27.8.09

Roti jala.

start//8:56pm


ehem, ehem.
hari ni dah enam hari kita perpuasa.

semalam saya jalan jalan kat blog kak ynaa.
saya lihat entry berbuka puasa dia.
sangat menggiurkan ok. HAHA

erk,
..
..
..
..
..
..
..


tak de apa apa.

saya pun teringin jagak nak makan roti jala tue.
lepas tue,
'mama,, esok buat roti jala nak ?'
'orait'
HAHA

mesej saya dibalas.
saya mesej mama jer,
sebab masa tue mama dah ada dalam bilik. HEHE
masa untuk beradu la katakan. :P

hari ni, petang tadi,
saya pun buatlah roti jala tue.

lihatlah yer,
kak ynaa, jemput lihat...

jangan pekat sangat. nanti tersumbat.



ni air tangan saya yer. kuali panas jer, terus saya buat.

ni mama yang buat. HEHE

banyak. bg jiran pun ok.

diharuskan makan dengan kari ayam sedap. :P


emmmmmmmmm...
masih terasa keenakan nya. HAHA

selain roti jala ni,
mama buat gerang asam daging, ikan tiga rasa.
makan dengan nasi. wajib ada kicap merah. (:

kenyang. tak larat nak sumbat banyak banyak.
makan sikit jer. kata nak kurus. =.='

kuih pun saya tak makan. kenyang lah.
makan banyak banyak masa berbuka tak elok yer.

dah lah.
nak tutup cerita pasal makanan.



hari ni birthday abah.
SELAMAT HARI JADI ABAH.
abah dah tua.

hari jadi yang ke-47.
semoga abah sentiasa sihat dan blablablabla.

panjang ucapan saya.
biar abah je lah tahu apa saya cakap.

hadiah pun,
biar abah jer tahu apa yang kteorang adik
beradik ngan mama bagi. HAHA
*senyummmmmmmmmmmmmmm


tak lupa jugak,

MERDEKA !!

eh, tiba tiba jer.

tak sabar tunggu 31OGOS.

byebye

p/s:ni last entry untuk bulan ni. dah 15 la. tunggu bulan depan ok.


25.8.09

kenapa awak tak senyum ?

start//10:39pm


'senyumlah, senyumlah, ahai cek mek molek.'
HAHA

saya dapat ilham untuk buat entry ni selepas dapat email dari kakak angkat tersayang saya, kak zura. HEHE

sebelum itu, tengoklah video kat bawah nie. penat saya search. sebenarnya saya tak jumpa video yang saya nak. tapi terjumpa nie. layan je lah. cute meyh video ni. :P






sekarang dipersilakan baca fakta di bawah ini. tak nak baca sudah. saya tak paksa. secara rela hati ok.


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  • lepas ni saya nak senyum jer. tak payah penat penat nak jogging jogging segala. HEHE

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  • senyum boleh buat kita sihat ok.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  • kalau saya marah, saya cuba senyum. (:

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  • jangan terlebih senyum sudah. gila. HAHA

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  • nak ketawa 300 kali. jangan lupa catat berapa kali dah ketawa. :P

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  • betul tue betul. tapi kanak kanak apa diorang tahu. main jer tahu le. bukan orang dewasa macam kita. wah ! :D

    Laugh by *teggie*
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

Smile! by Ronaldo F Cabuhat

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  • mengurangkan risiko sakit jantung ; ketawa. HAHAHA

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  • sebelum belajar saya nak senyum dan gelak.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Burning Man Oil Rig Explodes into a 300+ ft Fire Ball / Mushroom Cloud at Burning Man 2007 by HabitForming

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
"SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".


sudah baca ? tak baca ? ok. tak apa. saya tak kesah. saya nak senyum dan gelak lah. sepanjang saya edit entry ni, mmg saya tengah senyum. teheeeee.. byebye.



p/s:terasa nak menyepikan diri.

24.8.09

puasa ketiga.

start//8:50pm



hari ni berjalan seperti biasa.
terasa penat.
sebab daripada tengah hari tolong mama
menyibuk dekat dapur. HEHE

hari ni makan nasi dengan lauk.
cuma, ditambah dengan kuih epok epok.
dan kuih bazaar yang tak sedap ++ hampeh.
tak nak beli lagi !

erm,

tengok lah sendiri pic dekat bawah ni.
saya malas nak cite banyak banyak.
*senyum terpaksa.





leceh gila nak menggentel mende ni.
dah lah kene buat sorang sorang.

tak pe.
sabar je lah.
masuk perut saya gak.

esok nak masak kuih apa pulak ea ?
tunggu lah esok.
kalau ada,
saya tunjuk. (:

esok pagi sampai tengah hari mama keluar.
kene pergi buat exam.
tinggal lagi dekat rumah.
nampaknya, lambat sikit masak esok.

erm,
tiba tiba tekak kempunan mende alah ni.


sedapnya.
kembang tekak. HEHE


ok.
malas nak berpura pura.

saya tak tahu kenapa tiba tiba bila saya lihat
sesuatu*tak dapat dinyatakan,
saya terasa hati dan sedih.

rasa macam diri saya je yang melebih lebih
dan mengagung agungkan persahabatan itu.
padahal dia seperti biasa jer.

tak apa.
saya ikhlas berkawan dengan dia.
dan saya sayangkan persahabatan yang terjalin itu.
saya kene senyum.


bulan puasa ni hati saya terasa tenang.
saya suka macamni.

kalau tak.
mmg sumpah hati ni menggila tak keruan.
macam haper je.
semoga perasaan ini kekal berterusan.

amin.


p/s:saya bukan mengada ngada dan buat buat.

21.8.09

esok saya mati ? kalau,

start//10:27pm


jika,

kamu, kamu, dan kamu tahu yang kamu
akan meninggalkan dunia yang seketika ini,
apa kamu akan buat ?

What are these? by amateur_photo_bore

seandainya,

awak, awak, dan awak,
terpaksa juga pergi ke suatu tempat yang
awak tak tahu ke mana arah tuju nasib awak
tanpa kerelaan awak,
apa awak buat ?


kalau,

kau, kau, dan kau,
tahu bahawa orang yang kau sayang sangat
akan pergi buat selama lamanya, tinggalkan kau,
kau akan pergi menghalang kan ?
tapi, mampukah kau ?

344/365.unhappy girl dying in a prison of her own device. by Emily Christine.



selalu saya dengar orang akan berkata begini,
'esok nak buat apa ek ?'

jarang saya dengar orang kata begini,
'kalaulah esok aku dah tak dapat menghirup
udara yang segar esok, cmana ek ?'


saya tidak terkecuali daripada dua golongan di atas.
eleh,

tapi sekejap jer saya macam tue,
esok esok,
saya lupa balik.

sekali sekala saya terfikir,
merembes juga air mata murah ni.

manusia memang pelupa.
tak dapat dinafikan lagi.
sekali sekala kita wajib muhasabah diri.


kalau semua manusia tahu bila dia nak
tinggalkan dunia ni,
mesti beberapa hari sebelum tu,
dia akan berdoa dan bertaubat sepanjang masa
tanpa makan dan minum.

sebab itulah kita tak tahu bila waktunya kita mati.
supaya kita sentiasa ingat ALLAH.
sentiasa beribadat.
tanpa melupakan DIA.

ni ustaz saya kata,
'kamu tahu tak, kita ni sebagai umat DIA,
semasa nak minta sesuatu daripada DIA pun kita
guna KAU aku. tak ke kurang ajar ?'

heh
itu saya no komen.

ok. ok.
sebenarnya saya ni merepek.
saya tak tahu kenapa saya buat entry macamni.

apa apa pun,

di bulan RAMADHAN, bulan yang mulia ini,
saya nak mohon maaf dulu kepada sesiapa
yang pernah saya sakitkan hati, atau apa apa
je lah, secara sengaja atau tidak sengaja.

semoga amalan kita di bulan mulia ini diterima
oleh ALLAH. dan lipat gandakan lah amalan kita
dalam bulan mulia ini.

Happy Ramadhan by SomeOne You Know

oppssss...
bukan bulan RAMADHAN je.
bulan bulan lain pun sama yer.


oleh itu,

SELAMAT BERPUASA.

fadhilah.


20.8.09

gangguan seksual,

start//10:04pm

kalau korang kene gangguan seksual
secara sengaja atau tidak sengaja atau
saja saja nak bergurau,

tapi tetap dipanggil gangguan seksual,
apa korang buat ?

menangis ?

bagi tahu kawan?

bagi tahu family ?

atau apa ?

korang akan buat apa ?



mood:kecelaruan mental.


p/s:esok tak puasa. aku kecewa. T_T

17.8.09

tengok nie !! akhirnya,

start//5:53pm


wahahahhahahahahaha..
sungguh teruja.
gelak. gelak.

akhirnya,,
tengok bawah nie..


..
..
..
..




hahahahha..
mula mula tak perasan.

yang saya perasan ialah jumlah visitors yang
semakin menjunam jatuh ke dalam gaung yang
penuh semak samun.

lepas tue,

e'eh.
saya nampak ada nombor yang ganjil pulak.

biasanya nampak telur bujur jer.
haha

suka nya saya.

perasaan dibawah ini ada kene mengena.
saya dah delete.
bye

p/s:
saya terkilan sungguh !

13.8.09

mungkin kerana terpaksa.

start:5:09pm


penat giler hari ni.
balik pukul empat lebih.
phewwwww, mama meeting.

ish, ish.
makin takut dengan H1N1.
hari ni tak silap dah mencecah lima puluh
orang yang terkorban.
angka yang agak tinggi.


ok. ok.
malas nak cakap pasal nie lagi.
buat hidup dalam ketakutan jer.


ehem, ehem,

akhirnya,
sekolah saya,
SMK BUKIT BARU.
menjadi sekolah harian cemerlang
peringkat kebangsaan
. wehuuuuuu.
tak sangka gila. haha

treble clef - Bottlecap earrings by CrankyPickle

lepas ni mesti ada habuan yang
akan diterima.
jasa budak budak muzik tak dilupakan.
=]


erm,,,,
apa lagi yang saya nak cakap ek ?
tadi bukan main lagi kepala hotak
ni ligat beputar.
sekarang tak terkeluar pulak.

berhenti sejenak.
berfikir.

--------------------------------------------------------

hurm,

nak story pasal kawan.

kesian kawan saya.
kawan BAIK saya.
dia sekolah lain.

sekarang dia sorang sorang jer.
pakwe dia dah pindah sekolah.
ikut family.
kawan kawan yang lain semua dengki
dengan dia sebab markah exam dia
melambung lambung.

jealous la kiranya ni.

lepas tue,
bila tak puas hati dengan kawan saya ni,
diaorang pergi sebarkan mende mende
yang buruk pasal kawan saya.

kesian dia.
tapi saya tak tahu apa yang saya boleh buat.
yang saya boleh tolong,
hanya bagi nasihat supaya tak give up je.

huh.
budak budak yang dengki dengan dia tue,
dulu semua kawan baik dia.
memang tak sangka betul.

Fuck you by regulus21


hidup nie memang ada pasang surunya.
kejap kita dekat atas,
kejap kita dibawah.

saya juga sedang menerima hakikat.
memang payah menelan perkara yang pahit.

tapi kita mesti !


10.8.09

nak mati sangat ke ?

start//4:13pm


penat nyer sekolah.
sakit sakit kepala yang amat,
saya pergi jugak sekolah.

masa kat sekolah tadi,
ada kes.

ada kakak form 123456 meroyan kut.
hehe. entah lah.
yang saya tahu, dia menangis, melalak,
bawak pisau ke gunting masuk dalam toilet.

dia kunci pintu toilet.
meraung. dia buat apa agaknya erk ?


ada lah tue masalah dia.
mungkin masalah teman lelaki.
siapa tahu.

Couple in Love #2 by pbeens


tapi tak kan lah sebab masalah pelajaran
sampai dia nak buat cam tu ek.
tak mungkin. tak mungkin. haha
kalau ye pun, fuyooooo, mmg hevat.

ish,
apalah. mungkin dia nak hiris tangan dia kut.
semua cikgu pujuk dia.
tapi saya tak tahu lah apa kesudahannya.
haha

Thoughts Of Suicide by idolumvisions


esok kut saya tahu apa yang jadi seterusnya..

apa apa pun,
tak payahlah sampai nak menyusahkan orang lain.

sebab dia jer, cikgu kene tinggalkan kelas
untuk pujuk dia.
sebab dia jugak, semua kawan kawan dia
tak dapat teruskan pelajaran.

tak patut. tak patut.
lain kali,
kalau nak buat macam tue,
tunggu lepas keluar dari sekolah.
nak hiris lengan ke, nadi ke, leher ke,
suka hati... :P

tak baik saya cakap macamni.

ermmmm,
saya pun pernah mengalamai situasi ni.
susah tau nak pujuk orang yang dah
hilang akal kejap ni.
nak pujuk dia,
hampir satu jam lebih.
tak ke menyusahkan tue ?

apa apa je lah.


konklusinya,

sebelum nak buat sesuatu,
fikirkan akibatnya kepada diri sendiri dan
orang yang tersayang.


p/s:pening saya fikir nak buat entry apa.


6.8.09

kad hari jadi.

start//4:44pm


penatnya sekolah. hari ni mood, agak kurang manis. mungkin dah sedap bercuti sampai seminggu. kelas pun sunyi sebab ramai tak datang. ramai gak kawan kawan yang sakit. kesian~~

berbalik kepada kad hari jadi. masa birthday saya tiga minggu yang lalu, saya dapat kad. kad daripada kawan yer. warna dia hijau. eeeeeeee.. saya tak suka hijau. kad buatan sendiri yer.

walaupun saya tak suka rupa kad tue, tapi saya suka isi kad tue. banyak kali tau saya baca. tak panjang pun isi kad tue. pendek jer.

" ada masa kita perlu menangis, agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa. ada masa kita perlu ketawa, agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata........... ada masa kita perlu ada seorang teman agar kita tidak kesunyian tetapi ada masa, kesunyian itu membuat kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang teman. "

[kad hijau]

hehe. tu je lah yang saya nak cakap pasal kad tue. tak ada apa apa lagi. tengok gambar yang saya tempek kat bawah ni pulak. :P

[klik untuk tumbesaran]


jerebu yang sangat teruk. naaaahh~~ tak jelas sangat lah. snap picture ni pukul tujuh pagi. sebelum pergi sekolah. heeeeee..


p/s:cikgu cakap ada sekolah ganti. cuti raya mungkin dipendekkan. WTF !!


#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License