29.11.09

bodoh juga saya ni,

start//8:33pm

masih sakit kepala.
hye,

tiba tiba rasa macam bodoh pulak. HAHA
macam je, tak bodoh pun.

hari ni dua ketul adik saya tu,
pergi tengok wayang, shopping, bowling, dan blablabla...
tengok new moon lah, apalah, malas lah nak ambil tahu.

Dataran Pahlawan - Melaka Megamall by Haris Abdul Rahman

untuk pengetahuan,
saya ni memang liat sikit nak keluar rumah.
malas. pening. huh,

tapi kalau nafsu nak keluar pergi shopping, memang
satu dunia saya harukan. selagi saya tak dapat,
selagi tu saya meroyan.

tapi, cuti cuti macam ni, nafsu tu tak timbul. pelik. =.='

erk,
bodoh ke saya sampai abah buat tawaran macam ni,

'kak, keluar teman adik adik pergi tengok wayang.'

'malas lah.'

'abah bagi rm10, pergi teman adik kau.'

'tak nak.'

'rm30 ?'

'tak nak.'

'rm50 ?'

'tak nak lah.'

'rm100 ?'

'tak nak, tak nak.'

'rm150 ?'

'tak mau.'

'rm200 ?'

'tak nak !'

oke, saya tipu.
tawaran hanya sampai seratus ringgit sebab lepas tue,
saya blah masuk bilik.

wakakakkakakkaka,
sampai macamtu abah paksa saya pergi shopping.


erk, bukan nya apa.
saya malas dan tak suka lah berpeleseran tak tentu pasal.


kalau mama ada tak apa jugak.
*mungkin sebab ni saya kene ejek anak mak.

oke, bukan apa, saya takut tak cukup duit kalau
keluar shopping dengan adik adik, atau kawan kawan. HAHA

kalau mama atau abah ada, boleh perah duit tu lebih lebih sikit.
baru puas membeli berambos. :P

dah tu,
saya jugak yang jealous tengok adik saya terkedek kedek
bagai lembu pulang malam bawa beg plastik hasil
pembaziran wang yang melampau.

tak de lah melampau sangat kut.
dua dua ketul beli kasut baru,
jeans, dengan accessories yang berbagai. heh,

argh,
saya tak heran. ceh,
nanti saya keluar dengan mama je pergi membazir pulak.

T___________________T

bye.
*bodoh nye kau,


p/s:bila lah nak kurus ni ?

28.11.09

random,

start//3:04pm

T________________T

pening. pening.
  • hari raya, macam biasa.
  • saya dah buat keputusan untuk lepaskan subjek akaun. sedih, tapi terpaksa. saya pun tak tahulah.
  • kebosanan tahap maksima.
  • tak sabar nak pergi JB minggu depan.
  • nak keluar tengok wayang, tapi malas. *apemende le aku ni ?
  • baru tahu yang adik saya pun sayang saya. =.='
  • rindu kawan kawan saya. bila nak hang out je, mesti ada halangan. cis,
  • terasa berat badan semakin berkurang. HAHA
  • nak ajak mama pergi shopping. dapat jeans dengan baju pun jadilah, tak dapat KFC pun tak apa sebab tengah on diet. T_______T
  • terasa macam hari yang sama berulang ulang. OMG, menakutkan. T___________T
  • tiap tiap hari tidur lewat, bangun cepat. mata panda pasti akan menyusul.
  • terfikir pasal SPM. =.='
  • dah tak tahu nak cakap apa lagi.
bye.

eh, belum lagi.

adik saya dah besar lah. erk,

teringin nak buat entry pasal budak ni. tapi nantilah. adik saya bukan ramai pun, dua ketul je. :P
adik, oh adik. terasa macam tak betul je hari ni, tercakap pasal adik pulak. T_________T

dah lah.

bye.


p/s:bosan sampai boleh mati kering.
p/s/s:blog dan saya sekarang dilanda kemurungan melampau.


26.11.09

mengucapkan.

start//7:09pm

dengan epal yang sedang dikunyah untuk berbuka
puasa sekarang ni,
saya nak mengucapkan,

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada seluruh umat islam. :)

tak ada buat apa apa persediaan pun.
tiada kad atau apa apa.
hanya ucapan.


dah. tu je saya nak cakap.
kejap lagi nak keluar sambut birthday adik tersayang.

bye.
salam.

p/s:serius saya tak tahu raya haji bila. bila ek ?


24.11.09

aku orang melaka

salam.

saya mulakan entry ini dengan soalan.
'orang melaka ni kasar sangat heh ?'


pada hemat saya, saya sangat tidak bersetuju atau dengan lebih tepat lagi rasa berbulu bila dengar orang kata yang orang MELAKA ini sangat KASAR bahasanya dan sangat KURANG AJAR. erk, *ayat tak boleh blah.

pada saya, ade je orang negeri lain yang lagi kurang ajar dan biadab daripada orang MELAKA. seperti tuuuuuuuutttt, orang negeri tuuuuuuuuttt, cakap mengalahkan saya. dengan bahasa kasar dia, perghhh, saya pun kalah. T________________T

Day 229/365 : Effin' Zebras by Gooner-Licious

padahal dia orang tuuuuttt, orang yang konon konon sangat moden dan bertaraf tinggi. tak macam orang MELAKA ni yang selalunya dianggap 'kampung'.


HEHE. saya banyak tanya kawan kawan saya yang mula mula orang negeri lain dan lepas tu berhijrah ke melaka, apa pandangan pertama mereka terhadap negeri melaka. mahu tahu apa mereka cakap, 'mula mula aku ingat melaka ni kampung weyh. tak maju langsung.' HAHA

sekali, dah duduk sini, tak ada lah kampung mana pun kan. rasa macam bandar juga. masih ada kesesakan lalu lintas, pusat beli belah, berlambak jugak. heeeeeeeeeeee. semuanya masih ada di MELAKA. tempat untuk dilawati juga saya rasa banyak dekat MELAKA. betul tak ?

kadang kadang saya juga boleh menjadi sakai. :P


Menara Taming Sari / Taming Sari Tower II by Firdaus™

'mana kau pegi hawau ? aku hingat kau dah mampos. lama gila tak nampak batang hidong kau !'
erk, ini dialog yang biasa digunakan bila dah lama tak nampak seseorang kan ? kan ? heh, kesian orang tu. =.='

pada pandangan saya lagi, orang orang melaka yang kasar ni mungkin orang orang yang sudah berumur atau dah lama hidup. :] tak pun mak cik mak cik yang ter-over atau ter-melampau tak pasal pasal nak maki maki. tapi, sekarang ni mana ada lagi, semuanya tahu jaga bahasa kan.


kalau tengah marah tu, lain cerita lah. benda benda lucah pun boleh keluar. HAHA. itu semua orang pun sama je kan... saya pun sama. hati tengah mendidih, dah tak fikir apa pun yang kita cakap.

tapi kan, ada je orang yang pure MELAKA benci dan malu menjadi anak jati MELAKA. itu saya no komen. entah apa masalah dia pun saya tak tahu. hak masing masing kan. suka hatilah. HEHE

so, melaka ni tak ada lah teruk sangat kan ? biasa je, macam negeri negeri lain, cuma sejarah dia lah yang lebih sikit.


saya orang MELAKA, tapi saya tak berapa suka makan asam pedas. saya lagi suka makan nasi dagang. ergh, sedap nya. tak pun saya suka makan kuih tradisional kelantan, kuih akok. susah gila nak cari dekat MELAKA ni. kalau terjumpa, memang saya suruh mama rembat. :P

Sooka Sentral - Food Commissioned Shoot by absolut xman

eh, saya dah tercerita pasal makanan pulak. tiba tiba saliva saya menjadi cair dan seperti sedang merembeskan lagi cecair cecair yang berada dalam mulut saya ni.

erk, dah lah. saya berhenti di sini sahaja. kalau ada yang salah apa yang saya cakap ni, tolong betul betulkan yer. saya bersyukur jadi orang melaka. sebab MELAKA ni tak adalah terlalu kampung dan terlampau bandar. yang sedang sedang saja. :)

pesan mama pada saya tiap tiap hari, 'jangan makan macam orang gila !' HAHA *tiba tiba

bye

p/s:entry ni dah lama saya peruk. :)

22.11.09

konsert (II)

start//7:54pm


mari lihat video ini. :)

video


video


perggghhhhh,,

azab nak upload video ni.
sila lihat waktu entry ini mula dibuat,
dengan waktu entry ini di-publish.

lama kan ?
kalau ikutkan, ada lagi video yang mahu saya uploadkan.
tapi masa memang terbatas.

jadi, cukuplah dua video ini.
sila abaikan suara orang ketawa atau berbual yer.
serius, itu bukan suara saya. HAHA

video kedua ialah persembahan tribute to MJ.
tue je yang sempat saya rakamkan.
sebab saya malas nak rakam sebab saya nak berseronok
terpekik terlolong. HAHA


erk,
ini entry terakhir mengenai konsert sekolah saya.

ngee~

persembahan video yang pertama tu ialah persembahan
budak tingkatan tiga dan tingkatan empat.
saya enjoy gila dengan persembahan tu.


ok.
itu sahaja.

bye.


p/s:sumpah lama video ni nak upload. taubat dah nak upload
video ni semua. T_______________T


21.11.09

konsert (1)

start//8:02pm


heyyya.
saya kembali semula. hik,

tak ada apa nak update.
cuma nak update pasal konsert sekolah je.

agak ok lah konsert tahun ni jika dibandingkan konsert
yang lepas. tapi banyak masalah teknikal je.

tak banyak gambar yang best yang saya snap.
sebab saya ter-enjoy dekat konsert tue sampai lupa. HAHA

part yang paling best ialah persembahan shuffle.
smart gak budak budak tue buat.
sehinggakan satu klik pun saya tak buat untuk snap
gambar diorang sebab ter-lalu enjoy. HEHE


nah, tengok je lah gambar gambar yang tak seberapa
lawa ni, sebab tangan saya yang snap, sebab tue tak lawa. :P


eyt, banner yang terpampang dalam gambar semua tu,
menunjukkan tarikh 1 Ogos dan diadakan di Sri Negeri,
tapi, tue semua batal. sebab HsatuNsatu.

so, konsert tue sebenarnya diadakan pada 20November
di dewan Taming Sari MBMB.
ni mesti sebab bajet kurang. heeeeeeeeee...



oh ye, masa untuk upload gambar ni sangat sangatlah lembab.
dengan hati yang tabah, saya tunggu juga. fuhhhhhhhh..

nah,
















*klik gambar untuk kanta pembesar.



masa pasukan gamelan dan caklempong buat persembahan
tribute to MJ pun best gile. koir lagu i'm yours pun best.

aaaahh, senang senang semua best lah.

semua orang terjerit macam orang gila. HAHA.
tapi sayang lah, saya tak sempat rakam. T_______T


erk,
akan ada entry yang kedua pula pasal konsert ni.
entry tue saya akan tayangkan video pulak.
mungkin kot, sebab saya rasa macam malas.

tak, tak, tak.
mesti ada punya.

ok.

bye



p/s:rasa tak rugi pun pergi konsert tue.



19.11.09

makin tiba,

start//3:48pm


erk, hai.

first nak cakap, terima kasih kepada sesiapa yang beri
respon pada entry saya yang lalu.

saya dah tukar pun header blog saya.
sebenarnya, saya masih berkuasa untuk buat apa
sahaja pada blog saya, tapi saya tak mahulah nanti,
ada yang cakap blog saya lambat loading lah, lembab lah,
atau apa apa sahaja.

Snail Race by _ Krystian PHOTOSynthesis (wild-thriving) _

kalau betul lambat,
jum ramai ramai bagitahu saya.
sebab saya akan cuba sedaya upaya untuk membuatkan
ia kembali ringan seperti kapas. hik,
setakat ni ok lagi kut.

dah, habis cerita pasal blog.

wehuuuuuu,
lagi sehari sahaja sekolah dah nak tutup tahun ni.

lepas ni, saya dah jadi calon SPM 2010.
seram nyeeeee..

masa cuti nanti,
saya macam nak berjanji je yang saya akan belajar masa cuti.
tapi, macam takut tak dapat tepati janji. HAHA
sebab tue saya tak berjanji. erk,

sebenarnya saya tak tahu apa yang saya taip ni.
macam benda bodoh je kan...

saya mula merepek dan meraban.

lebih baik saya stop dulu.

sebelum tue,
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA
CIKGU CIKGU SAYA DAN KEPADA SESIAPA SAHAJA
YANG AKAN BERGELAR PENGANTIN. :)

bye.


p/s:blog aku makin lama makin bosan.


16.11.09

mana satu ek ?

start//9:09pm

erk,

i ni tengah dilema.
nak tanya je ni.

jawab lah ek. pleaseeee... *mata merayu. :P

pening lah.
mana satu lagi best ??

header lama ni ke ?
atau header yang baru ni ?
[klik kedua dua gambar untuk kanta pembesar]


dan,

betul ke loading untuk masuk ke blog i ni sangat
lembab macam siput sedut semput ??

erk,
tolong jawab ye.

budi bicara anda sangat saya harapkan.

tengah menagih simpati ni.



sebab i tak mahulah kalau ada orang yang bila
masuk page saya rasa macam bengang sebab
lambat lembab nak mammmm.

:)

i mahu blog i mesra pembaca.


p/s:kalau ada kritikan, klik link surat menyurat di sidebar.


jangan puji melambung sangat.

start//4:31pm


salam. hye. bye.
eh, belum bye lagi. :)

penat sebab kene angkut buku teks tingkatan lima.


keputusan peperiksaan saya super duper menyedihkan.
saya terima apa sahaja akibatnya. erk,

tapi, yang bagusnya,
paper yang saya susah nak lulus,
dah pun saya lulus dengan berjayanya. HAHA

sedih gila tiba tiba subjek kesayangan saya gagal.
fine, saya kan 'bodoh'. tak boleh harap lebih lebih.

selepas exam ketiga beberapa bulan lalu,
saya target untuk dapatkan 1A untuk paper addmath.
sebab exam ketiga tue saya dah hampir dengan A.

tapi, exam akhir tahun ni,
'hambik kau !! GAGAL !!'
segan gila nak mammmm.
mana nak letak muka ni pun tak tahu.

Kill The Light by Calvin Sun

turun dengan mendadak sampai terjunam masuk gaung.
putus harapan saya pada kertas addmath ni.

masa exam yang ketiga itu,
saya dipuji dengan melambung lambung sampai
terlambung sebab markah saya yang 'ok' tu.

homework semua saya siapkan.
buku latihan semua tak pernah saya tak hantar.
semuanya lengkap. bila time kelas addmath,
saya ni macam budak 'contoh' je dalam kelas.
'contoh atok kau !!'

sekali, exam final ni saya gagal.
malu. malu. malu. malu. malu.

jap.
*nangis.





<shameful by sam noak

sikit je lagi nak lulus.
tapi agaknya bukan rezeki saya nak lulus exam kali ni.
tak apalah. saya kene jugak terima.

lepas ni, saya tak nak gagal addmath lagi.
pertama kali gagal lepas mencapai 'kejayaan' yang memuncak.

asyik lulus je, gagal lah pulak kan.
'ni ayat paling bangang !'

kertas kimia boleh lulus, kertas addmath pulak gagal.
pfffffttttt..


konklusinya, saya ni tak boleh dipuji.
nanti jadi lagi hancur.

saya ni jenis orang yang kene marah baru jalan.
kalu puji 24/7 je, memang kelam lah kehidupan saya.
tapi, jangan lah pulak hina lebih lebih pulak kan.
'tampau kang !'

HAHA.

bye.


p/s:cepatnya dah dewasa. :P


14.11.09

setahun sudah sayang.

start//7:45pm


hoooyahhh.

saya kembali semula. :P

agak menggelikan ok tittle di atas.
saya tak reti lah nak letak tittle apa lagi.

ok. terus ke point sebenar.

blog yang saya bela bagai menatang minyak
panas yang penuh ni dah pun berumur setahun.
HAHA *gila kecoh kau.

saya sudah terlambat buat entry ni hampir lima
belas jam yang lalu. busy ye.


erk, selama saya berblogging ni,
macam macam jenis blog saya dah baca.
macam macam fiksyen. ceh. HAHA

semuanya best best ok.
saya sangat suka baca blog orang. sebab saya
suka kagum dengan kehidupan manusia yang
berbeza beza ni.
ada sedih, ada gembira.
itu semua asam gula kehidupan.

siap yang bertuah, dia yang bernasib baik.
yang tak berapa bertuah tu, mungkin akan tiba hari
lain untuk dia mengecapi kejayaan. AMIN


dan,

terima kasih yer semua.
ada jugak orang yang nak follow blog entah
apa apa ni. *terharu


saya ingat lagi tau detik detik terhasilnya blog
saya ni. HAHA

masa tue, hari jumaat, saya merajuk dengan mama,
tengah komen komen friendster dengan adibah,
dan blablabla.... HEHE

malas nak cerita panjang lah, bukannya ada sesiapa
pun yang nak ambik tahu bagaimana
terwujudnya blog ni. :P

tahun depan, mungkin saya dah tak aktif berblogging
lagi. yelah, saya kan calon SPM 2010. *eeeeeeeee


saya sayang blog saya.
siapa yang tak suka, dengan segala hormatnya,
saya buka kan pintu sila pergi ok. HEHE

seperti biasa,

byebye.


p/s:saya ada blog kedua.*shhhhhhhhhhh

eh, jap. saya lupa nak bagitahu.
sekarang blog saya ada menyediakan
perkhidmatan pelanggan yer. HAHA

sebarang cadangan atau pendapat atau kritikan
atau jemputan atau pemberitahuan, bolehlah
klik link yang saya sediakan di sebelah kanan anda.

anda cuma perlu menuju ke sidebar, pandang ke bawah,
dan anda akan ternampak link surat menyurat.
boleh klik di situ, dan isikan borang yang disediakan.

terima kasih.

:)


13.11.09

main kebas je. maaf.

start//2:41pm


esok saya buat entry panjang panjang sikit.


klik untuk tumbesaran yang melampau.

gambar ini saya kebas dalam facebook.
maaf tuan punya gambar. :P
tak tahu macamana nak bgtahu yang
saya ambil gambar ni.

dah.

byebye


p/s:hati mula reda.


11.11.09

sangat shitto

start//8:52pm


mood; sangat kecewa + kecelaruan mental


huh. sekarang saya sedang dalam keadaan
yang sangat dan sangat kecewa.

saya rasa saya dah jadi loser.
saya benci, benci, benci sangat perasaan ni.


bila saya dekat je dengan dia, atau terdengar
suara dia atau ternampak dia,
saya rasa macam saya tengah diketawakan.
tengah diketawakan dengan gilanya.

gila kan ?

sumpah rasa macam mental sangat.

penyelesaiannya, saya keluar terus dari kelas.
pergi lepak sorang soarang dalam toilet,
sambil menangis macam orang mati laki.

apa dah jadi ni ?

saya sendiri tak faham.
saya pun tak tahu kenapa saya patut ada
perasaan macam sekarang ni.
rasa down sangat sangat.

saya tak tahu nak buat apa selain daripada
saya jauhkan diri daripada menghadapi
situasi yang membuatkan emosi saya menjadi
kurang stabil kembali.


saya malas nak cakap dengan kawan kawan yang
lain sebab saya tak mahu diorang ingat saya
sengaja mengada ngada buat cerita.
diorang tak akan faham masalah saya.

mungkin saya bodoh cakap macam ni.
tetapi, saya mula rasakan saya menjadi semakin
bodoh dan bodoh daripada dia.
tapi, saya tahu yang saya tidak dan tidak.
itu saya tahu, cuma saya tak reti nak buktikan.


susah gila ada kawan yang tak berapa macam
kawan ni.

agaknya ni kut adat berkawan.

sebab tue saya memang tak ramai kawan.
susah nak dapat kawan yang melekat dan sekepala.

apa apa pun,
saya sangat membenci situasi saya sekarang.

hopeless tahu !!


p/s:emo gila sekarang ni.


9.11.09

bye kertas empat segi tepat.

start//4:07pm


baiklah.

saya sudah
MERDEKA SEMENTARA !!

HAHA

but,
kertas terakhir sangat lah,
jap, sebenarnya tak susah. tapi susah sikit je.
addmath, biasalah.

orang yang buat soalan tue memang target sampai
budak form four tak boleh jawab.
kalau budak genius memanglah boleh buat.
huh, dengki. *tak memasal.


meroyan jugak lah masa jawab tadi.
hilang target A+.
target lulus sudah.

Wall Of Peace - Moscow by Jeff Bauche._.·´¯)

apa apa pun,
bye kertas A4.
bye soalan susah. HEHE

nak online 24/7 pulak.

misi sudah tamat.

byebye.


p/s:saya benci kene buat benda yang saya tak suka.


7.11.09

tak bodoh punye.

start//4:26pm

huh
tak tahan betul nak hadap kertas latihan
addmath 24/7 secara berterusan.
dari pagi sampai tadi saya buat je latihan.
stress bila tak dapat jawapan.

last last berhenti kejap je lah.
kejap lagi sambung balik.

sekarang kan saya tengah mengawal pemakanan
saya. so far so good.
saya rasa kesan dia. mungkin sudah kurang 2kg.

agaknya kalau saya work out sikit, mungkin
banyak yang turun agaknya kut. HEHE
tapi saya kan pemalas. malas lah nak buat.
tak ada masa weyh.

so, sekarang saya nak share apa yang saya
makan bila kat rumah tak orang dan bila saya
terasa nak makan tanpa makan makanan yang
membuatkan saya bertambah tembam. heh

jum tengok,
saya tak tahu nak bagi nama apa pada masakan ni.
sebab semua ramuan dia saya main campak campak je.
HAHA

bahan bahan nye;
  • semua jenis sayur yang ada dalam peti ais
  • bawang putih [ikut kuantiti sup yang nak dimasak]
  • garam
  • minyak [sikit je]
  • isi ayam [kalau nak/ada]
  • fish ball/meat ball/chicken ball [ikut suka]
  • air putih yang bersih

Vegetables, August 2006, Shropshire UK by David_TurnerUnusual-shaped vegetable by florriebassingbournWhite onion by Amai
Boneless, Skinless Chicken Breast by pixelrandyHainanese Chicken Rice Balls by Kirk SiangGlass of Water by gfrphoto
[gambar dicilok daripada encik flickr]

ok, tu je bahan nye.
lepas tue apa lagi. masaklah. heeee
  1. panaskan periuk.
  2. masukkan minyak. sikit je ea. tunggu sampai periuk panas.
  3. sebelum tu, tumbuk bawang putih. jangan sampai lumat.
  4. masukkan bawang putih tu dalam periuk.
  5. masak sampai kekuningan.
  6. letak air putih.
  7. masukkan isi ayam/fish ball/meat ball/chicken ball.
  8. tunggu sampai mendidih.
  9. campak semua sayur dalam periuk.
  10. letak garam secukup rasa.
lepas tue dah boleh makan.

sebelum tue, kalau macam ada sayur lobak/kubis bunga,
letak awal sikit daripada sayur sayur lain. sebab
nak bagi sayur tue tak keras sangat.

sayur lain jangan masak lama lama ye. nanti
vitamin hilang.

er,
sedap weyh.
lepas tue sup tu sihat jugak untuk kita. hik

kalau nak pedas, letak je cili padi.
kalau nak masam sikit pulak, letak sikit air asam jawa.

pendek kata, letak je lah apa pun yang kamu semua
suka dalam sup tue.

saya paling suka kaalu sup saya ada
semua jenis cendawan. cendawan yang paling saya
suka ialah cendawan ENOKI.
saya panggil cendawan tu,
cendawan geli geli. HEHE

ENOKI mushrooms by magda.indigo

eyt, sup tu
enak dinikmati ketika masih berasap.

mesti korang semua pernah dengar mee bodoh kan.
kat melaka ni agak popular jugak dengan mee bodoh ni.
agak je lah. :P

kenapa mee bodoh ?? sebab mee itu sangat simple.
macam mee goreng, tapi mee goreng agak complicated sikit.
mee bodoh hanya mee yang simple.

so, saya bagi sup ni nama dia SUP BODOH. heeee
sebab semua bahan boleh campak dalam sup tue.

dengan itu, selamat mencuba.

byebye


p/s:nanti kita belajar cara masak kentang lenyek
versi saya pulak ye.

p/s/s:doakan saya untuk exam addmath.


5.11.09

semua orang nak weyh,

start//3:42pm


Ehem, Assalamualaikum. sekarang kepala hotak ni dah rasa ringan sikit. daripada sebelum sebelum ni rasa berat je. macam ada rumah hempap kepala saya. saya memang suka hiperbolakan sesuatu. HEHE


exam, semuanya tak ok bagi saya. entah. saya rasa macam malas gila nak menyenakkan kepala ni. biar je lah. yang dah lepas biar lepas. lebih baik saya bukak buku baru. atau pergi buat apa yang patut. apa apa pun, tinggal lagi satu subjek. addmath je.

erk, sebenarnya saya nak cakap ni, 'memang la semua orang nak diri dia cemerlang, tapi aku rasa macam tak boleh. nak buat macamana ?' dah. tu je sebenarnya yang saya nak sangat cakap.

✝ by Everything and the rest

kalau mama ada, memang saya cakap dengan mama. tiap tiap hari saya cakap bende yang sama. lepas tue kene bebel dengan mama. HAHA. saya kan memang ada masalah tak yakin pada diri sendiri. esok saya kene tadah telinga dengar cikgu membebel tentang kertas kimia. mental dan fizikal sudah berada dalam keadaan yang bersedia.


eeeeeeee, bosan, bosan !! saya benci macamni sebenarnya. T__________T



dah. tutup kisah sedih. ketawa kembali. saya tahu saya gila. HAHA

sepanjang mama tak ada, saya dengan adik adik kene bangun pagi sendiri. heeeeeeee.. abah tue, jam loceng berbunyi dia buat macam tak dengar je. sampai lima minit jam loceng tue memekak. ingat orang tengah dodoikan apa. hik3~

pergi sekolah pun lambat. ni semua sebab kadang kadang siap lambat. biasalahkan orang perempuan. tapi bukan saya. adik saya lah kan. saya pukul lima lebih dah bangun :P


tapi yang bestnya, dapat balik sekolah awal. kalau dengan mama, pukul empat belum tentu sampai rumah. penatnya. sekarang baru saya rasa macamana budak budak sekolah bertolak tolak dekat pintu pagar nak keluar sekolah. dah macam kambing dah saya tengok. saya pun tergolong jugak lah dalam kumpulan tue. HAHA

For those who love sheep by B℮n


'don't make my blood go upstairs'
e'eh tetiba lak. HAHAHA. saya teringat dekat ada sorang cikgu praktikal saya lah. gila kelakar masa dia cakap tue. adoii, buat segan je. 'sorry cikgu. termengutuk, tapi cikgu tak ajar kiteorang pun, kiteorang yang ajar cikgu kan, kan ??' HAHA. saya budak jahat.

dah. bye.

belum lagi, saya nak pesan ni. 'nanti lepas saya dapat result, kalau saya masuk hospital gila, jangan lupa melawat saya yer. nanti terubat juga hati ni..' HAHA


baru bye.

lagi satu, saya ni pelupa lah. jangan lupa klik ads nuffnang saya. sekarang sudah ada empat Buffered Earnings yang sedang berjalan. HAHA

sekarang betul betul bye.

byebye.

p/s:blur.


2.11.09

boleh tapi tak boleh. heh

start//3:43pm


salam. kertas yang MISTERI tu saya dah jawab dengan sampah nya. tak mintak lebih, cuma minta lulus je. paling gila pun lulus, sebab saya rasa saya dah buat apa yang patut. gara gara exam ni, saya tidur lambat, bangun pepagi buta sampai kepala rasa macam nak meletop. satu pengorbanan. [bodoh, kalau SPM tak tidur lah gamaknya.]


huh. esok kertas sejarah dua pulak. susah atau senang itu cerita esok. kalau susah jugak, maknanya saya tak bacalah tu hari ni. dah bulan NOVEMBER dah [tetiba je].

cry baby by placenamehere


esok mama pergi kursus. seminggu (!!) saya lah jadi ketua kedua dalam rumah ni. HAHA *gelak angel. uish, hilanglah tempat bergayut selama seminggu. tak apa, nanti mama balik, mama kena tadah telinga dengar cerita saya selama seminggu.

saya rasa sumpah bodoh bila dialog ini keluar daripada mulut saya, 'aku boleh, tapi tak boleh !'. huh. sakit jiwa nie.

apa apa pun, kalau tahun depan saya kena stay kelas 5 SAINS 1, *bajet weyh. saya nak minta turun kelas 5 SAINS 2. boleh ? tekanan hebat akan melanda diri saya bila saya stay dekat kelas nombor satu ni. apa apa pun lagi, tengoklah macamana nanti. kene juga tengok susananya.


dah, nak bye dulu. hadap buku sejarah pulak. ni pun curi masa je pergi gedik gedik online. perbuatan ini hanyalah untuk menghilangkan rasa lapar sahaja. tidak ada sebab lain lagi. heh

bye.


p/s:emosi kurang stabil.


UPDATED; 4:16pm

lupa nak cakap, sekarang ada tiga Buffered Earnings nuffnang yang tengah berjalan dekat blog i. i tahu tak sebanyak dekat blog u kan (??) heeeeeee. so, kalau singgah atau terbaca blog i neh, click lah ads tue ek. mari beramal bersama sama ok. :P


#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License