30.10.09

masa berlalu agak lembab.

start//5:04pm


erm, hye.
mood:sedih sikit.

biasanya saya akan kata masa berlalu
dengan begitu pantas.
tetapi sekarang,
tidak, tidak lagi!!
rasa macam masa berlalu dengan kadar
yang begitu lembab, kalah siput baby.

macam lama gila nak tunggu dua
minggu satu hari tu habis. seminggu dah lepas.
lagi seminggu satu hari.
seksa siot.

mari kita imbas kembali setelah
lama saya tak mengimbas kembali apa yang
saya lakukan sejak saya tak nak update blog ni.


Nick-E and Exams by DarthNick

hari isnin; macam biasa. soalan biasa je.

hari selasa; masih biasa lagi. tak rasa nak meroyan lagi.

hari rabu; susah gila paper. dah tahu soalan, tapi tak
nak baca betul betul. mula nak meroyan.

hari khamis; memang suwey. salah tengok jadual exam.
lagi lima minit nak start exam baru perasan.

hari ini; hari terasa nak meraung dan meroyan.
kertas soalan yang tunggang terbalik, suasana hiruk pikuk,
soalan yang agak mencabar keimanan. fuhhhhhh

mengharap betul paper minggu depan tak membuatkan
saya nak meroyan lagi. sedihhhhhh....

tapi, saya tak rasa apa apa perasaan pun.
menyesal pun tidak.

sebab saya rasa saya dah habis usaha.
penat kejar cikgu, penat tidur lewat,
penat usung buku ke sana ke sini, penat balik
sekolah lewat, macam macam penat la weyh.


lepas ni, nak tunggu soalan bocor lagi. HAHA
memang tak jujur betul sape yang
bocorkan soalan ni.

saya tak bersalah, saya terima je. HEHE

dah, saya malas nak mengarut lagi.
buku latihan CHYMISTERI dah melalak tue.
saya kene dodoikan. HAHA

byebye


p/s:takut kecundang.


24.10.09

minta cepat habis,

start//6:51pm


*muka nak nangis dengan mata terkebil kebil.

sayang nak lepas kan. HAHA
*bodoh je. lepas exam online la sampai muntah.

peringatan untuk saya bila teringin nak online.

  • [26.10] BM1-BM2
  • [27.10] PJK-BI1-BI2
  • [28.10] BIO3-BIO2-BI01
  • [29.10] PSK-PAI2-PAI1
  • [30.10] MM1-MM2
  • [2.11] CHY3-CHY1-CHY2
  • [3.11] SJ2
  • [4.11] PHY3-PHY1-PHY2
  • [5.11] SJ1
  • [9.11] ADDMATH1-ADDMATH2

MERDEKA SEMENTARA !!


kenapa sementara ek ?
' bukannya SPM pun woii. '


dooakan saya berjaya.
berjaya tanpa 9G.
berjaya dengan A1.


p/s:dengar kata lepas ni A+ pulak kan.


22.10.09

ye je..

start//8:14pm


woot. woot.

i masih tak sedar diri nak exam.
tapi buku buku semua dah start berkepit
dengan i 24/7. HEHE

macam tak percaya weyh.
mama ada blog. HAHAHA.

pagi tadi mama ada kursus.
alah, semua guru sekolah i memang
pergi kursus tue.

balik balik je,
'kak, mama ada blog.'
'apa URL blog mama ?'
'norina-puteri.'
terus i gelak dengan menggilanya.
HAHAHAHAHAHA

URL memang tak boleh blah.
'eeeeee, mama. HAHA. biar org tukar lah.'
'suka awak la. mama tak kisah.'

dengan tak tahu malunya, seratu peratus i ubah.
daripada URL, layout, semuanya lah tukar.
tapi yang simple je lah.

kan untuk orang yang dah berumur.
ceyt, mak i belum empatpuluh lagi. HEHE

nampaknya, semua guru guru kat sekolah i tue,
hadap blog je lah lepas ni.

adoiii, kelakarlah.



apa isi blog tue ?

heeeeeeeeee,
tentang teknik teknik menjawab soalan.
soalan BM.
STPM, PMR, SPM.
semua ada.
tapi belum update lah.
baru je dua post. HAHA.

kalau sapa yang nak tengok blog tue,
klik je pic bawah ni.



dah, i malas nak bising bising lagi.
nak hadap buku biology.

byebye.

p/s:baru berani cakap dengan mama dah ada blog.

15.10.09

kempunan,

start//8:31pm


sekarang saya tengah kempunan ni.

bukan kempunan apa pun.
kempunan nak edit blog.
tapi time macam tak cukup je.

banyak nie nak kene explore.

saya pulak macam ralat je nak buang tima saya.

ok. saya patut sabar.
kan ? kan ?
betul tak ? betul tak ?

nak nangis pulak.

esok ada kelas tambahan.
kelas KIMIA.
hish, pagi pulak tue.

tak boleh membuta.
mesti orang lain sedap membongkang.
saya pulak terkial kial jawab soalan nanti.

TIDAK !! TIDAK !!


p/s:untuk masa depan.


12.10.09

masalah, problemo,

start//5:01pm

masalah, masalah.
komputer sedang mengalami masalah.
adalah apa apa entah komplikasi yang tengah berlaku.
ahhhhhh,,
time time saya nak exam ni,
memerlukan sokongan moral,
komputer pulak buat masalah.
benciiiii,,
erk, apa kaitan saya nak xam dengan komputer.
HEHE
sebenarnya bukan pasal komputer,
tapi streamyx tue yang gedik gedik buat masalah.
apa apa pun,
saya tak adalah nak online 24jam tanpa henti.
lappy ni mama punya,
tak boleh lebih lebih. HAHA
ok lah.
nanti saya kembali pada masa akan datang. HEHE
doakan saya untuk exam yang akan datang.
lebih kurang dua minggu je lagi nak hadp.
ok.
byebye
p/s:esok budak PMR merdeka. wohooooooo.
errrr, saya pulak yang excited. :P

8.10.09

sekali seumur hidup,

start//9:05pm


haiiiiiiyyyyaaa,,

nak update. nak update
HEHE

okeyh,
tadi kat sekolah kteorang cincang belah katak.
best wooooo..

tak rasa apa apa pun,
cuma GILA GELI je.

mungkin ini kali pertama dan terakhir saya
buat benda bende macam ni kut.

sebab saya tak rasa yang saya akan teruskan
pembelajaran saya sebagai seorang
pelajar pure sains lepas SPM nanti.
mungkin kut.

sebab saya sama sekali langsung tak menggemari
SAINS.
saya hanya minat kira kira sahaja.

sebab bila saya buat kerja kira kira,
saya rasa otak saya segar walaupun saya akan
menjadi separa meroyan. HAHA

erk,
saya kesian pulak dekat katak tu.
tak sempat pun bagi nama. HAHA

ok. saya tipu. saya hanya kesian sikit.
berbanding daripada kawan saya yang hampir
mengalirkan air mata bila tengok saya operate katak tue.

saya malas nak citer banyak lagi.
nah,
tengok lah hasilnya.

ngee~

nazak dah ni kut. :P

ni group amirul otak blue. HAHA

saya rasa sungguh tak sesuai menjadi doktor. HAHA


dah.
tu je gambar pasal katak.
malas nak upload banyak banyak,
sebab semua gambar katak je.
sama je kan.

tak payah tengok.

yang lain semua gambar gedik saya dengan
kawan kawan. HEHE

saya suka pic ni.

dan semestinya ini juga. best. :D


sumpah tak boleh blah hari ni.
rasa macam merdeka.

konon konon dah nak habis sekolah.
wakakakakkakakaka,,
perasan gila.




tengok ni.
dah penat main main,
waktu sejarah jadi waktu tidur. HAHA

tak memasal kene sound.
terkujat terus. :D

saya suka pic ni. HEHE
vandalisme amat berleluasa di sekolah saya ye.

saya pun tak pasti macamana sekolah saya
jadi sekolah harian cemerlang. erk,
HAHA

pic bawah ni saya boleh terima,


tapi,
tapi,
tapi,
..
..
..
..
..
..
..
..


pic ni tak boleh blah.
hengat katak tu nasi ke ?
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..






ok.
dah.

byebye.
ngok betul, cerita tergantung, tapi saya peduli apa.
HAHA. ok, da, da, da,

byebye.


p/s:gila lama nak uplod pic ni semua.
gila lembab streamyx ni !
erk, aku pun dah jadi gila ni !


4.10.09

memang menyebalkan,

start//4:20pm


geram gila.
baru nak bersuka ria dekat rumah kawan
tersayang, ada org pulak yang dah spoilkan
kegembiraan itu.

memang tak boleh blah betul.

'kau dah tentu tentu bersuka ria tiap minggu,
aku baru sekali nak keluar, kau dah spoilkan mood
aku. tak boleh tengok aku senang ?'

eeeeee...
geram. geram.
suka sangat buat orang lain marah.

angry by raccoonpaw

ada otak tak nak guna.
buat sesuatu tanpa berfikir, ini akibatnya.
padan muka kau !

yang tak memasalnya,
dengan aku aku sekalu kene tempias.
fuhhhhh, sabar, sabar.

sabar doe..
karang kene darah tinggi pulak.


erm,
korang mesti tak faham baca entry saya ni. HAHA

ini hanya luahan hati saya sahaja.
dah, malas nak fikir banyak bayak.
buat sakit hati.


hidup kene gembira ok.

erk,
saya just nak cakap GOOD LUCK untuk budak budak
yang nak PMR.

korang, korang,
GOOD LUCK ok. korang mesti boleh buat punya.

rasa macam banyak je nak menyebut nama nama
budak budak ni semua. HEHE

jadi, anda faham faham je lah ea sape diri anda tue.
sedar tau yang anda semua kene berjuang.
walaupun hanya PMR, result PMR ni lah akan
menentukan hala tuju kita untuk mencapai cita cita.


bila dah menyesal macam akak,
dah tak guna.
'nasi dah jadi bubur'. HEHE

itu sahaja motif entry kali ini.

byebye.


p/s:kembali hidup ! :D


2.10.09

bergantung,

start//11:22pm


erk, mood : hopeless !

saya takut. sumpah saya takut.
rasa macam kecewa gila.
ini mungkin salah saya juga.

saya tak nak hidup bergantung dengan ubat
ubatan sahaja.
saya tak nak !!

nasib baik mama ada.

mama penasihat saya yang terbaik daripada
dulu sampai sekarang dan sampai bila bila.

sebelum ni saya selalu rasa mama macam
manjakan adik adik saya lebih lebih.
tapi hakikatnya, saya yang paling dimanjakan.

bila dah rasa keadaan macamni,
baru saya terbangun daripada mimpi, sedar
yang mama sayang anak anak dia sama sahaja.

tak ada yang lebih atau yang kurang.

saya je yang tak reti bersyukur.

ok.
saya malas mahu buka pekung di dada.

tapi saya bukanlah baik sangat atau alim sangat.
jahat sangat pun tak lah.

tapi elemen jahat itu sure ada dalam diri saya.
biasalah, budak budak.

ok.
mata sudah berat.

kalau saya fikir mende ni dalam sedalam
dalamnya, akan menyesakkan jiwa saya.
dan sudah semestinya saya akan menyesal
tak sudah sudah.

menyesal sebab tak ikut cakap mama.

tengoklah, menyesal je yang tahu saya ungkapkan
pada waktu sekarang ni. T__________T

Yuck! by Elizabeth Salib

p/s:saya memang benci telan pil !
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License