30.7.09

sakit kepala.

start//3:49pm


baru balik sekolah.
panas. penat.

sakit kepala lagi.

akhirnya,

DIMAKLUMKAN ;
SMK BUKIT BARU ditutup selama seminggu.

Exit But No Entry. by Yiping Lim

apa ?!!

haha

a'ah.
sekolah dah pun kene tutup.
actually tak tahu pun apa yang jadi.

tiba tiba je ada nurse datang and check
suhu badan semua budak. lepastu,
semua cikgu pakai mask.

lepas tue dalam pukul dua
camtu ada perhimpunan.
pastu, GPK 1 cakap, sekolah kene tutup.

banyak dah sekolah dekat melaka
ni dah kene tutup.
tak silap saya adalah dalam lima
atau enam buah sekolah.
dan,
ini amat menakutkan !


PERASAAN lepas sekolah ditutup;
'ambik kau ! nak sangat sekolah tutup !'

bosan kut.
konsert ditangguhkan.
seminar tak boleh pergi.
apa apa penyertaan dalam pertandingan
yang berlangsung dalam masa seminggu ni
DIBATALKAN. huh
kesian budak budak yang nak PMR, SPM & STPM.
tak boleh belajar.



dah tak reti nak cakap apa lagi.

memerap je lah kat rumah seminggu ni !


bye.


p/s:kesian kat kawan kawan saya yang disyaki
kene HsatuNsatu ni !


27.7.09

kenapa kau macam ni ?

start//4:30pm


kenapa kau macam ni yerk ?

aku tak tahu pulak kau hanya nak kawan
dengan anak orang kaya yang cantik dan
'terlalu' pandai.
'tapi tak de lah pandai mana pun'. haha

kau ni mata duitan ok.

aku memang tak sangka kau macam tue.
rupa paras kau langsung tak mencerminkan
keperibadian kau.
kau sebenarnya,,,
aku tak tahu apa yang patut aku cakap.

sebab aku pun bukanlah sempurna mana pun.

tapi,
kau jangan ingat,
aku macam ni, aku sangat sengkek.

aku tak perlu nak menunjuk nunjuk untuk
dapatkan seorang kawan macam kau.

lepas aku dah dengar segala perangai kau,
jangan harap aku nak biarkan diri aku
diperkotak katik oleh kau lagi.
jangan harap kau boleh menengking nengking
aku lagi.

pretty (ugly before) by sasha (www.birdsflyphotography.com)

kau ingat kau dah terlalu pandai ?
atau kaya ?
atau glamour sangat nak pilih pilih kawan
macam apa yang kau nak ?

come on lah.
sedar diri dulu.
aku tak rasa menyesal hilang kawan yang
jenis macam kau.

kau kene terima dulu diri kau seadanya.
barulah agaknya kau boleh terima orang lain.

kau jangan pandang budak budak ICT
atau sastera sebelah mata jer.
silap silap hari bulan esok,
diorang lagi hebat daripada kau.

kau tak rasa macam bersalah atau malu ke
bila kau hiraukan 'kawan kawan' lama kau
yang sekarang ni tak ambik aliran sains ?
apa kau rasa budak sains tue dah cukup bagus ?

anggapan kau 100% salah.
aku rasa kau tak perlu malu untuk kawan
dengan mereka mereka.
even aku pun,
lebih selesa kawan dengan diorang,
daripada kawan dengan budak budak yang
hipokrit nak mampus.

apa apa pun,
kau kene sedar diri dulu ok.

---------------------------------------------------------

saya tak sanggup nak luahkan apa yang
terbuku di hati saya sekarang ni dekat dia.

apa yang saya boleh buat sekarang ni hanya
berdiam diri dan tegur sikit sikit.
biarlah dia dengan cara dia sendiri.

saya tak mahu sebab teguran saya macam ni,
yang belum saya luahkan ni,
akan merosakkan perhubungan sebagai teman
antara dia dan kawan baik saya.

biarkan masa yang menentukan.

Oh my God! by el10go



p/s:ada jugak manusia macamni !!



16.7.09

Perasaan saya ??

start//5:12pm

saya teringin sekali menyatakan perasaan perasaan saya di kala ini. entah kenapa, apa yang saya nak taip kali ni dah lama bermain main di kotak fikiran saya. ok. saya bukan buat karangan yer. hehe. ok, saya teruskan.

PERASAAN PERTAMA ;
ye. saya sedang berperang dengan perasaan sabar. saya kene sabar. tak semudah ABC untuk saya dapatkan sesuatu. saya kene susah dahulu. tapi kadang kadang sabar saya pun ada batas. dengan alasan yang tak masuk akal, saya rasa senang je nak melenting sebab saya tak dapat apa yang saya nak. apa yang saya nak kan ? biar saya sebagai tuan badan je tahu :)

PERASAAN KEDUA ;
sekarang ni juga, perasaan takut atau gementar juga sedang membelenggu fikiran saya. minggu depan exam. exam lagi ? ye. saya pun tak tahu apa kejadahnya buat exam lagi. tunggu je lah sampai akhir tahun pulak. TAPI insyaALLAH, saya boleh kalau saya buat preparation. hanya meminta doa kalian. terima kasih. AMIN.

… by mr phillip

PERASAAN KETIGA ;
sumpah sakit hati ni bila dikecewakan. saya betul betul tak suka @ kecawa dengan sikap kawan saya. ye, semua manusia tidak sempurna. jadi saya perlu menerima mereka seadanya. dan saya sendiri pun tidak sempurna. ada juga melakukan kesilapan. tapi apa apa pun, saya try juga untuk teruskan persahabatan saya dengan dia. perempuan sama perampuan yang keras kepala, ego !! saya tahu saya patut mengalah tapi not fair lah kalau salah dia, saya jugak yang kene minta maaf. macam budak kecik je saya rasa. yup, saya memang budak lagi.

PERASAAN KEEMPAT ;
marah dengan adik itu biasa. tapi kalau sampai bertakung takung air mata sebab marah tu nak panggil apa ?? tak tahan gila dengan diorang. tapi air yang dicincang tak akan putus. 'saya dah keluarkan peribahasa pulak ni..'. walau apa yang jadi pun, saya tetap sayang adik adik saya. tak ada siapa pun yang boleh gantikan budak dua ekor tue. saya lebih percayakan diorang daripada kawan baik saya sendiri. saya akan ingat sampai bila bila apa yang abah cakap. 'adik beradik yang akan tolong kita bila time kita susah, tetapi bukan kawan kita !! susah nak dapat kawan yang sebaik adik beradik kita'. (:

PERASAAN KELIMA ;
bila lah saya dapat jumpa balik kawan kawan saya. saya rindu dengan diorang. diorang tue ingat ke kat saya ?? heeeee. mestilah ingat. mesej tak pernah putus. apa apa still sama sama story. harap mereka berjaya dekat sekolah tue. nanti cuti cuti panjang kita jalan jalan sampai putus kaki. haha

73/365-some best friend love. (explore!) by micaela ivette

PERASAAN KEENAM ;
kali ni saya tak tahu nak cakap ni perasaan apa. kosong je. saya tak rasa apa apa pun semalam. semalam dorang semua wish selamat hari tua dekat saya. apa yang saya boleh kata ? terima kasih je lah. jap, ni listnya :
  • firdaus, terima kasih sebab bg purse tue. aku tak sangka doe. haha
  • hanis, walaupun kita jauh tapi kau tetap ingat kat aku. thanx kawan.
  • sharmila, thanx sebab belanja wafer milo dengan kacang sambal tue. sampai tak termakan kiter. awak dah bazirkan dekat RM4 tahu ?? (:
  • kak zura, terima kasih wish. nanti nak pos hadiah bagi tahu yer.
  • shagina, thanx for da wish.
  • rina, aku tunggu. kau dah janji. hehe
  • wei wen, kau ucap je ? hadiah mana ? tahulah tahun lepas aku tak bagi kau hadiah. haha. tak pe. aku tahu kau sibuk uruskan konsert.
  • JAFINA, aku tahu hadiah kau akan menyusul. terima kasih sebab wish.
  • swee kee, cmana lah kau boleh ingat tarikh lahir aku ?? hehe
  • ezureen, thanx sebab jerit daripada bawah happy birthday kat aku walaupun aku dekat tingkat dua. malu ngok.
berhenti sekejap. penat lah nak taip banyak banyak. senang senang, saya taip macamni. TERIMA KASIH DEKAT BEBUDAK 4SAINS1 SEBAB WISH KAT AKU. BUKAN BEBUDAK 4SAINS1 JE YE, TAPI MEREKA YANG INGAT HARI TUA SAYA. terharu siot. haha

sweet sixteen crown cupcake by two parts sugar

tapi tulah. hari semalam saya memang tak ada perasaan langsung. happy tak, sedih pun tak. bila orang tegur, saya senyum jer. (: saya tertekan. sebab apa ?? tak perlu share. tak ada sapa pun yang perlu tahu.

ok. dah panjang gila saya bebel. saya perlu stop di sini. byebye.



'ada ke yang mengambil tahu tentang perasaan saya ni ??'
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License