27.4.09

munajat cinta.

start//7:19pm


Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

[Chorus]

[Interlude]

[Chorus] (x2)


sekadar simpanan sendiri.
ni lirik lagu yang saya tempek dekat blog saya.
yang youtube tue.

best.best

^-^

26.4.09

selsema babi

start//9:04pm

sebenarnya nama dia flu khinzir.
takot saya dengar.
gerun.
geli pun ada.

dengar berita ni masa tengok berita.
ye ke?
ntah.lupa sudah..
betul kot..

mmg agak mengejutkan dan mengerikan.

selsema ni dah merebak dekat mexico..
dah duapuluh orang mati.
virus ni gabungan unsur genetik
daripada khinzir, burung dan manusia.
saintis tak pernah lagi jumpa virus ni..
baru sekarang dorang jumpa.

Three little pigs by Bigbird3

buat masa ni,,belum wujud lagi vaksin yang boleh
bertindak dengan virus nie.
yang paling saya takut,,
virus nie boleh merebak keseluruh dunia..
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
mintak mintak tidak..
amin..amin..


ni ada sedikit info:

Pakar wabak selsema dari Universiti Michigan,
Dr. Arnold Monto berpendapat bahawa
sebelum ini memang wujud kes virus
selsema khinzir di dalam badan manusia
hasil dari hubungan terus di antara
manusia dan khinzir.
Menurutnya yang ini agak berbeza.


Centre of Disease Control (CDC) di Amerika
Syarikat berpendapat, terdapat kombinasi
unit virus yang dijumpai ini kerana segmen
genetiknya tidak pernah dijumpai pada mana-mana
khinzir mahupun manusia.

Virus ini mempunyai campuran segmen
genetik daripada manusia,
segmen virus selsema burung dari Utara Amerika
dan virus khinzir dari Eropah, Asia dan Amerika Utara.


Virus yang baru ini dijangka boleh membunuh
ramai manusia dan merebak dengan cepat kerana
hibrid kombinasi genetiknya unik dan
manusia masih belum boleh menghasilkan
antibodi semulajadi untuk melawan
virus ini dalam masa yang begitu singkat.


Yang boleh menyebabkan ia tersebar sekiranya
kita mengimport khinzir-khinzir hidup dari
luar negara, atau khinzir di Malaysia terkena
virus selsema ini dan merebakkannya kepada manusia.

ada hikmah orang islam diharamkan makan khinzir.


"ya allah ya tuhanku, kau hindari lah negara kami ini
daripada wabak yang sungguh menakutkan nie"
amin.amin




p/s:info info ni daripada pak yahoo ye..


23.4.09

kepelikan.

start//4:55pm




July27-day188of365 by mickeysacks


hari ni saya kepelikan.
apakah maksud saya?

entah.
secara jujurnya saya pun tak tahu.
tiba tiba je perkataan tue muncul
dalam benak fikiran saya.

mmg agak kepelikan sedikit...

dah sebut sebut perkataan pelik nie,,
saya saja saja la nak taip pasal mende yang saya
pelikkan sangat nie...


saya pelik,
kenapa makin hari saya rasa makin bosan.

kenapa makin hari saya rasa hidup tak ada
arah tuju.

kenapa makin hari saya rasa makin tak berguna.

kenapa perlu ada sekolah.

kenapa perlu ada duit.

kenapa perlu ada syaitan.

kenapa dunia kene ada masalah.

kenapa saya dilahirkan.


ahahahahahaha,,
soalan soalan yang agak tak masuk akal di situ ye.

dose gila saya rasa bila
pertanyaan demi pertanyaan itu
muncul dalam jiwa saya.



banyak lagi sebenarnya yang saya pelikkan.
tapi saya malas gila nak taip pertanyaan pertanyaan
bodoh dan boleh mengundang rasa menyampah orang
lain bila baca blog saya..

kesudahannya,
biar saya seorang yang pecahkan kepala otak
fikirkan perkataan pelik dan kenapa tue..
hehe



hari ini

penat.
sibuk.
gila.
ceria.
lucah.
pening.
huru-hara.
memekak.
bosan.
merayau.
blur.
matematika.
bahasa.
senyum.
tension.


ni lah yang saya boleh perkatakan tentang hari
saya hari ini.

ngahahahahahahah..
gila geli bila ingat apa yang jadi kat sekolah tadi.


dah dah.
panjang sudah saya membebel.


yang penting saya nak bg tahu,

logarithm itu fening.


log2 by efrumtheidiot



kecik nota:addmath buat saya mula gila.
tapi saya suka!!
haha




20.4.09

mula rasa bosan.

start//6:58pm



Go to fullsize image

saya sudah mula rasa bosan.
bosan dengan friendster.
makin lama,
makin hambar.
hak3~

korang pulak cmana ek?
masih rasa frenster itu besh?


baik beralih arah ke facebook lak..
rasa rasa,,,
facebook lagi besh..
hehe

Go to fullsize image

saya baru ada akaun facebook.
memang agak ketinggalan zaman yek saya..

tapi akhirnya,
saya sudah ada.
hehe

tak ada mende lagi yang saya nak bebelkan,

cuma

saya sedang tertekan..
sejak akhir akhir ni,,
banyak gila no yang saya tak kenal,,
mesej mesej and miscall saya..


ada sesetengah tue send mesej mesej lucah.



geram gila sampai rasa macam nak tuka no phone.
tapi sayang la kat no tue.
no tue ada orang bagi.
arghhhhhhh.

saya kene sabar !!

buat bodoh sudah.
biarkan orang orang gila atau
lagi senang saya panggil binatang
hidup dalam dunia mereka sendiri.


saya rasa macam nak publishkan je number
number diorang.
tapi nanti saya jugak yang susah balik.
jadi tak payah la..
tak perlu dilayan orang yang macam tak sekolah tue.

habis cerita.

bye

p/s:tuhan itu maha adil.

19.4.09

apa ni*

start//11:19am



cuba korang nengok...




agak agak la kan,,,
kat mana mende ni merempat???

sakit siot...
arghhhhh...


semalam komputer tiba tiba tak boleh on..
agak kesialan di situ...

:[


16.4.09

sekitar forum.

start//6:02pm


sorry atas kelewatan update blog..
hehe
tak seperti yang dijanjikan..

apa apa pun,,
saya dah pun update...
jadi,,,
teruskan membaca kalau mahu..

kalau tak mahu boleh blah yer..
terima kasih.



tak banyak pun pic yang dapat di snap,,
sbb camera lambat sampai..
cikgu le lembab!

dan...dan....

masa group saya berforum,,,
camera belum sampai.
jadi tiadalah pic saya dan group saya..
benci!


seram sejuk time tue..
hik3~

dan...
dan....

team saya dapat no. 2..
ni semua sebab saya dan kawan saya agak tergagap sikit.
ngahahahahahhaha....

malu giler gak time tue..


tapi cikgu cakap isi kteorg bagus,,,
cuma....
tulah..
penyampaian kteorang..
hehe



dan..
dan...
salah seorang budak team saya,
menang best speaker..
rugi saya tak percayakan dia..

last last saya tak dapat apa pun.
suruh dia relaxxx,,
saya yang gelabah..

suruh dia jgn gagap,,
saya yang tergagap gagap n tersasul sikit.

hehe
dah lah.
malas nak cakapa lagi..
tengok je la pic pic kat bawah ni yer..


[farahin,saya,jafina]


[saya,jafina]


[team no berapa ntah]


[team no 3]


[lagi pic dowang]

[syiera,acara selingan]


[berusaha baiki hubungan]


elektrik tak ada..
jadi tak payah guna microphone...
selamat...

pertandingan ni buat dekat kelas je..
kelas yang buruk..
harap maklum..
ahahahahha...


takde la berapa gempak pun kan..
biasa biasa je..
ehehehehehe


nak tamatkan entry..
kejap lagi ada tuisyen..
kimia!

benci kimia.
susah dan pening!


ahhhhhhhhhh!!




14.4.09

mengucap.

start//9:09pm


ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
benci !! benci !!

apasal aku g restore back up phone aku??
macam babi jerk..

habis mesej mesej aku hilang !!
number number hilang..

bodoh !! bodoh !!

asstaghfirullahalazim..
mengucap mengucap**

fuhhhhh...
sakit gila hati aku...



blog akan di update esok tentang forum yang
berlangsung tadi.....


zzZZzzzZZzZZZzZ........




12.4.09

hilang mood.

start//9:35pm


hilang sudah mood aku nak pi hospital..
wakakakakakkaka..

minggu depan abang tue da duty kat wad lain.
wad kanak kanak pulak.
siap lagi janji dengan nenek akan melawat
nenek tiap tiap hari.
bhahahahhahahahhaha...

nenek kata,,
dia siap cium nenek semalam...
sbb semalam last dia kerje kat wad nenek..
hahahahahaha...

gatal.gatal


lepas ni dah tak dapat tgk muka dia lagi.
bulan enam balik sabah.
nenek pun nanti dah keluar hospital.
hahahahahahah

entry ni saje suka suka ye.
tak ada motif.


terima kasih.
.tamat.



p/s:tension siapkan essay.


TOLONG!!




11.4.09

akhirnya**

start//11:15pm


akhirnya dia terkeluar.
akhirnya!!
akhirnya!!





baru nak kene puji dah terkeluar.
TAPI
akhirnya!!

wakakakakaka..
fikir la ayat seterusnya.




nota tecik:gila.


nenek ohh nenek

start//9:04pm


*cik abar[mama]
*nenek[nenek saya]
*ami[busu]
*nurse[safawie]

situasi 1;
mama:ada apa call?
sape ntah:nenek sakit.
mama:nanti cik abar datang.

situasi 2;
mama:mak dah pergi klinik?
nenek:dah.
mama:jum duk rumah abar.
nenek:tak payah la.nanti ayam itik sape nak jaga?
mama:biar orang sebelah jaga.

situasi 3;
mama:mak makan la sikit..
nenek:tak ada selera.nanti muntah.
mama:makan jugak.nanti mak lambat sihat.
*nenek makan sikit. lepas tue uwekzzzz.. muntah.

situasi 4;
mama:ami,,pujuk la mak makan.dia tak nak makan.
busu:bagi phone pada emak.
nenek:mi,,balik la nak.mak sakit.
busu:nanti ami balik.
*busu duduk kat pulau pinang esok pagi busu sampai.

situasi 5;
saya tak ada di tempat kejadian.hanya mendengar dan meneliti sahaja.
busu:kita pergi hospital ye mak.
nenek:tak payah la.
*busu macam nak nangis.
nenek:ye la.mak pergi.

situasi 6;
kteorang adik beradik:hye nek.
nenek:abah mana?
saya:keje le nek.

mata saya melilau tiada arah tuju. then mataku terhenti pada susuk tubuh seorang nurse lelaki.. wakakakakkakakkakka..hensem gila. comel. tengok je kat dia. nak tau apa terjadi? sambung baca lagi.

situasi 7;
mama:mak dah makan?
nenek:dah.semalam mak bagi safawie bekal yang kau bawak tue.
saya:nenek bagi dia?
nenek:a'ah..
*terpegun seketika.bhahahhahahahhahaha...

situasi 8;
nurse[safawie]:nenek ok?
nenek:ok.
nurse:meh saya basahkan tuala tue.
nenek:terima kasih.kau orang mana nak?
nurse:sabah nek.
*lepas tue saya tak tahu la..tak de ditempat kejadian. tapi yang pasti, seisi suai kenal pun berlangsung.


tau tau je, nenek cakap, abang ni anak angkat nenek tau. budak baik. itulah, inilah. wakakakakakaka. segan gila saya. abang tue sengih je. tapikan,,, abang tue memang comel, n soft spoken. ye la kan. kalau tak tak kan dia jadi nurse. dak nenek pulak siap bagi dia bekal lagi. nenek kata kesian dia, dia duduk asrama. lepas balik ni nanti nak kene masak. nenek bagi ar bekal yang kteorang bawak tue. cam tu pulak ea.


abang tue lak bukan main lagi layan dak nenek. bhahahahahhahaha. siap 'ajak ajak ayam' dak nenek ikut dia balik sabah. siot gila. dak nenek pulak, bukan main segar duk hospital. ada orang layan semua. bagi makan ubat. sebab tue sihat. masuk hari ni, dah dekat seminggu jugak lah nenek duduk hospital.

tak pe, duduk lama lama nek. saya pun semakin rajin datang hospital. bukan nak nengok nenek pun. nak nengok abang hensem. hahahahahahahhaha. bangang. tengok ar pic abang ni. gambar curi. bhahahahahahaha... ampun~~~











kerje jahat. terima kasih sebab baca entry yang sememangnye tak berfaedah ni. nampaknya entry ni macam menunjukkan sedikit kegatalan saya. hehehehehe. tak de maknanya. main main je lah. bulan enam nanti dia dah balik sabah. tengok, saya tahu tau. nyiahahahahahahah. nak tamatkan cerita ini.tamat sudah.



p/s:gatal gila minah ni.
p/s/s:tak peduli.suka hati la kan apa aku nak buat.

p/s/s/s:sory pada sesiapa yang kenal abang ni yerk. jgn marah.

6.4.09

god is a girl.

start//8:10pm


lagu ni best.
ika yang suh saya dengar.
bila dengar byk byk kali,
lirik dia sungguh mendalam.

4.4.09

apa masalah saya ni?

start//2:45pm


Screaming girl, 5 times on the wall by jX Stencils

rasa macam nak jerit kuat kuat.
bingung saya fikirkan apa sebenarnya masalah saya.

setiap kali nak exam,,
perkara ni lah saya takut..
study bagai nak rak dekat seminggu,,
tidur lewat lewat tapi,
bila exam,
samua yang saya study terbang melayang.


sampai menggigil gigil,berpeluh peluh
tangan saya bila buat exam.
penat saya memerah otak ingat
balik apa yang saya study.
kesudahannya,
saya buat je apa yang termampu.


masa nak jawab addmath,,
lagi la saya rasa macam nak nangis.
bila kene buat latihan atau kerje rumah,
punya lah rasa macam senang..
bila exam,,
mende senang pun saya boleh LUPA!
apa masalah saya ye?


kalau addmath tue masih boleh main buat je,,
kalau subjek yang kene ingat ingat tue macamana
saya nak buat..
mana boleh main tulis je..
macam kimia,bio ngan sejarah..


pening.penat
bila fikir fikir apa masalah saya,
saya pun tak dapat nak cari jawapan.

cuba bayangkan,
saya dah baca nota tue dekat berhari hari,
sampai sebelum lima minit exam mula pun,
saya baca lagi.

bila cikgu dah edarkan kertas jawapan,
saya boleh tak ingat apa yang saya baca.
apasal lah lembab sangat otak saya...
sebelum sebelum ni tak de pun jadi macam ni.

sad girl out by whidbychick

saya perasan mende ni jadi,
bila jawab exam bulan pertama haritu..
ingatkan biasa je,
sebab masa exam arytu,
saya main main...

tapi bulan ni punya exam pun
boleh jadi macam tue.
saya tak ingat step step nak buat soalan tue.
formula formula dalam kepala hotak saya
macam dah kene padam..
segala fakta fakta yang saya ingat pun hilang.


APA MASALAH SAYA?


mood:tension,macam nak nangis.



pendatang baru.

start//2:10pm


hye.hye
lama dah tak jenguk blog..
lama jugak rasanya dah tak update blog..
busy.
sibuk exam.
exam yang boleh membuatkan saya
pening pening lalat..
ngahahaha..


ok.ok
tak mau cerita pasal exam..
saya mahu cerita pasal pendatang baru...


hehe
akhirnya,,
saya dapat bela hamster..
satu adik saya punya,satu saya punya.
saya punya jantan,
adk saya punya betina.

puas hati.puas hati
beli mende alah tue guna duit sendiri.
abah tak nak layan.
sbb abah mmg tak bagi bela hamster..
kuman la,kotor la,itu la,ini la.
macam macam lagi lah abah cakap..

buat bodoh je..
haha
paling paling pun bising dua tiga hari je..
lepas tue senyap je ar..

mama pun sama..
mula mula mende alah tue duduk dekat rumah,
mama bising bising..
bila dah seminggu hamster tue ada,
mama plak yang lebih lebih.
tanya dah bagi makan ke belum,
tanya bila nak bersihkan tempat dia,
tanya itu lah,
tanya inilah,
sampai saya pun malas nak jawab.
TAPI
mama tak akan benarkan hamster tue
masuk kat bilik mama atau dekat dgn mama..
haha
geli katanya...

[ni kepunyaan saya]


apa apa je lah...


nyit pulak,,
daripada hari saya beli hamster tue,
mata dia pandangggg je kat hamster tue..
hak3~
jgn harap ko dapat nyit..
kalau kau buat gak,,
aku tempeleng dan halau kau..
nyiahaha....


dah.
tue je yang saya nak cite.
hehe
tak de yang penting pun.
saya cuma bosan je.
sebab tue update blog.


tapi kan,,
lepas ni ada lagi entry kot.
kot je la..
hik3~

apa apa pun,,
baca baca lah entry saya nanti yer...



#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License