HEHE

since ramailah jugak yang tanya saya macam mana nak buat blog macam saya, *erk, tak maksud apa apa ok. biar saya kongsi je dekat sini. geheeeeeeee.

  • Originality
ini sangat penting ok. tak salah untuk jadikan blog seseorang tu macam 'idola' kita. tapi, kita mungkin akan lebih puas hati bila kita dapat buat sesuatu dengan idea kita sendiri. buat yang lebih baik. jadi lebih kreatif. jangan sesekali jadi copycat. once, diri anda dah dicop sebagai copycat, mungkin selama lamanya anda akan dipandang serong dan tittle copycat tu akan terus melekat sampai bila bila ! itu satu mimpi buruk ye. :)

DSC_6949 Mexico Paper Decorations Flowers Colorful San Antonio Texas by David Kozlowski

  • Ekspresikan diri sendiri
andaikan blog anda tu diri anda. mesti tuan badan kenal diri sendiri betul ? kalau anda rasa diri anda simple, dan gemarkan yang simple, apakata ekspresikan diri anda se-simple dan se-macho yang boleh pada blog anda. *wakakakakkakaka, apa aku merepek ni. erk, dah pening. macam ni lah, kalau suka sesuatu yang cute, buat blog cute. kalau suka simple, buat yang simple. kalau suka kemas buat lah dengan kemas. tapi, jangan over ! macam manusia jugak kan, mana ada orang suka orang yang over ! lagi satu, jangan disebabkan apa yang ada suka, kekreatif-an anda tu terbatas.
  • Rajin
jangan sesekali MALAS untuk belajar. sekarang ni, dah ada banyak blog yang sediakan tutorial yang mudah dan ringkas. kalau malas nak search, apa pun tak jadi kan. so, jangan malas untuk belajar. gunakan khidmat mak cik google ok.
  • Peramah
erk, ini biasa kot. semua orang dah tahu kan. HEHE. siapa yang nak kenal dengan orang yang sombong dan kerek ? so, jangan sombong. berinteraksi dengan pengunjung blog anda. bagi jawapan yang perlu pada pertanyaan mereka. tapi, kenelah juga ada privacy untuk diri kita. eheheehehehe,

Artisan Paper Beads: SALAMANDER (unglazed) by MoontreeStudios

  • Inovasi
cuba buat sesuatu yang orang lain tak buat. HAHA, ni macam pelik sikit. erk, maksud saya, jadi orang yang lebih berinovatif. ubah segala bagai apa yang patut daripada apa yang disediakan. tak kan semuanya nak kene orang bagi kan ? jadi, guna inisiatif sendiri. mungkin blog anda nampak lebih unik dan menarik.


ok. sudah cukup lima. HAHA. entry ni dibuat spontan. sekarang tengah bosan, malas nak hadap homework yang berlambak lambak tu. grrrrr, T___________T

ok lah, kalau ada apa apa nak tanya, jangan malu dan segan. :P maaf kalau entry ni macam berterabur sikit sebab ni first time bagi tips ni semua. wakakakakkaka.

kalau ada yang silap, sila tegur. :)

bye.

p/s:macam nak buat perubahan besar besaran pada blog.


1.2.10

lemah gemalai

start//6:12pm

assalamualaikum,




sekarang saya sedang
SIBUK SESANGAT.

pandang komputer pun tak bernafsu. haishhh,


p/s:rasa macam nak lempang pengetua.
memang mampus kalau dia tau ni. HAHA


#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License